Pencinta Novel

March 30, 2006

Rindu Di Kalbu


Sinopsis : RINDU DI KALBU
Antara Ain Syauqina dan Ammar Wajdi, memang wujud keserasiannya. Sejak peristiwa terperangkap dalam lif, mereka sering mencipta pertemuan demi pertemuan. Kadangkala mereka akan menghabiskan cuti hujung minggu dengan membaca di taman bunga. Tapi, itu dulu. Sewaktu baru merasai manisnya saat bercinta.


Kini, sejak kehadiran lelaki itu semula, batinnya sentiasa berkocak. Ketenteraman jiwanya pula seperti diragut. Dia keliru antara kasih Azad dan memori cinta Ammar. Mustahil dia melukakan Azad Hamdi, insan yang sudi memberi kehidupan pada jiwanya. Tanpa Azad, mungkin sukar baginya untuk melupakan kisah malam itu. Tapi patutkah aku menyalahkan dirinya saja? Atau, aku juga ada sahamnya?

Walaupun dunianya sudah dikelilingi bunga-bunga cinta, sesekali rindu pada Ammar menjengah juga. Namun, jauh di sudut hati... Ain tahu dan sedar, bara itu masih menyala. Walaupun hampir reda tapi api cinta itu tidak pernah padam sepenuhnya. Mungkinkah kalau ditiup, akan bersemarak semula? Dia benar-benar buntu! Tidak sanggup rasanya meniti bahagia atas kelukaan orang lain. Dan... bagaimana aku harus mengharungi hidup sebumbung dengan lelaki itu, sedangkan dia bukan milikku? Semuanya terserah pada takdir. Kita hanya berhak merancang tapi hanya DIA penentu segalanya.

Harga : RM 17.00
Halaman :432
ISBN : 983-124-215-7
Sedikit sedutan:
"Ya ALLAH, Ya TUHAN-ku. Temukan kebahagiaan untuk Ammarku. Panjangkan umurnya. Limpahkan dia dengan keimanan dan kemurahan jiwa. Serikan hidupnya dengan kegembiraan dan kemakmuran di dunia dan di akhirat, ya RAHMAN....'Doa dipanjat sambil menahan esakan.

Hari ini doanya untuk Ammar lebih panjang dari biasa. Hari ini bermakna bagi Ammar. Kerana hari ini hari lahir Ammar. Ain tak pernah lupa akan tarikhnya. Setiap solatnya, dia akan sisipkan doa untuk insan yang dikasihi, walaupun sebaris ayat. Hanya itu yang mampu dilakukan.

Bagaimana dengan diriku? Aku dah tak punya apa-apa lagi. Mak baru saja meninggal. Tapi syukur dia sempat menemui keluarga abah, memohon ampun kepada mereka. Lebih bermakna bila Mak Ngah dan Pak Su sudi memaafkan dan menerima Ain serta Hasyim sebagai keluarga. Emak meninggal secara aman di pangkuan Juriah, adik iparnya yang menetap di Perlis.

Komen saya:
Wah.. Sebagai penulis yang baru, Pn Durrah Fatihah memang mendapat suntikan tersendiri. Gaya yang tersendiri dalam penyampaian dan keseronokkan dalam alam percintaan di halusi dengan teliti. Bisikan-bisikan hati dicatatkan dengan jelas. Pada saya, Durrah Fatihah berjaya menempatkan diri sebaris dengan novel-novel berbisa yg lain bagi penulis baru, ianya 'amazingly surprising!'.

Saya membaca komen dari bloggers lain sebelum membeli novel ini, ada yang komen negatif dan ada juga seperti saya. Saya ambil risiko dengan membelinya, memandangkan sinopsisnya seperti 'real'. Sehelai demi sehelai saya selak, hingga habis. Dalam masa sehari saya berjaya menghabiskannya. Ceritanya menarik sekali!...

Kisah wanita yang baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, setelah putus cinta akibat menegakkan maruah, Ain Shauqina tidak lagi menempatkan mana-mana lelaki di ruang hatinya. Ada yang datang tetapi hatinya tetap membeku, hinggalah suatu ketika yang tidak di sangka-sangka terjumpa semula Ammar seperti 'de javu' . Pertemuan kali pertama dahulu berulang semula, dan mula menciptakan detik dihati.

Ammar pula terpaksa berjuang untuk mendapatkan hati Ain semula. Dalam pada itu Azad, adik kepada Ammar telah mula memikat keluarga Ain untuk menyuntingnya. Konflik berlaku di sini, di mana Sarah telah menjadi gunting dalam lipatan. Akhirnya Ain terpaksa melarikan diri ke Utara.... setelah dihina dan dicerca keluarga Ammar... sob sob sedihnya part ni....

Walaubagaimana pun.. happy ending juga.. :) itu lah yg pembaca nak.. kalau tak happy ending, mesti saya menyesal beli buku ni hehehehe.....

Rating saya:
*** good for a new comer....

1 comment:

ainnl_ said...

boleh thn gak novel ni... sanggup bc dlm gelap semata2 nak tau penghabisannya....