Pencinta Novel

December 12, 2008

Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna



Harga : RM 18.00
Halaman :496
ISBN : 983-124-162-2

Baca online di Scribd

Add to cart

Sinopsis : SEPI TANPA CINTA
HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!


Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.


Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...


Ringkasan Cerita:

Percintaan terjalin selepas perkahwinan. Itulah tema dalam novel ini. Bermula dengan kahwin terpaksa antara Haziqah dan Fakhrul. Haziqah yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Yusri, tetapi pada hari perkawinannya, Yusri memutuskan untuk menarik diri. Bagi menutup malu, Haziqah dinikahkan dengan anak majikan ibunya, Fakhrul yang kebetulan sedang kecewa dalam percintaan.


Pada mulanya Fakhrul membenci Haziqah akibat terpengaruh dengan khabar angin yang mengatakan Haziqah sudah tidak suci lagi, dan dia yang terpaksa menjadi pak sanggup. Dia membiarkan Haziqah selama berbulan-bulan tinggal berasingan di kampung. Haziqah pasrah dengan sikap Fakhrul yang menghukum gantung tidak bertali. Haziqah tertekan dengan keadaanya. Dia difitnah, dan dia hampir hendak melarikan diri dari rumah ibunya, tetapi kedatangan kedua orang tua Fakhrul secara tidak sengaja telah membawa dirinya bersemuka dengan Fakhrul.


Di kampung, Melati yang memang dengki dengan Haziqah, merupakan anak Mak Senah, ibu tiri Haziqah. Bermakna Melati dan Haziqah adalah adik beradik tiri tanpa pengetahuan Haziqah. Sebenarnya Haziqah adalah anak Siti Sakinah, yang ditinggalkan oleh Siti Sakinah kepada Aminah (pengasuh dirumah Fakhrul). Aminah berkahwin dengan adik bapa Haziqah dan tidak mendapat anak, lalu menganggap Haziqah anak tunggal Hassan dan Aminah. Perkara ini tidak diketahui oleh Haziqah sehinggalah Melati menghantar surat layang kerumahnya.


Kebahagiaan Fakhrul mula berputik setelah mendapat nasihat dari kawannya Amirul. Amirul pula berkahwin dengan Radhiah yang bekerja sebagai doktor di kampung Haziqah. Manakala Azura pula kekasih lama Fakhrul, berkahwin dengan Izham, yang kebetulan bekerja dengan Tuan Fuad (bapa Fakhrul). Izham terjumpa dengan Haziqah di Putrajaya semasa Haziqah melarikan diri dari rumah Fakhrul. Izham yang menolong Haziqah pulang ke rumah Tuan Fuad dan kebetulan Tuan Fuad ada di rumah.


Fakhrul cemburu dan egois, terlalu memikirkan diri sendiri, tanpa memikirkan tekanan yang di alami Haziqah. Kehadiran Yusri menuntut semula cinta pada Haziqah dipandang serong oleh Fakhrul. Nyaris-nyaris Fakhrul meninggalkan Haziqah semula.


Peristiwa kebakaran dirumah Aminah, yang sengaja dilakukan Melati telah menyebabkan Haziqah terlantar di hospital dengan keadaan yang terluka. Dia meminta Fakhrul meninggalkan dirinya dan dia tidak mahu kembali ke pangkuan Fakhrul. Saat ini Fakhrul baru tersedar yang sebenarnya dia terlalu banyak membuat hati Haziqah terguris. Dia pergi dan meninggalkan Haziqah, sehinggalah setahun kemudian mereka dipertemukan secara tidak sengaja di pejabat Tuan Fuad dalam urusan perniagaan.



Kesimpulan dalam novel:

1. Fitnah atas wanita yang suci adalah dilarang dalam islam dan hukumnya berdosa besar si pemfitnah tersebut.

2. Dalam rumah tangga perlu ada toleransi, tak boleh terlalu cemburu dan ego. Perlu ada persefahaman supaya tidak berlaku pergaduhan.

