Pencinta Novel

November 10, 2008

Seribu Kali Sayang - Anis Ayuni


Harga : RM 19.90
Halaman :544
ISBN : 978-983-124-357-2


Sinopsis

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap berasa bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.


Hasrat untuk meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.


Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilemma. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

Ringkasan dari saya:


Kisah Abby (Nur Qazrina - baby) belajar kat Padang, Keluarga dia di KL cuma ada mak, kakak dan Mak Ina shj. Ayah dia dah lama hilang, dan emak tak pernah nak cerita pasal ayahnya. Kakaknya (Kak Lisa) tak berapa baik hubungan dengan Abby ni, sebab masa melahirkan Abby, ayahnya dipercayai menghantar surat cerai pada emaknya. Sebab tu Kak Lisa menyalahkan kelahiran Abby.

Kak Lisa pula kerja sebagai setiausaha dan glamour. Ada dua orang teman lelaki yang selalu datang ke rumah, Syed Faiz dan Kamel. Perkenalan Abby dan Faiz secara tidak sengaja semasa Faiz datang ke rumah untuk menghantar makanan 2 ekor anak kucing milik Faiz yang dibela oleh keluarga Abby. Kebetulan kucing-kucing tersebut dihantar ke rumah keluarga Abby sebab datuk Faiz alahan. Datuk Faiz tinggal dengan Faiz sejak sakit tua.

Perkenalan yang sekejap itu, membawa kepada bibit2 cinta antara Faiz dan Abby. Walaupun Abby masih kebudak-budakan dan tidak tahu bahawa Faiz menaruh hati padanya. (Nice story part ni).

Kemudian Faiz menghantar rombongan merisik dan meminang yang disangkakan untuk Kak Lisa, tetapi sebaliknya untuk Abby. Dan ini membuatkan Abby terkejut dan mulai belajar menerima Faiz. Sementara itu Kak Lisa mengamuk juga akibat kejadian tersebut tapi akhirnya reda, namun masih berperangai pelik, bagai memusuhi Abby.

Konflik timbul bila tiba masa pernikahan, Abby telah berjaya menemui ayahnya, Pak Mus, yang tidak disangka-sangka merupakan ayah kandungnya. Padahal Pak Mus memang sudah lama mengetahui Abby anak kandungnya sendiri. Perkahwinan diteruskan juga. Tiada sebarang masalah, dan ayah Abby terus pulang selepas mewalikan Abby.

Sementara itu, Kak Lisa sebenarnya jatuh sakit barah tulang, dia terlantar di hospital tanpa memberitahu keluarga, kawan-kawannya dtang ke rumah menyampaikan cerita tentang Lisa. Doktor memerlukan sedikit dari tulang sum-sum ahli keluarga, dan yang paling sesuai adalah Abby. Kemudian semua nya selamat. Lisa akhirnya berubah setelah mengetahui walaupun dirahsiakan siapa penderma tersebut. Lisa pula akan bernikah dengan Kamel dan akan ke Mekah selepas perkahwinan.

Selepas beberapa tahun perkahwinan dan mempunyai seorang anak perempuan, Abby diduga dengan bekas tunangan Faiz, yang merayu-rayu pada Faiz. Abby pasrah dan membawa diri bersama emak dan anak2 ke Padang bagi menenangkan fikiran. Faiz datang memujuknya dan berjayakah Faiz?

Rating saya:

*** (biasa-baisa sahaja, 4 hari nak habiskan.. beberapa kali terlelap)



1 comment:

Hamizun Aini said...

sudah beberapa kali membacanya tapi tak jemu-jemu....tahniah kepada penulis.