Pencinta Novel

December 3, 2009

Siganaring - Imaen


ISBN: 978-967-5118-13-5
Harga: RM20.00
Bil m/s:
Penerbit: Jemariseni Publishing

Sinopsis Belakang buku:

Kami hanya dua jiwa yang terpapas ketika menunggu kereta api, di sebuah halte kehidupan. Aku lelaki yang akan menaiki kereta api siang, dan dia pula perempuan yang telah membeli tiket kereta api malam. Perjalanan satu hala: kami sendiri tidak tahu ke mana destinasinya. Perkongsian yang kami panggil ‘cinta’ itu, sebenarnya hanyalah saling berpandangan melalui tingkap cermin; saling melambai tangan dan bertukar senyum. Kemudian ketika peluit berbunyi, baru aku sedar realitinya: kereta apiku mula bergerak, kami semakin berjarak. Hanya bayangannya yang melekat di cermin jendela. Kami semakin menjauh. Hanya senyum manisnya masih terlekat di jendela hati.

aku bukannya muncikari yang menjual jiwa kepada iblis untuk hidup mewah

Apa yang nak dibuat, sekiranya terjumpa duit RM2 juta dan tas ‘harta berharga’? Terhormatkah untuk ‘dipinjam’ sebentar, dengan niat akan memulangkannya kemudian nanti?

Kasihan Ali Imran, tauke Pasar Mini MusliMart yang diburu gengster kiri dan kanan... gara-gara ‘pinjaman’ tidak sengajanya itu. Pada waktu terdesak, tiada yang dapat menolong selain daripada Dia!
* * * *
IMAEN menulis untuk mereka yang sedia berkongsi falsafah rasa. IMAEN menulis untuk anda, yang menanti karya thriller dalam bahasa nan indah.

Komen Saya:

Wahhh... begitu lama saya meneliti buku ni, dan begitu lama juga saya nak mula membaca. Beli dekat nak setahun, hujung tahun baru berani buka dan baca. Kemudian pula, ambil masa sebulan untuk baca dan digest...

Secara keseluruhan, cerita ni membuka mata saya tentang bagaimana pengusaha kedai runcit yang masih muda, dan juga lepasan ijazah, berusaha memajukan kedai dan siap ada khidmat online lagi... begitu berwawasan Ali ni. Dalam pada itu ada juga diselitkan cinta dan persahabatan sejati, antara Ali-Nurul. (Nurul kalau tersilap baca, ingatkan perempuan, tapi lelaki). Nurul yang sanggup menggadai nyawanya demi Ali. Suka sangat baca bagaimana Salina menolak Ali yang buta cinta. Tapi kalau ada sambungan cerita tentang Salina best juga, nak juga tau kesudahan perempuan sombong ni, selain dari dia kahwin dengan orang yang keturunan syed-syarifah juga.

Tentang duit 2 juta tu, salute pada Ali sebab berjaya melepasi ujian.. Walaupun begitu, duit terpijak itu juga yang menyeret Ali ke kancah pergaduhan gengstar. Mujur juga dia ditawarkan polis untuk bekerjasama.

Antara dia dengan Evey juga, terlalu sedikit. Bagaimana endingnya Evey, dan details tentang Evey selain dari belajar agama dengan ustazah, tetapi secara tidak terperinci. Kot-kot Imaen boleh citer camna Evey hafal ayat lazim dalam solat ke...

Rating dari saya:
3.5/5 bintang. Saya enjoy baca, tetapi ia tidak kuat untuk membuat saya berhenti semuanya dan habiskan bacaan dalam tempoh 1 hari...

November 5, 2009

Tirai Semalam - Adriana Zahra


ADRIANA ZAHRA.
Terbitan: Buku Prima
RM 17.90.
ISBN: 978-967-5234-21-7.
Bil Ms: 412 hlm

Sinopsis Belakang buku:
"Terima kasih kerana kau sudi memberikan aku semua kenangan indah bersama kau sebelum ini. Dan terima kasih juga kerana bagi aku peluang untuk mencintai dan dicintai kau Aini. Aku takkan lupakan saat indah bersama kau ketika 'salji' kerinduan beraja di hati kita Aini" - Ady

Damai malam ini aku duduk merenung bulan yang tidak jua timbulnya, puas sudah aku memikirkan mengapa? Adakah ianya tidak sudi menjengukkan diri? Atau sudahpun ianya melarikan diri tapi mana mungkin bulan itu berlari, mana juga mungkin bulan itu pergi, pergi jauh meninggalkan diri ini wahai Puteri Hati - Yushu

Kembali dari langit... pandangan jatuh ke bumi yang terbentang di bawahnya. Menanti, menadah dan mengakhiri segala yang telah lepas terjadi... seperti akan kembali berulang sekali lagi... tidakkan sama seperti dahulu ia menanti kasih yang hilang berlalu - Nur Qurratu'Aini

"Aku tak pasti macam mana nak jelaskan segalanya padamu Aini... betapa aku cintakan dirimu yang lengkap sebagai seorang wanita yang sempurna bagiku... sungguh sayu hati ini Aini. Mungkinkah engkau akan menerima aku lagi selepas ini?" - Danish

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Pertemuan yang tertulis membuka hati Nur Qurratu’ Aini untuk menyedari Yashu Oshitaro dan Ady adalah cinta pertamanya yang satu.

Tarikh Terbit: 3 Mei 2009

Sinopsis dari saya:
Kisah biasa, student Jepun yang balik ke Malaysia. Tapi kisah ni sedih sangat, dan sangat membuai perasaan, terutama sekali setelah 3/4 buku. Dah nak sampai ending makin menarik ceritanya dan membuatkan saya tertanya-tanya dengan siapakah Aini akan bernikah

August 4, 2009

Warkah Cinta Berbau Syurga - A. Ubaidullah Alias


Pengarang : A. Ubaidillah Alias
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 23.50
ISBN : 978-983-3603-91-6

Sinopsis

Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini.

Ringkasan dari saya:

Kisah mahasiswa yang bermula dari alam persekolahan, dan mula mengalami zaman remaja. Bagaimana seorang hafiz menangani masalah hubungan antara lelaki dan perempuan, dan seterusnya mengalami kedewasaan. Kisah seorang Amir Mukhis yang bermula dari seorang yang pasif di sekolahnya dan kemudian Ustaz nya memberinya peluang untuk tampil kehadapan melalui tulisan-tulisannya yang begitu menarik, dan akhirnya menjadi pemidato. Dari situ dia beroleh keyakinan diri yang tinggi. Dan dalam pada itu, seorang gadis dari sekolah Naim Lilbanat (sekolah agama perempuan) - Wardah menaruh hati padanya hanya dengan melalui pembacaan dari artikel yang ditulis oleh Amir dalam majalah sekolah.

Dari situ, mereka berutus surat, tetapi Amir tegas dengan pendiriannya tidak mahu mencampuri emosi dengan pelajaran. Amir banyak memberi nasihat kepada Wardah supaya menumpukan diri dalam pelajaran, dan ternyata Wardah muncul pelajar cemerlang SPM dan Amir pula hanya mendapat keputusan SPM yang sederhana walaupun muncul antara tempat 15 teratas.

Wardah pasrah dengan nasihat Amir supaya menumpukan pelajaran, dan Amir meneruskan pelajaran untuk mengambil STAM. Keputusan Amir memihak kepada pilihannya untuk ke Universiti Kaherah. Dan hubungan mereka terputus, tiada lagi surat2 dari Wardah, yang hanya ada berita dari Ramli (sepupu Wardah). Di saat dia bergelumang dengan peperiksaan Ramli menghantar berita menyatakan Wardah disunting rakan keluarga Wardah, dan seorang arkitek yang kaya, keluarga yang merupakan rakan baik kepada ayah Wardah. Wardah akur dengan keputusan keluarganya dan menerima bakal suaminya dengan redha hati. Sementara itu Amir juga mendoakan agar Wardah bahagia, sudah tentu pilihan keluarganya pilihan yang terbaik untuk Wardah.

Tetapi langit tidak selalu cerah, sms Ramli mengatakan Wardah dimasukkan ke wad dan sedang sakit. Tidak lama selepas itu, sms datang lagi mengatakan Wardah sudah meninggal dunia. Amir pasrah dan yang hanya tinggal doa sahaja yang dapat dititipkan.