3. Pergaduhan kecil dalam rumah tangga adalah asam garam hidup dalam rumah tangga, kadang-kadang perkara kecil boleh membuat hati terguris. Fikir secara positif dalam menangani perkara kecil.

4. Suami bertanggung jawab ke atas isteri, selagi isteri belum diceraikan. Isteri pula perlu bertanggung jawab pada setiap tindak tanduknya. Keluar dari rumah perlu minta izin dari suami dahulu. Haram hukumnya jika keluar rumah tanpa keizinan suami.


Rating saya:

**** (4 bintang, walaupun dah lama saya beli novel ni, tapi saya tak sempat nak selak, bila dah mula membaca, tak boleh dah nak letak...)

10 comments:

Anonymous said...

memang sedih jalan cerita novel nih.

s.y.u.M.i.E said...

bace la bicara hati plak..n cube wat perbandingan dengan novel nie..

mizzjo said...

urgh novel ni tak best langsung. Poyo habis & saya tertanya2 adakah penulisnya ada pengalaman bercinta atau berkahwin? Kisah cinta nya tidak realistik, remeh, protagonis yg paling tidak menarik hati pembaca (fakrul). Seorg rakan sekerja saya pun rupa2nya sama dgn saya, pernah baca novel ni masa di uni & dia pun merasakan jalan cerita novel ni terlalu mengarut.

Mungkin saya prejudis kerana saya tidak suka kisah cinta enteng, tapi setidak2nya kalau mahu tulis novel ringan sekalipun biarlah ada sesuatu yg kukuh sedikit yg cuba disampaikan bukan setakat halangan2 cinta semata-mata. Saya anti novel cinta tapi masih boleh terima novel2 mcm karya Norhayati Berahim.

Saya sedar tak semua boleh menulis cerita cinta berat mcm Cinta Fansuri (A Samad Said) atau Dr Zhivago (Boris Pasternak). Bukanlah mengharap tinggi sangat (nama pun novel cinta) tapi harap penulis boleh tambahkan masalah yg lebih menarik dalam penulisan seterusnya.

Antara perkara yang saya masih ingat tentang novel ni, perlukah Haziqah tu 'kekal suci' selepas percubaan merogol tu? Pada saya, kalaulah betul dia dirogol & Fakrul sampai bila2 pun tak tahu sama ada Haziqah betul2 difitnah atau tak, akan nampak lebih baik utk karakter Fakrul kalau dia terima Haziqah dgn kebaikan & keburukannya. Maksudnya lebih baik kalau Fakrul sampai bila2 pun tak tahu betulkah Haziqah anak dara atau tak masa dikahwininya, tapi Fakrul terima Haziqah seadanya sbb yakin dgn budi pekerti Haziqah sendiri.

Sekian pendapat saya.

kamarul said...

critanya mmg mnyedihkn hati stiap pmbaca.....
ziqa trpksa mnanggung beban yg trlmpau bert bg nya akibt fitnah yg dlmparkan olh akak trinya yg dngki dgnnya....
hurmmmmm.... jgn la lakukan sdemikian pd org dan kkasih yg anda syangi...

kamarul said...

mm,m,m,

kamarul said...

m m m

iqa said...

novel nie nmpak mcm best gler..saye suke novel mcm nie..tapi novel bicara hati pon best gler..saye blum lg beli novel nie..tapi yg best nye novel nie gune name saye..bangga saye tau..patut bg la pnghrgaan kat name haziqah tu..emm..gurau jer jgn ambik hati lak..

DyorPrescott said...

sedih citer ni..best.

Acha Lisa said...

Wah , citer niyh mmg menyayat hati sedih dan pilu gituu . apa-apa pun mmg terbaik karya DAMYA HANNA .
love ..

Unknown said...

sob sob..sedih..