Pencinta Novel

February 20, 2006

Aura Cinta


== Sedutan 1:
Tiba-tiba Azraai mendongak dan memandang ke arah atas bukit
Masya-ALLAH, desis hatinya. Betul-betul di hujung bukit itu, ada sebuah rumah kayu berwarna coklat, cat minyak, dan berbumbung genting merah. Dikelilingi pula pagar kayu yang rendah, sebagai hiasan.
Tidak besar mana rumah itu, tapi cukup comel dan indah. Dia terpinga-pinga seketika. Betulkah apa yang dipandang matanya? Bukan rumah orang bunian? Masih kebingungan. Mungkinkah wujud rumah secantik ini di kawasan ini? Bagaikan tidak percaya, namun dia tahu matanya tidak membohonginya. Diteruskan langkah sehinggalah sampai di depan rumah itu.
Azraai memberi salam. Sekali. Dia tunggu. Tiada yang menyambut. Diberi salamnya sekali lagi. Mungkin cikgu itu tidak dengar suaranya. Sementara menunggu salam keduanya disambut, telinganya masih terdengar-dengar hilaian ketawa di kawasan itu.
Hisy…apa tu? Dia mengurut-urut dadanya. Terasa gerun pula.
Akhirnya salamnya disambut. Tapi, suara lembut dan halus seorang wanita. Pintu depan terbuka, dan menjelma seorang perempuan muda.


Komen saya:
Setelah membacanya, separuh yang pertama rasa menarik bilamana si hero (Azraai) bertemu dengan heroin(Aisya). Watak Aisya yang keanak-anakan, membayangkan kepada saya yang Aisya seorang yang belum 'matured'. Bila dia bermain di atas pokok dan bajunya terselak, seolah2 pada bayangan saya yang Aisya seorang kanak2 berumur 12 tahun kebawah. Tapi bila baca seterusnya, barulah nampak gaya yang Aisya seorang gadis. Azraai juga seperti hero novel2 yang lain, mesti smart-tall and handsome. Kemudian sudahpun berkawan - wanita yang menjadi pilihan ibu, cantik sopan dan bepekerti. Azraai tersangkut dalam dilema antara wanita atau gadis yang sentiasa membuat hatinya berdebar.... Dalam pergolakan memilih itu, Aisya juga terperangkap dalam konflik keluarga.

Keluar dari konflik keluarga dan tekanan cinta, Aisya membawa diri ke Belgium untuk persembahan lukisan yang dianjurkan oleh brokernya. Disinilah dia berjumpa jejaka lain-Serhan (keturunan Turki). *mcm novel aina emir yg sebelumnya-Sesuci Cinta, watak pereka fesyen, berjumpa dengan lelaki Arab yg kaya dan ingin mendirikan rumah tangga tapi tak tercapai

Rating saya: *** (tiga saja, sebab last2 saya tak tertarik nak tau siapa dan bagaimana Azraai nak berkahwin - sebab terlalu banyak plot2 konflik keluarga di bahagian terakhir novel ini).
Post a Comment