Sementara itu di Kaherah, gadis yang baru mendaftar diri (Balqis) terpikat dengan rencana yang ditulis dalam majalah keluaran Keris. Balqis pula diminati oleh rakan serumah Amir, dan Izzudin dan Romzi berebut memikat Balqis dengan memberi pertolongan pada Balqis. Sedangkan Balqis masih tercari-cari siapa pemberi sapu tangan ketika dia jatuh tempohari. (sudah tentu Amir). Dan Balqis masih mengingati suara si pemberi sapu tangan, walaupun dalam kesamaran cahaya, tidak dapat mengecam kelibat si pemberi.

Akhirnya, ketika imtihan berakhir, Balqis mendapat jawapannya. Dan ketika itu, sudah terlewat, Amir disahkan menghidap barah otak. Dan Amir kembali ke tanahair, dengan segulung ijazah....

Komen saya: **** Baik dan sesuai dibaca oleh remaja, banyak tauladan dan panduan tentang hubungan antara lelaki dan perempuan..

July 21, 2009

Teluki itu Untuk Aku - Nazawati


Tajuk : Teluki Itu Untuk Aku
Pengarang : Nazawati
Penerbit : Jemari Seni
ISBN : 978-967-5118-16-6
Mukasurat : 435
perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti

Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?

Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...
Benarkah begitu...?
Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!
Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku.

Bahtera ini, arah kita tak serupa
padamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan

Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?


Komen dari saya:

Wow... best sangat baca, tersentuh hati bila baca isi hati Fir dalam diarinya...
Kisah Seri Kurnia yang difitnah oleh bapa jirannya, menyebabkan dia membawa hati yang lara ke UK. Setelah 10 tahun berhijrah, dia kembali, dan disini luka lama berdarah kembali. Bertemu Firdaus di dalam pejabat yang sama, menyebabkan dirinya rasa terpenjara dalam diri sendiri. Dan Firdaus juga masih berdendam denga Seri Kurnia.

Firdaus, Ajmal dan Seri adalah rakan sebaya yang sangat rapat. Tetapi kejadian tidak diingini berlaku apabila Seri tertangkap bersama ayah Firdaus dan ibu Seri bersama-sama hendak mengadakan hubungan terkutuk... Mereka bertiga dipandang serong, sedangkan ketika itu kedua2 ayah Firdaus dan ibu Seri tidak menyedari perbuatan mereka. (inilah akibat fitnah, di akhir novel baru dapat tau, rupanya penangan pil khayal dan pil kuda - yang diletakkan dalam minuman kedua2 mereka oleh bapa Ajmal!).

Firdaus dan Seri pula tertangkap basah semasa di Kota Bahru, ketika itu Seri diperangkap oleh Ajmal (tanpa Seri ketahui, sebenarnya perangkap tu untuk Ajmal nikah ngan Seri, tetapi waiter tu salah bagi kunci bilik-resort, terbagi resort yg Firdaus tengah mandi kat dalam).

Konflik hati diantara Firdaus-Seri amat menyentuh hati, Nazawati berjaya membawa saya pada saat dan keadaan Seri yang merasakan dirinya tidak dihargai. Ajmal pula sebenarnya seorang psycho, dan sedang dalam terapi (tanpa diketahui oleh sesiapapun)hinggalah saat genting di mana adegan Ajmal ingin memperkosa Seri dirumah. Firdaus berjaya menyelamatkan Seri.

Rating saya:
(**** Best baca ni, recommended)

July 18, 2009

Suara Hati Sofia - Nazurah Aishah


Tajuk : Rahsia Hati Sofia
Pengarang : Nazurah Aishah
Penerbit : Jemari Seni
ISBN : 978-967-5118-17-3
Halaman:

sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!
Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih! Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?
+ + +
NAZURAH AISHAH kembali dengan cerita yang sarat dengan emosi. Bahasa NAZURAH AISHAH terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta!

Ringkasan dari saya:

Kisah seorang wanita yang tertekan setelah diperkosa oleh teman baiknya yang merupakan 'boyfriend'nya. Mulanya dia memang setia pada Ikhmal, tetapi Ikhmal seorang playboy dan berfoya-foya dan menganggap Sofia tidak cemburu dengan keadaannya. Apabila Sofia mula rapat dengan Nizam, rakan baru dipejabat, Ikhmal tekad memperkosa Sofia, lalu sehari selepas itu dia menghantar rombongan merisik dan meminang Sofia. Sofia merasa tertekan dengan keadaan itu, dan pada mulanya tidak mahu menerima Ikhmal, sedangkan keluarga Sofia tidak mengetahui keadaan sebenar, lalu memaksa Sofia menerima Ikmal, kerana mereka sudah lama berkawan.

Sofia akur dengan keputusan keluarga, dan menerima Ikhmal, sungguhpun dia trauma, dan dia mula bersahabat baik dengan doktor yang memeriksanya selepas diperkosa, Doktor Najihah. Rupa-rupanya Doktor Najihah adalah kakak Nizam. Selepas perkahwinan tersebut, Sofia tidak lagi bekerja, dan lama kelamaan Sofia dapat menerima Ikhmal, setelah kemelut kejadian hitam tersebut diketahui keluarga. Sofia akur dengan nasihat nenek dan orang tuanya.

Ku harap panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari... Ikhmal mengalami kemalangan saat Sofia mengandung anak kedua, dan dia lumpuh, lalu Ikhmal mengalami tekanan emosi yang teruk, dan menceraikan Sofia dengan talak satu. Ikhmal juga merupakan jiran Nizam, yang mana Nizam sangat-sangat menaruh hati terhadap Sofia, walaupun Sofia telah berkahwin dengan Ikhmal, Nizam masih tidak berubah. Ikhmal mengetahui keadaan itu, dan Sofia pula kebetulan memohon kerja kembali di tempat lama, dan kemesraan mula berputik, lalu mengundang rasa cemburu pada hati Ikhmal.

Setelah jatuh talak, Sofia yang terlalu sayangkan Ikhmal pasrah, dan kembali kerumah keluarganya, bersama anak kedua mereka (Izz). Anak pertama dibawah penjagaan Ikhmal dan keluarganya. 6 tahun berlalu, dan Sofia telah menerima pinangan Nizam, dan mereka telah 2 tahun berkahwin tanpa zuriat....

Kisah ni memang sedih sangat.................. tapi ending dia quite okay.. dilemma juga nak end kan citer ni.. kita pun masa baca, tak tau mcm mana nanti ending dia... tapi best kalau dia tak yah kawin ngan Nizam, kot2 la Nizam dapat kawin dengan sepupu sepapat Sofia yang cun melecun jugak ke... tak de lah lagi Ikhmal nak jeles... dan Ikhmal kan seorang yang kuat semangat, mana mungkin senang2 jatuh talak... hehehehhehehe memandai2 je saya....

July 3, 2009

Noor Suraya, Syud and Rynsa - Kebun Mimpi



Tajuk : Kebun Mimpi
Pengarang : Noor Suraya, Syud & Rnysa
Penerbit : Jemari Seni Publishing
ISBN : 978-967-5118-09-8
Halaman: 536

Sinopsis Belakang buku:

Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi

Ceritera 1 - Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya

Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.

Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupannya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.

Ceritera II - Tas Merah Jambu oleh Syud

Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.

Jomlah sama-sama ikut SYUD membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!


Ceritera III - Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa

"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, 'dia' boleh terbang..." balas Ehsan.

Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.

Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.


Ringkasan daripada saya:

Cerita pertama: kisah jiwa yang dirasai seorang menantu yang bukan pilihan hati mertua yang kaya raya dan berstatus datin pula. Dia bagai ditinggalkan keseorangan tetapi dalam masa yang sama sanggup membantu kakak suaminya, Kak Durrah yang didera suami. Suami yang disayangi atas pilihan keluarga, sanggup memukul sehingga dia dihantar ke hospital.

Setelah didapati mengandung, tiba-tiba pula suaminya dipanggil untuk berkursus selama 3 bulan di New Zealand, dan Ain ditinggalkan kesunyian dia kondo milik mereka. Ain merasa lega dapat meneruskan novelnya tetapi rindu menyengat hatinya. Sewaktu menyelamatkan kak Durrah, Ain pula telah keguguran. Namun begitu, Ain sebenarnya mengandung kembar, dan janin yang satu lagi tidak dapat berkembang lalu keguguran.. Sejak itu Datin Nik Nora berubah hati, dan mula menerima dirinya.

Ceritera kedua: Kisah pelajar UTM Nisa yang meminati Adif sejak minggu orientasi tetapi atas malu yang menebal, tidak berani berbuat apa-apa, hinggalah komplot rakan sebilik pada tahun akhir, menghantar kad raya pada Adif. Kad raya yang sepatutnya dihantar pada Adif tahun lepas, kad raya yang terlukis di dalamnya beg pink dan no telefon Nisa tanpa nama. Adif kebetulan pula meminati Nisa, dan tidak berhasrat untuk menelefon pemilik kad raya tersebut, hingga saat akhir.

