Pencinta Novel

November 25, 2005

Arjuna Hati - Norzailina Nordin



Ringkasan :Engkaukah itu dalam tidurku? Engkaukah jua dalam jagaku? Novel ini merupakan satu percubaan utk menjelajah masalah dan pengalaman merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysa tetapi di antara orang Melayu dgn orang British.
ISBN :983-124-153-3
Harga : RM. 14.00

Komen Saya:

Tulisan Norzailina lain dari yang lain, bermula dengan kisah jurnal lama Shabudin, helai demi helaian diselak untuk mencari kisah seterusnya. Bermula dengan kisah sejarah zaman kolonial, dari perang dunia pertama, kisah pedagang dari British, berlabuh di Pulau Pinang, dan bagaimana nama Georgetown didapati.

Shahbudin, seorang kanak2 yang tersesat setelah dibawah bapa saudaranya ke bandar untuk menjual lembu di pasar, sebagai anak berusia 12 tahun ketika itu, masih belum tahu nama kampung nya, dia telah dengan tidak sengaja menaiki kapal pedagang British dan dibawa belayar ke India seterusnya ke Britain.

Di situ, pelayarannya pulang tidak dapat dipenuhi akibat kapal yg dinaikinya itu terbakar di pelabuhan. Akibatnya dia terpaksa ditinggalkan dengan seorang sahabat kepada kapten kapal yang tinggal di Spalding. Di situ lah bermula cerita cinta anak melayu dan inggeris, membawa kepada pengalaman Shahbudin menjadi seorang peladang yang berjaya. Diselang seli dengan konflik aristokrat zaman itu, Shahbudin, dipanggil Dean telah membawa diri dan kembali ke Malaya ketika umur nya menjangkau 43 tahun.

Kisah hidupnya ditulis di dalam jurnal dan disimpan di dalam peti besi hinggalah diperturunkan ke generasi ke 4, dimana Azahari telah menjejak semula kisah hidup ayah moyangnya. Azahari kembali ke Spalding, York dan London. Di situ dia bertemu semula dengan saudara mara sebelah inggeris dan juga harta2 yang ditinggalkan oleh Dean dibongkar semula setelah berabad2 tidak dituntut pewarisnya.

Rating saya:
**** (macam Back to the Future... )
Post a Comment