Ceritera ketiga: Kisah ni agak pelik, ada dua kisah, tentang Izzah-Ehsan yang sepatutnya menarik tetapi telah dipotong oleh kisah Adriena Ayuni - Rasydan. Izzah seorang wanita sains, yang mula berkenalan dengan Ehsan pensyarah di UMS semasa kerja mengkaji ikan-ikan. Dan menyelamatkan albatros yang patah sayapnya. Ehsan melamarnya supaya dapat dibawa Izzah ke Tasmania, tetapi atas masalah keluarga (bondanya yang terkena serangan jantung) dia terpaksa berdiam dan pulang ke Semenanjung.

Rating saya:
*** (dah seronok baca yang first story, second dan tiba-tiba third story tu agak singkat dan terpotong-potong jalan ceritanya)

June 22, 2009

Zaid Akhtar - Salju Sakinah

Tajuk : Salju Sakinah
Pengarang : Zaid Akhtar





















cover lama warna biru, cover baru warna putih



Beli di sini
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3604-41-8
Muka Surat : 576 Halaman

Sinopsis Belakang buku:

"Novel Salju Sakinah sangat seronok dibaca kerana jalan ceritanya yang menarik, gaya bahasa yang santai tetapi sarat dengan pengajaran dan keinsafan. Apatah lagi, senario kisahnya berkisar di negara asing, secara tidak langsung mendedahkan kita akan situasi sebenar di sana. Malah penulisnya berjaya membawa pembaca seolah-olah mereka berada di situ. Di samping itu, selitan nasihat dan tips tertentu amat berguna kepada pembaca agar lebih menghayatinya. Sebenarnya, buku ini sesuai untuk semua peringkat usia dan seharusnya menjadi salah satu koleksi pilihan sama ada untuk tatapan sendiri ataupun cenderahati."

Zuarida Mohyin
Wartawan Utusan Malaysia


Ringkasan dari saya:
***Sinopsis belakang buku tu sebenarnya ada 4 komen dari novelis-novelis, Aminah Mokhtar, Azizi Haji Abdullah dan Nisah Haji Haron.

Kisah Sumayyah yang belajar di Universiti Yarmouk Jordan. Dari situ kisah berkisar tentang cara hidup mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang belajar di Jordan. PERMAYA - persatuan pelajar malaysia yang hidup dengan penuh tanggung jawab dan forum-forum diadakan dari semasa ke semasa.

Sumayyah pula di tahun akhir dan dia merupakan bekas ketua mahasiswi PERMAYA yang tegas dan lantang ketika berforum tetapi masih lagi dalam norma-norma mahasiswa islami. Di penghujung peperiksaan, dia mendapat keputusan lulus dan balik ke Malaysia. Pada waktu itu juga dia telah dengan tidak sengaja bertemu dengan Naufal yang berkopiah Raihan. (manis juga jalan cerita ni, dan sangat romantik dalam bentuk2 islami).

Bila pulang ke tanahair, tempat lahirnya di Batu Pahat, dia terpaksa mendepani situasi sulit, dimana dia telah kehilangan ayahnya, dan dia terpaksa juga meneruskan perniagaan kerepek usaha ayahnya. Sambil itu dia juga mendapat undangan berceramah agama setelah dipinta oleh ustazah Samihah, ustazah yang pernah mengajarnya. Dari sini dia telah bertemu semula Luqman (anak Ustazah Samihah) yang meminatinya sejak dari sekolah menengah. Luqman juga berasal dari sekolah agama dan sekarang menjadi pensyarah di Bangi.

Sementara itu, kemelut keluarga terpaksa dihadapi, di mana kak longnya Safiah dan suami disyakki mengikut ajaran sesat Tok Ayah Mit. Malang sekali cerita ini diakhiri dengan kematian Tok Ayah Mit dan suami Safiah akibat disambar kilat di atas bukit Teguh.. (kematian yang tragis!). Kesudahan cerita yang terperanjat juga!. Kak Ngah nya pula kematian tunangan, dalam kemalangan..... sedih dan tragis.

Kemudian Sumayyah disunting Luqman tetapi setelah istikharah, dia masih belum mendapat petunjuk, sehinggalah dia mengunjungi majlis perkahwinan Hakimah dan Hakimi di Melaka, dan dia mendapati dia telah gagal satu subjek di universiti yarmouk itu.....

Dia kembali ke Jordan, dan di sini lah bermula kisah cinta Sumayyah dan Naufal. Secara begitu islamik, Sumayyah disunting Naufal melalui Hakimi dan Hakimah, dan dia serasa begitu tersentuh dan menerimanya....-setelah dia menerima VCD melalui pak Arab penjaga kedai. --- (sangat-sangat tersentuh bab ni).

Komen saya:
***** Wow... saya ambil masa yang sungguh lama untuk habiskan novel ini, kerana saya membaca dengan cara perlahan-lahan dan menikmati tiap bait tulisan Zaid Akhtar.. Syabbas!!!

June 12, 2009

Nora Ismail - Tuhan Lebih Tahu

Tajuk : Tuhan Lebih Tahu
Penulis: Nora Ismail a.k.a Rosse Harissa
Terbitan: NBKara
ISBN : 978-967-5229-07-7
Halaman: 670ms
Harga: RM23.90

Sinopsis belakang buku:

Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yang datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yang memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yang cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dengan Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dalam hidup, bagaimana kita mencaturnya....

Ringkasan dari saya:

Kisah Rina anak peneroka Felda yang belajar di UTM dalam bidang senibina dan berkawan rapat dengan Hazry. Malangnya Hazry telah memperkosanya ketika dia melawat Hazry di rumah Hazry. Akibat pengambilan pil ecstacy Hazry hilang pertimbangan dan menjadikan Rina mangsa. Kemudian Hazry apabila tersedar dari perbuatannya itu, telah berhenti dari UTM dan melanjutkan pelajaran ke Australia. Meninggalkan Rina terkontang-kanting meneruskan hidup di UTM. Mujur juga Rina baru sahaja berkawan baik dengan Wan Azfarel, senior yang sedang mengambil master. Wan Azfarel mengambil Rina dan menanggung semuanya dan mencintai Rina bagai tiada apa-apa yang berlaku.

Setelah 6 tahun berlalu, dunia ini kecil sahaja, dan mereka bertiga dalam bidang yang sama, terjumpa semula dalam mengendalikan projek yang sama. Konflik demi konflik timbul. Rasa bersalah Hazry menyebabkan dia ingin memiliki Rina semula. Tetapi Rina mencintai Azfarel, dan sedang mengandungkan anak Azfarel setelah 6 tahun fobia/trauma.

Ketika ini Hazry pula ditunangkan dengan Nafisa, Nafisa merupakan adik tiri kepada Emilia (yang merupakan bekas kekasih Hazry semasa di UTM). Nafisa anak kepada seorang Dato' dan bekerja pula di syarikat milik keluarga Hazry. Nafisa cemburu pada Hazry, dan Emilia menolong memburukkan lagi keadaan dengan menggoda Hazry dengan cara kotor meletakkan serbuk ecstacy dalam minuman Hazry. Dan ini menyebabkan Hazry hilang pertimbangan dan hampir-hampir terjebak dengan Emilia.

Banyak konflik-konflik, dan bacalah sendiri untuk mengetahui cerita selanjutnya.

Rating saya:

**** ( 4/5 bintang, saya habis baca dalam masa sehari sebab nak tahu kisah selanjutnya, disamping marginnya yang kecil, jadi senang nak baca).

Moral of the story:

1. Jangan sekali-kali berkawan dengan rakan2 yang salah, (mengambil dadah ecstasy dsbg).

2. Berhati-hati ketika berkawan dengan lelaki. Walau apa sebabnya pun, memang sekiranya seorang gadis berdua-duaan dengan seorang lelaki, dah tentu ada yang ketiga. (Rina pergi ke rumah Hazry untuk menenangkan Hazry setelah Hazry kehilangan bapanya dalam kemalangan, malangnya Rina yang malang).

3. Tiada istilah anak haram, anak adalah anugaerah tuhan, mereka tidak berdosa, yang berdosa adalah orang yang melakukannya.

June 11, 2009

Anis Ayuni - Sungguh Aku Cinta



Tajuk : Sungguh Aku Cinta
Pengarang : Anis Ayuni
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-433-3
Mukasurat : 512 Halaman

Sinopsis belakang novel:

TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.

Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.

Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.

Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

Ringkasan dari saya:

Lama juga saya nak menghabiskan novel ni, dalam 2 minggu juga. Awal-awal memang slow sikit, tapi setelah separuh novel barulah jalan cerita semakin menarik dan mengujakan.

Kisah Maira - Humaira yang telah diceraikan suami kerana mengejar kasih baru Sofia. Sofia tidak mahu berkongsi kasih dan memaksa Azhan menceraikan Maira yang telah dikahwini di luar negara, saat Maira masih belum habis study. Namun setelah Maira grad, dia telah diceraikan.

Maira yang sudah tertutup pintu hati terhadap lelaki, menjalani kehidupan dengan tabah dan sambil2 bekerja di kedai bunga milik keluarga. Hobinya yang suka bercamping dan beriadah menemukan dirinya dengan Fajar. Saat Fajar melihatnya terus terusik hati Fajar untuk mengenali Maira dengan lebih rapat.

Dalam pada itu Fajar diminati oleh Jezmine. Jez pula anak orang kaya, memang sesuai dengan Fajar, anak Dato', tetapi perangai Jez merimaskan Fajar. Fajar hanya mahu gadis yang sopan lemah lembut dan tidak terlalu murah hati.

Pertemuan secara tidak sengaja menyebabkan Fajar mengekori Humaira. Dan akhirnya dapat juga Fajar bersama-sama dalam ekspedisi Hutan Royal Belum. Maira pula tidak perasan Fajar yang mengekorinya. Trip yang seterusnya mendaki Gunung Kinabalu, di sini mereka bermain tarik tali, antara membenarkan Fajar mengetuk pintu hatinya atau tidak. Dia perlukan masa.

Hubungan keduanya tidak direstui Datin Yati - ibu kepada Fajar, sungguhpun pada mulanya Datin Yati menyukai Maira yang dengan tidak sengaja dikenalinya saat kejadian ragut. Maira lah yang menolong Datin Yati. Tetapi setelah mengetahui Maira janda muda tanpa anak, Datin merasa terhina dan mula membangkang hubungan mereka.

Namun kecelakaan menimpa keluarga Datin Yati dan Fajar, adik Fajar, Nur Suria ditimpa kemalangan, dan suaminya meninggal dunia ditempat kejadian. Sedih sungguh bila baca adegan ni. Kemudian tak sampai setahun Nur suria ditemukan pula dengan Tengku Zakir dan ingin mendirikan rumah tangga. Saat ini, barulah Datin Yati merasa dirinya patut memaafi Maira.

Rating saya:
**** (best lah pada saya!)

May 29, 2009

Sharifah Abu Salem - Biar Rindu Berlalu




Tajuk : Biar Rindu Berlalu
Pengarang : Sharifah Abu Salem
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-305-3
Mukasurat : 592 Halaman

Sinopsis belakang novel:

Sering rindu datang tanpa diundang. Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera. Namun, kerana rindu itu dua insan saling berjanji untuk sehidup semati. Dan, kerana rindu itu juga ada insan yang sanggup melupakan janji yang dimaterai.

Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya.

Masing-masing menafikan hak bahagia kedua orang tua. Sengketa keduanya berpanjangan, saling membenci dan melukakan. Bagai api yang membakar, kedua-duanya saling menyakitkan. Marah dan dendam mewarnai setiap kata-kata.


Mengenalimu merupakan kenangan pahit dalam hidupku,
namun ia juga adalah saat terindah
yang tak mungkin dapat kutemui sampai bila-bila...


Di saat kemelut dan persengketaan kian bertandang, Fatiha bagai kehilangan kehidupan... apabila musibah datang menimpa, Nasrul didera rasa bersalah. Fatiha pula tidak mahu mengaku kalah. Dia cuba bangkit dari kehancuran yang sedang didepani. Tanpa disedari, rindu perlahan-lahan datang. Namun dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Dia tidak mahu rindu itu bertamu di dalam hati.

Ringkasan dari saya:

Kisah orang dewasa yang menghampiri pertengahan usia dan masing-masing duda dan janda, ingin mendirikan rumah tangga tapi terhalang oleh kedua-dua anak dari pihak masing-masing. Anak Samirah yang sulung Nasrul takut bakal bapa tirinya akan membolot kesemua harta yang dimilikki Samirah. Memang Samirah, mamanya lebih berada berbanding bakal bapa tirinya Khalil. Sementara itu kakak sulong dari keluarga Khalil pula pada mulanya memang setuju dengan cadangan ayahnya ingin menamatkan zaman duda, tetapi mula membangkang apabila Nasrul mengugut dirinya tentang harta. Fatiha berasa malu dan maruah seperti diinjak-injak. Sejak itu Fatiha mula memusuhi Nasrul.

Sementara itu, nenek Fatiha (Tok Wan) melarikan dua cucu nya kerana tidak menyukai niat Khalil untuk menamatkan zaman duda. Dia tidak bersetuju menantunya berkahwin lain, dan dalam pada itu, sepupu Munirah (arwah isteri) pula menaruh hati pada Khalil sejak arwah meninggal. Suhana cuba menggoda Khalil dengan pelbagai taktik kotor dan hampir berjaya, dia juga sanggup berpura-pura baik dengan melayan Khalil dan anak2nya padahal dibelakang memang tidak menyukai mereka. Yang diingini adalah harta Khalil dan cintanya pada Khalil

Bekas tunang Nasrul pula ingin kembali kepangkuan Nasrul, walaupun telah tertangkap berlaku curang dihadapan Nasrul. Malina mendendami Nasrul, dan telah membuat Fatiha kemalangan dan lumpuh kakinya akibat cemburu buta. Sejak itu Nasrul cuba berbaik2 dengan Fatiha, namun Fatiha tetap menolak Nasrul sekeras-kerasnya

Akhirnya, berjaya juga Khalil-Samirah berkahwin, dan Suhana pula akibat tamak haloba, telah kemalangan bersama Ipin sewaktu bergaduh dengan Tok Wan tentang harta peninggalan arwah Munirah. Nasrul pula membawa diri ke Frankfurt, melanjutkan pelajaran. Saat peninggalannya, Fatiha datang dibawa Liyana (adik Nasrul) ke airport demi memaafkan Nasrul. Dan Rindu Pun Berlalu.....

Rating saya: **** (4 bintang)

Quite an interesting drama. Saya dok membayangkan pelakon utama Nasrul is Fahrin or Rosyam, dan pelakon pompuan Fatiha tu macam Lisdawati, sebab dia macam ada ego dan keras kepala. Suhana memang sesuai kalau Farah Diya. Jenis garang, tengking orang gaji.

Secara keseluruhan memang novel ni ambil masa seminggu untuk saya habiskan sebab asyik saja saya terlelap waktu adegan-adegan yang slow. Tapi bila dah hujung-hujung ingin juga saya dapatkan happy ending, rupa-rupanya bukan, macam ada kesinambungan lagi tentang hubungan Fatiha - Nasrul, Nisha - Iskandar dan pengakhiran pada Suhana (adakah Suhana akan insaf? atau dia terus mendendami Khalil)....

May 21, 2009

John Norafizan - Garis-garis Deja Vu

Tajuk Novel : Garis-Garis Deja Vu
Pengarang : John Norafizan
Penerbit : Jemari Seni
ISBN : 978-967-5118-00-5
Kata Rumi: pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnyamereka sudah bersama sejak dari azali lagi
Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza.Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yang tersimpul mati!
Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vuSuatu pelarian tanpa noktah dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.
Kenapa setelah sepuluh tahun berselang Ashraf harus mencari Laila yang hilangsedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?
Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?
Ringkasan Cerita:
3 kisah berbeza bercantum menjadi satu. Kisah pertama tentang Nini yang ditinggalkan suaminya Ashraf tanpa sebarang berita. Ashraf meninggalkannya tanpa sebarang sebab dan sebarang surat. Ashraf pergi menjejak cinta lamanya di Jordan untuk bertemu Laila dan anak dikandung Laila 10 tahun yang lalu.
Kisah kedua mengenai Suraya yang telah murtad disebabkan terpedaya dengan muslihat cinta Paderi Thomas. Suraya yang sekarang aties mula gementar apabila roomatenya yang sejak lahir aties, telah mula bertanya-tanya tentang Islam setelah menyaksikan perkara ajaib pesakit kansernya yang sembuh secara tiba-tiba.
Kisah ketiga adalah mengenai Damien seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang ditinggalkan ayahnya Rooney keseorangan menemani ibunya yang koma di Hospital Manchester. Damien pula seorang kanak-kanak muslim telah bertemu seekor gagak putih, di mana dia bagaikan boleh berinteraksi dengan burung tersebut secara telepati. Dengan cara begitu, dia telah menyembuhakan pesakit2 lain di Hospital Manchester dengan hanya bersalaman dengan pesakit dan membaca ayat-ayat alQuran.
Pertemuan kemuncak apabila Ashraf sebagai main plot dari Jordan pergi ke England mencari bapa kepada Sulaiman, setelah dia mendapat berita kematian Laila bersama Zuriat Ashraf.
Rating saya: **** (4 bintang - suspens thriller dan sedih juga)

May 15, 2009

Anis Ayuni - Bayangan Rindu


Tajuk : Bayangan Rindu
Penulis: Anis Ayuni
Terbitan : Alaf21
ISBN No : 978-983-124-301
Halaman: 576 ms

Beli Sekarang

Sinopsis belakang buku:

Rasa aneh,tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andainya Iddya;cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.

Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi malangnya,ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurah resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan. Umar Aisy: penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada.

I akan terus menunggu sampai I pasti ‘dia’ bukan jodoh I. Iddya: aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lutfi dan cinta Baein pula sudah kecurian,barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.

Ringkasan dari saya:

Kisah cinta remaja antara Iddya dan Baien dari zaman persekolahan ternoktah jua akhirnya. Baein yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, berkahwin dengan Ivy di sana. Iddya pula kecewa membawa duka lara. Namun hanya sebentar cuma, Iddya berjaya mendapat penggantinya Lutfi yang secara kebetulan menjadi penyelamatnya dari si bujang terlajak yang suka menggangunya di pejabat tempat dia praktikal.

Lutfi berjaya menambat hati Iddya walaupun Lutfi bergelar duda beranak satu. Sedih sungguh babak di mana Lutfi memperkenalkan anaknya kepada Iddya, di tanah perkuburan. Sendu sungguh part ni.

Dalam pada itu, perhubungan Iddya dengan teman-teman sepersekolahan terjalin kembali, terutama dengan Kiew yang selalu memujuk diri Iddya semasa dia merajuk dengan Baein (waktu persekolahan dulu). Mereka semakin akrab. Tidak terlintas di hati Iddya yang Kiew menaruh hati padanya dalam diam. Tetapi Kiew mengetahui hubungan Iddya dan Lutfi, jadi Kiew hanya cuma mendekati Iddya sebagai teman rapat sahaja.

Klimaks apabila, Lutfi diperkenalkan dengan keluarga Iddya, dan didapati bahawa Lutfi merupakan bayi yang disusui ibu Iddya sewaktu mereka sekeluarga menjaganya di Sarawak berpuluh tahun dahulu. Lutfi yang sememangnya masih bayi dan ibunya meninggal sewaktu melahirkannya telah dijaga keluarga Iddya sementara ayahnya kembali ke semenanjung dan membawa ibu tirinya yang baik hati itu. Hati Iddya remuk mengenangkan kekasih hatinya adalah abang susuannya dan mereka terbatas dalam talian kekeluargaan.

Sekali lagi Iddya membawa hati yang lara, menuju ke Perth bagi memujuk hatinya. Saat itu Kiew datang dan menghiburkan dirinya. Rupa-rupanya Kiew = Umar Aisy yang telah lama memeluk Islam. Barulah Iddya tahu yang selama ini Kiew menyimpan rasa terhadapnya demi kasihnya pada Baein mahupun Lutfi.

Pada ketika ini, Baein datang memujuk hatinya untuk rujuk kembali. Tetapi Iddya sudah tidak dapat menerima lagi Baein sungguhpun dialah cinta pertama Iddya.

Rating saya:
*** (quite okay, tetapi tidak berapa mantap, dan beberapa kali saya scanning and skimming)...

May 12, 2009

Hlovate - Rooftop Rant

Tajuk : Rooftop Rant
Pengarang : Hlovate
Penerbit : Jemari Seni Publishing
ISBN : 978-967-5118-07-4
Harga: RM21.00
lontarkan...kalau tidak ia meracunkongsikan...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung. Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!
Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!
Hidup tak selalunya lawa. Tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada. Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo. Rasa macam dah tak mampu bangkit. Rasa macam dah tak mampu hela nafas
Dengarkan HLOVATE berbicara: tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini... tentang Trisy dan Jade... tentang bukit yang sayup di depan tentang angin yang membawa salam di belakang tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah dan mereka terus bercerita...sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicarabicara bumbung namanya....
***
Komen saya:
Kisah perasaan seorang remaja Trisy yang bergelut dengan kemelut keluarga. Sungguhpun datang dari keluarga berada, tetapi jiwanya kosong. Dan dia mula memberontak secara diam, menjadi rebellious di sekolah dan di rumah. Bertembung pula dengan Jade di atas bumbung, dan secara tidak sengaja meluahkan rasa hati tentang keluarganya. Jade banyak memberi konsultasi dengan hanya mendengar segala cerita Trisy, sambil membuat lakaran kartun. Jade memang berbeza latar belakang berbanding Trisy. Jade bukan anak orang kaya, duit dicari sendiri dengan menjual burger bagi membeli peralatan melukisnya.
Klimaks bermula, bilamana Trisy overdose pils dan diwadkan di wad psikiatri. Dari situ, ibubapa Trisy nekad menghantar Trisy ke rumah atuk dan opah di JB.
Trisy banyak berubah ke arah kebaikan semasa di JB dan mula membaca kitab-kitab Pak Sunya. Paksu nya yang banyak membimbing dirinya dan dia berjaya memperolehi SPM yang membanggakan. Sementara Jade berjaya menjadi pelukis setelah Trisy memperkenalkan Jade dengan Jason yang merupakan rakan abang nya Jazz.
Trisy diterima di KMS Seremban dan melanjutkan pelajaran di Aberdeen.
Terdapat juga diselitkan Jebat dan Lekiu, mags 7, dan juga kak Jo n Along dalam novel yang sebelumnya semasa di Aberdeen. Trisy tidak terbuka hati walaupun di lamar Lekiu.
Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Trisy kembali semasa cuti semester dan bertemu Jade. Lalu mereka mengikat tali pertunangan. Terdapat juga watak2 dari majalah Lanun seperti Wak Duku dan Rapala. (sy peminat majalah komik Lanun back in 1995/6/7).
Rating saya: ****1/2 (almost tak boleh letak)

May 10, 2009

Damya Hanna - Senafas Rindu


Harga : RM 19.90
Cetakan Pertama 2007
Penerbit : Alaf21 Sdn Bhd
Halaman :592
ISBN : 978-983-124-296-4
Sinopsis belakang buku:
Fariz amat mencintai Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina tetapi hubungan mereka terhalang oleh kedua-dua keluarga. Pada masa yang sama, Shafika yang pernah meninggalkan Fariz hadir untuk menagih cinta lelaki itu.
Terjadilah pelbagai konflik yang mencetuskan perasaan dan hati. Marah, geram dan gembira bercampur baur.
Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.
Ringkasan dari saya:
Permulaan baca agak menyeronokkan, hingga ke pertengahan novel. Tetapi agak slow bila sampai di pertengahan. Diakhir 3/4 buku, mula klimaks sehingga ke mukasurat terakhir. Kisah cinta tiga segi, dalam diam. Persahabatan di kolej dan pertemuan di kolej hingga ke jinjang pelamin. Kisah kali ini mengenai percintaan dan perkahwinan antara 2 bangsa berlainan agama melayu islam dan cina buddha.

Watak utama Fariz (boleh gambarkan pelakon yang seperti Fahrin kot), yang sangat gentlemen dan dulu pernah bercinta di alam persekolahan tetapi dikecewakan setelah mamanya Datin Maznah memutuskan perhubungan mereka disebabkan isu darjat kekayaan dan kemiskinan. Shafikah akhirnya redha dengan pemberian Datin Maznah bagi menyelamatkan nyawa ibunya yang mengidap barah hati.

Fariz meneruskan perjalanan hidup dengan tidak mengendahkan sebarang gadis dan mengelakkan dari bermain cinta di kolej setelah patah hati dengan percintaan lalu. Namun begitu, secara tidak sengaja dia telah bertemu dengan Anne yang ketika itu sedang menghadapi masalah. Walaupun Anne mengelak dari bertembung dengan Fariz, tetapi takdir menemukan mereka beberapa kali, dan ini merubah pandangan Fariz terhadap wanita.

Anne pula menghadapi situasi tertekan, di mana dia telah diperkosa bekas lelakinya Kelvin, yang mana Kelvin ini adalah anak rakan kongsi Puan Cindy (ibu Anne). Anne telah dipaksa mengahwini Kelvin setelah Kelvin memutuskan percintaan mereka tanpa sebarang sebab, dan lebih menguatkan lagi, Kelvin telah memalukan Anne dikhalayak rakan-rakannya kerana menjudikan tindakan Anne yang beralah dengan pujukannya setelah dia memutuskan hubungan. Secara kebetulan pula Fariz menyaksikan kejadian perjudian nasib Anne itu dengan mata kepalanya sendiri. Simpati menebal dalam hati Fariz.

Kesihatan Anne semakin merosot, dan dia didapati hamil 3 bulan. Dia mengambil tindakan drastik dengan berhenti kolej dan keluar dari pangsapuri milik Puan Cindy. Fariz pula datang secara kebetulan dan membantu Anne mencari rumah sewa. Sejak dari itu mereka semakin rapat. Shafiqa pula telah bertembung dengan Fariz dan ingin menjalinkan semula hubungan mereka yang pernah terputus dahulu, tetapi Fariz sudah mula menyayangi Anne. Dalam pada itu, Anne telah keguguran setelah menghadapi tekanan demi tekanan dari Puan Cindy dan Kelvin.

Setelah diasak oleh keluarga Fariz tentang hubungannya dengan gadis Cina, Fariz nekad membawa Anne memasuki Islam dan mengahwininya. Namun begitu, hubungan mereka berdua masih seperti kawan walaupun setelah 3 bulan memasuki alam perkahwinan. Anne juga dengan perlahan-lahan telah diterima oleh Datin Maznah, sungguhpun pada mulanya Datin sungguh membenci Anne dan memperlinya dengan pelbagai tohmahan. Tun Afifah (nenek Fariz) lah yang banyak mendorong Anne menjadi sabar dan tabah dalam rumah tersebut.

Dalam meniti kebahgiaan yang baru sahaja dikecapi, Anne tiba-tiba telah hilang tanpa sebarang jejak. Sejak Puan Cindy ditemui mati dan Kelvin telah didapati bersalah, Anne tidak dapat dijejaki. Dua tahun lamanya Fariz hilang semangat, akhirnya bertemu jua dengan Anne di sebuah kedai bunga dengan keadaan lumpuh seluruh bahagian kaki.

Komen saya:

Overall boleh katakan jalan menarik juga. Konflik demi konflik berlaku dalam novel ini berjaya di atur dengan mantap dan diselesaikan dengan selesa. Pengakhiran yang agak terburu-buru, terdapat juga beberapa lubang yang tidak ditutupi, dimana adegan mengapa Kelvin menculik Puan Cindy, dan mengikat atau melemahkan Puan Cindy. Anne telah ditikam di perut, manakala Puan Cindy ditikam di dada, tetapi sangat pelik apabila tiada penyuraian terhadap keadaan semasa Anne dilanggar Kelvin dan tiba-tiba gelap... Siapakah yang menyelamatkan Anne sehingga tiada jejaknya? Adakah dia dimasukkan ke hospital kerana dia ditikam di perut dan dilanggar. Sudah tentu dia dimasukkan ke wad, dan akan menjadi news. Tetapi Fariz tidak dapat mengesannya? Tiada orang yang menghubungi Fariz? Dan sangat longgar juga apabila Anne/Ain telah sihat dan lumpuh dan menjadi muslimah sejati, tetapi terlupa akan hubungannya yang masih menjadi isteri Fariz..... (ini kelemahan sekiranya dia sudah menjadi muslimah, Ain perlu kembali kepangkuan suami- dia perlu sedar tanggungjawabnya sebagai isteri)

Rating saya:
*** (boleh habis dalam 3 hari - okay2 berbanding dengan novel yang sebelumnya, yang terlalu banyak adegan, dan kali ini lebih mantap.)

April 27, 2009

Norhayati Berahim - Murni Kasih


Tajuk : Murni Kasih
Pengarang : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
ISBN : 983-42115-8-9
Halaman: 669ms
Harga: RM23.90

Sinopsis Belakang Novel:

Kenapa terlalu sukar dia mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apakah cinta itu sebenarnya hanya mainan perasaan? Tetapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya?

Ahh... segalanya benar-benar menyakitkan. Dipendam, terasa sakit, mahu diluah terasa perit. Lantas lelaki itu sedar, dia perlu membuat satu keputusan...


Ringkasan Cerita:

Sekali lagi NB memaparkan kisah kekentalan jiwa seorang wanita. Dibesarkan dengan seorang ayah yang cacat Murni Kasih berjaya keluar dari kemelut kemiskinan dan melanjutkan pelajaran ke Kanada. Dari Melaka dia berhijrah ke Kanada dan sambil belajar dia bekerja sebagai pembantu Sariah.

Kisah kali ini banyak berlatarbelakangkan Melaka sewaktu dulu-dulu. Dan perkataan dalam dialek Sarawak seperti Kitak, Kamek banyak digunakan dalam novel kali ini.

Murni semasa kecil bersahabat baik dengan 2 kanak-kanak lelaki hampir sebaya (Ojan dan Dino), dan bermain lasak dengan mereka berdua sehingga dikatakan nakal dan jahat oleh ibu Ojan, Mak Timah getuk.

Sekembali Murni dari Kanada, dia berusaha keras untuk menubuhkan rumah persaraan dan caregiver yang pernah dicadangkan oleh Sariah sewaktu dia di Kanada. Dengan tidak disangka-sangka dia bertemu dengan Tan Sri Majid (bapa Sariah) yang kesunyian setelah kematian isteri dan egonya menolak semua anak-anaknya dari menjalinkan kasih sayang kekeluargaan dengannya.

Sementara itu, Sariah kembali ke tanah air bersama anak kecilnya dan bertemu Murni bertanyakan tentang perniagaan pengasuh yang ditawarkan. Luqman Akeem, adik kepada Sariah memerlukan pembantu yang mahir dan cekap didalam rumah juga dalam bidang akademik. Kebetulan waktu itu syarikat Murni tiada pembantu yang sesuai, maka Murni sendiri telah menjadi pengasuh kepada Damia dan Danis. Mulanya Luqman memandang rendah serendah2nya pada Murni kerana masih belum mengenali Murni. Dia beranggapan semua pembantu dari golongan rendah dan tidak berpelajaran. Tetapi jauh sekali berbeza kenyataannya.

Rupa2nya Luqman jatuh hati dengan Murni, tetapi bagi diri Murni, dia masih belum bersedia. Juga dia masih bersahabat baik dengan Dino dan Ojan.

Apakah yang terjadi kepada mereka? Bacalah novel ini dan terdapat beberapa klimaks dan kejadian tidak disangka-sangka dalam cerita kali ini.

Rating saya:
**** 2 hari sudah siap habiskan

April 22, 2009

Sri Diah - Kuala Lumpur Di Mana Suamiku

Tajuk : Kuala Lumpur Di Mana Suamiku
Pengarang : Sri Diah
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-109-6
Halaman : 544ms

Harga: RM19.90


Sinopsis belakang buku:
Sesekali bukan tidak terlintas di ruang fikiran, apakah perkahwinan ini satu percaturan? Natasya pernah bertanya pada diri sendiri tentang harga sebuah kasih sayang, sebuah kesetiaan seorang suami. Sudah puas dia menjadi isteri yang baik pada seorang suami yang bernama Nazril – lelaki yang berpura, lelaki yang tidak tahu menilai erti setia.
Perlukah diturut kata hati, mencurah rasa hati pada lelaki yang bukan suami? Menderhakakah dia, jika dalam kesepian, dia menyambut salam Baha yang baik dan penyayang? Dia sebenarnya penasaran, antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. Lantas wanita yang bernama Natasya itu dalam dilema, diburu resah. Ada kesal, ada bimbang, ada kemarahan yang datang dan pergi. Dan hatinya sering bertanya sampai bila segalanya akan ada penyudah...
Ringkasan dari saya:

Novel ni rasanya dulu pernah baca, tapi tak dibuat resensinya. Kali ni novel ni ku pinjam di perpustakaan ofis, dan terperap dekat 3 minggu atas meja, sebelum diselak semula dan dibaca. Bila dah mula baca, tak boleh berhenti pula.

Kisah teladan dalam novel ini yang berkisar tentang gadis mualaf yang berkahwin dengan seorang 'bad temper' tetapi sudah pulih dari temper nya. Suaminya sebenarnya seorang duda yang dahulu pernah mendera serta menganiaya bekas isterinya.

Permulaan cerita berkisar tentang Natasya Abdullah yang baru bernikah dengan Nazril (cantik nama ni, macam tak sesuai dengan watak bad temper). Nazril seorang duda yang pernah mendera bekas isterinya. Keluarganya mengatakan Nazril terkena buatan orang kerana, sebelum berkahwin kali pertama, Nazril seorang yang penyayang, tetapi setelah ikatan pertunangan, dia berubah menjadi perengus dan watak membenci tunangnya. Tetapi perkahwinan tetap diteruskan bersama Laili, namun Laili didera sejak malam pertama, dan perkahwinan mereka cuma dapat bertahan beberapa bulan sahaja. Laili melarikan diri kembali ke rumah orang tuanya kerana tidak tertahan didera secara fizikal dan mental. Dia diceraikan.

Natasya pula berkenalan dengan Nazril setelah beberapa tahun Nazril menduda, dan tidak diceritakan dalam novel, bagaimana watak Nazril yang perengus tiba-tiba dengan jarak waktu berubah menjadi penyayang dan romantik. Natasya mengahwini Nazril tanpa mengetahui status Nazril yang duda, dan pernah mempunyai sejarah mendera isteri. Awal perkahwinan semuanya manis, tetapi Nazril mula berubah setelah terserempak dengan bekas isterinya Laili. Nazril mula gila talak. Laili pula lemah dan melayan Nazril.

Natasya diperkenalkan dengan Baharudin rakan baik Nazril, dan mereka kerap berjumpa. Nazril yang mengesyorkan supaya Baha menemani isterinya sementara dia menguruskan untuk berkahwin semula dengan Laili. (uish teruknya suami macam nih). Keakraban Baha - Natasya ditentang hebat oleh mama Baha, mamanya memang mahu Baha berkahwin dengan anak rakannya yang sesuai dengan taraf kehidupan mewah mereka. Namun mungkin mereka sudah ditakdirkan bersama, kedua mereka akrab kembali.

Natasya pula telah melahirkan anak perempuan yang comel, diberi nama Nurul Ain, dan lebih menyedihkan hati dan perasaannya, Ain meninggal ketika berusia seminggu. Sementara itu, Natasya telah ditinggalkan suami tanpa diketahui dimana suaminya berada. Akhirnya Natasya nekad mengadu ke pejabat syariah dan mendapat taklik. Sungguhpun begitu Nazril tetap tidak mahu menceraikannya. Setelah dibawa ke mahkamah, Nazril terpaksa melafazkan taklik tersebut setelah didapati semua bukti kukuh.

Bebaslah Natasya dari belenggu Nazril. (Tak sukanya bila Laili ni tak tetap pendirian, dah begitu terima balik Nazril - dan tak de pulak Nazril jadi perengus macam dulu - kesian Natasya).

Kemudian, mama Baha pula telah diserang stroke dan meninggal dunia tidak lama selepas itu. Baha akhirnya mengahwini Natasya.

Rating saya:
**** (4 bintang - best juga, tapi sangat kesian dengan watak Natasya ni, seorang isteri yang sabar dan tabah, diduga dengan pelbagai ujian).

April 17, 2009

Lily Haslina Nasir - Aku Ada Kamu


Tajuk : Aku Ada Kamu
Penulis : Lily Haslina Nasir
Penerbit : NB Kara
ISBN: 978-967-5229-06-0
Bil m/s: 646ms
Genre: Adult

Sinopsis belakang kulit buku:

Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yang itu, tukar yang lain. Namun di sudut hati, Hisham seorang sahaja pujaan hati.

Tika inai masih lagi merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yang mencinta Hisham dan tergila-gila.

Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yang pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.

Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.

Ringkasan cerita:
Sofi Aidura seorang penuntut tahun akhir yang punyai ramai peminat. Sudah tentunya peminat lelaki, yang meminatinya bukan setakat kemahirannya berpidato malah kelincahannya menyebabkan cair hati-hati lelaki di UM mahupun di luar sana. Peribadinya yang lincah dan gemar keluar dengan pelbagai lelaki menyebabkan jiran2 rumah sewanya geram dengan tabiatnya. Sekejap senior yang ajak sarapan, tak lama selepas tu, lunch pula dengan Kapten Khairul, dinner pula dengan si macho Farhan.

Walaupun begitu Hisham tetap dihatinya. Setelah Jamal meninggal, dia rasa kehilangan, Hafiz abang kandungnya pula mengguris hati keluarga dengan mengahwini perempuan orang putih di German. Pada Hisham lah dia mencurahkan perasaan.

Mereka akhirnya bernikah juga setelah bertalu-talu peminangan dari pelbagai pihak, termasuk Farhan. Tetapi risikan dari Farhan diputuskan setelah melihat kejadian ganjil pada Farhan yang memegang mesra tangan lelaki lain. Nyaris Sofi Aidura terperangkap dengan lelaki gay. Sementara Kapten Khairul pula menunggu-nunggu jawapan dari Sofi Aidura.

Sementara itu, Sheila rakan sepejabat Hisham yang seksi dan gedik pula menaruh hati pada Hisham, dan menggunakan ilmu hitam untuk mengenakan Sofi Aidura. Sehingga Sofi tertumpah darah, namun Sheila gagal juga untuk mengenakan Hisham. Dengan banguan Nyai Menur bomoh ilmu hitam, Sheila berhabisan beribu ringgit demi cinta yang tak kesampaian pada Hisham. Akhirnya dia tumpas, bilamana mat gian mengambil kesempatan atas mereka berdua ketika Sheila dan Nyai Menur sedang melakukan perkara khurafat tersebut. Mereka berdua terbunuh. Terbongkarlah segala maksiat dan khurafat yang dilakukan terhadap Sofi Aidura.
Akhirnya, semestinya happy ending....

Rating dari saya:
*** (first half is all about Sofi Aidura, 2nd half baru banyak adegan2 suspens dan romantik).


March 18, 2009

Aina Emir - Hanya Kita Berdua



Pengarang : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya
ISBN : 978-983-3316-38-0
Harga : RM19.90
Sinopsis Belakang Buku:

Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya. Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.
Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?
Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam berpanjangan, namun mempunyai plot cerita yang romantis, terselit unsur humor dan penuh dengan persoalan.

Ringkasan dari saya:

Kisah tentang seorang wanita yang menyimpan cinta remaja hingga dewasa. Menunggu Adil kekasih semasa zaman cinta monyetnya. Adil pula telah dihalau oleh keluarga Najla sendiri setelah difitnah oleh keluarganya. Adil dan ibunya melarikan diri ke Klang tanpa sebarang berita. Sungguhpun begitu Najla masih setia menunggu walaupun setelah berbelas tahun perkara tersebut berlalu.

Najla yang bertugas di pejabat pengiklanan telah disunting oleh majikannya Danni. Pada mulanya Najla menolak dengan lembut pelawaan Danni. Tetapi setelah dinasihati oleh kaum keluarga, dia pelahan-lahan menerima undangan Danni. Akhirnya dia berjaya meninggalkan rasa cinta pada Adil dan menggantikan dengan Danni.

Kejadian tidak disangka-sangka berlaku, Adil akhirnya pulang ketika sebulan lagi tarikh pernikahan Najla-Danni. Pada mulanya Najla gementar untuk bertemu Adil, tetapi dia berjaya menguatkan dirinya dan meyakinkan dirinya untuk menerima Danni sepenuhnya.

Beberapa perkara berlaku setelah kepulangan Adil ke kampungnya. Tok Mat Kaya, datuk Najla telah menghilangkan diri dan khabar angin mengatakan datuknya telah bernikah dengan ibu Adil. Ini telah menyebabkan keluarga Najla huru-hara. Abang-abang Najla memang menyimpan dendam dengan Adil. Rahsia keluarga akhirnya dibongkar oleh Najla dalam diam. Dia berjaya mendapat maklumat tentang kedua-dua abangnya tentang perkara yang sebenarnya telah berlaku terhadap Adil.

Adil difitnah memperkosa Julia sepupu Najla, disebabkan itu Adil telah dihalau dari kampung, hakikat sebenar Julia telah mengandungkan anak2 abang2 Najla, dan akhirnya Julia melarikan diri ke Seremban. Namun begitu, ketika Julia mengandung 7 bulan, dia telah mengadu nasib dengan Tauke Lim (rakan niaga Tok Mat Kaya). Dan Tauke Lim telah membawa Julia ke rumah Adil di Klang. Di situlah Julia melahirkan Najmi, dan meninggalkan anak yang tidak cukup bulan itu untuk dijaga oleh ibu Adil dan Adil sendiri. Sedangkan Julia membawa diri dan memulakan hidup baru di Sepang. Adil telah berusaha untuk membesarkan Najmi dengan melakukan pelbagai pekerjaan, hingga dia merantau menjadi kelasi kapal. Dari situ dia menyimpan dana dan menjadi ahli perniagaan di Timur Tengah dan membawa ibu serta Najmi berhijrah ke Dubai. Hinggalah beberapa tahun kebelakangan di mana dia kembali semula ke tanah air untuk menguruskan perniagaan usahasama di Malaysia.

Sementara itu, Najla pula telah keguguran dan ketika dia sakit, Danni pula telah terlibat dalam nahas kemalangan helikopter terhempas di Sarawak ketika menjalankan tugas pengiklanan di sana.

Pada saya, cerita kali ini, banyak flashback yang sedikit demi sedikit, menyebabkan kita terpaksa menyelak kedepan untuk mengetahui kisah sebenar yang berlaku.

Komen saya:
*** (3 bintang, cerita penuh adegan)

March 10, 2009

Lintang Sugianto - Matahari di atas Gilli






Harga : RM25.50 / RM RM28.50 (Sabah & Sarawak),


ISBN :978-983-3892-18-1;


Tarikh Terbit: 25 September 2008 ;


Jumlah Muka Surat : 488 halaman


Penerbit : PTS Litera




Sinopsis:



Kisah seorang gadis bernama Suhada yang berkahwin dengan Suamar seorang pemuda dari Pulau Gilli. Suhada kemudian mengikut suaminya ke Gilli dan tinggal di situ.
Di Gilli, Suhada melihat anak-anak di situ tidak mempunyai pelajaran lalu Suhada berusaha memberikan pendidikan kepada anak-anak di pulau itu tetapi mendapat tentangan daripada penduduk di sana.

Namun setelah berusaha akhirnya Suhada berjaya meyakinkan penduduk Pulau Gilli berkenaan kepentingan ilmu. Walaupun pada akhirnya, atas suatu sebab Gilli menjadi berbeza.

Ringkasan Cerita dari sudut pandangan saya:


Novel ni boleh dibahagi kepada 3 bahagian, bahagian pertama kisah Suhada dibesarkan dari kecil hingga dewasa, kedua bila tiba saat dia berkahwin dengan Suamar yang berasal dari Gilli, dan bagaimana Suhada sebagai orang asing dalam pulau Gilli tersebut membawa bersama budaya bersekolah di pulau yang terpinggir itu. Akhir bab kedua ini juga menyaksikan detik-detik pilu bilamana Suhada meninggal ketika melahirkan anak sulung mereka disaat-saat genting sewaktu Suamar di perantauan dan dalam perjalanan pulang. Bahagian ketiga pula kisah Suamar yang hilang pertimbangan dan tidak lagi dapat berfikir dengan betul setelah tamparan hebat kehilangan Suhada yang amat disayanginya

Membaca novel ini bagai membaca setiap suasana di pulau Gilli. Pantai yang indah, anak-anak nelayan yang ketagihkan ilmu, dan warung Buk No yang menjadi tempat tinggal Suhada bila dia ditinggalkan Suamar. Suasana persekitaran digambarkan dengan penuh terperinci.

Walaupun begitu, kisah perjuangan Suhada mati ditengah-tengah perjalanan novel. Ada satu bab mengisahkan tentang seorang ustaz yang tidak diketahui asal usulnya, tapi akhir novel ini, kita sebagai pembaca masih tidak mengetahui siapa dan kenapa watak ustaz ini berada di dalam novel ini. Adakah Sabam (anak Suhada) itu adalah ustaz tersebut? Tetapi ada juga dalam penceritaan itu, Buk No memberi sedekah kepada ustaz, dan juga satu picisan perenggan yang menyatakan Suamar pergi bertemu ustaz tersebut sambil mengadu keadaan emosi dirinya yang tertekan dan menangis disisi ustaz tersebut

Akhirnya Suamar pergi juga bertemu Suhada, dan meninggalkan Sabam bersama Buk No.. adakah Sabam yang menyambung kerja-kerja Suhada disamping Pak Karta?... (pun tidak dapat dipastikan diakhir novel ini

Rating saya
**** (suatu yang lain dari yang lain.



February 16, 2009

R.Ismaz - Gamitan Nurani







Genre: Novel Remaja
Tajuk : Gamitan Nurani
Penulis: R.Ismaz
Publisher: Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd
Harga: RM22.90
ISBN : 978 967 5106 13 2







Sinopsis belakang buku:


Sudah menjadi rutin harian bagi Bunyamin menjaja kuih di kawasan setinggan Bukit Jelatik, Kak Senyum menumpangkan kuih-kuihnya. Kak Janda muda itu pula menaruh hati padanya.



Menjelang SPM, Siti Nasrijah sering ikut menelaah pelajaran pelajaran bersamanya. Operator pengeluaran itu pun ada hati dengannya.



Namun begitu tanpa diduga Bunyamin terpikat dengan Kak Wanirah salah seorang pelanggan tetap kuih jajaannya. "Min sukakan Kak Wani, Min sayangkan Kak Wani, dan..."



Dalam usia yang terlalu muda, Bunyamin menghadapi dilema meneruskan pelajaran, memulakan peniagaan ataupun terus berkahwin?




Sinopsis dari saya:

Kisah cinta tiga arah Bunyamin yang diminati ramai gadis disekitar perkampungan Jelatik. Dia hanya seorang remaja yang sedang menghadapi SPM dan anak Mak Piah yang hanya berjualan kuih di situ.

Antara Kak Wanirah, Kak Senyum dan Siti Nasrijah. Yang paling diminati adalah Kak Wanirah, isteri kepada Abang Jumaat dan punyai anak perempuan Norzety yang masih bayi. Konflik dalam diri Bunyamin timbul bilamana gosip orang kampung terhadap dirinya yang diminati oleh Kak Senyum, malah dia pernah keluar dengan Kak Senyum, sebelum dia tahu yang kak Senyum memang menaruh hati padanya. Hinggakan Kak Senyum janda tanpa anak itu sanggup melakukan apa saja untuk Bunyamin. Mujur Bunyamin sempat sedar.

Sementara Siti Nasrijah pula operator pengeluaran yang mengambil SPM kali kedua cuba merapati diri dengan Bunyamin, dan belajar bersama untuk peperiksaan keduanya.

Komen saya:

Kisah remaja dan bagai membaca kisah hati Bunyamin dalam novel ini. Tetapi agak keterlaluan buat seorang remaja bila dialog kak Wani supaya Bunyamin menjadi suami kak Wani, sedangkan kak Wani adalah isteri Abang Jumaat, dan juga dalam gambaran permulaan personaliti Kak Wani adalah wanita yang lemah lembut dan penuh penghormatan. Tak mungkin wanita seperti itu sanggup mengeluarkan kata-kata begitu pada remaja seperti Bunyamin. (saya banyak beristighfar semasa membaca babak ini). Agak tidak realistik dan contoh yang tidak baik dalam kehidupan. Menemankan seorang wanita tanpa muhrim dalam rumahnya sendiri. Mungkin publisher patut bawa keluar babak ini.

Dalam novel ini juga banyak perkataan-perkataan yang pelik (atau saya yang jarang jumpa) contohnya menggelung, menggilas, merengoi macam bulu jagung, tiba-tiba melesang gadis itu, serta-merta dia bongkas, colak-caling, terkalang-kalang...

Secara keseluruhan novel ini mengisahkan remaja yang perlu berusaha bersungguh-sungguh demi SPM. Ketepikan kisah cinta, dan berusaha berjuang dalam pelajaran. Perkahwinan akan datang kemudian.

Banyak juga pengajaran yang boleh didapati dalam novel ini:
Contohnya:
1. Bersungguh-sungguh menghadapi pelajaran.
2. Bergossip tanpa apa-apa bukti merupakan perbuatan yang sia-sia.
3. Berikan pertolongan dalam apa jua keadaan.
4. Jangan berburuk sangka dengan orang lain.
5. Orang yang pemurah selalunya rezekinya bertambah-tambah.

Itu aje buat masa ni. Terimakasih pada Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd kerana menaja buku ini untuk diresensi.

Rating saya:
*** (sesuai untuk remaja tingkatan).

January 20, 2009

Salina Ibrahim - Bukan Yang Pertama




Tajuk: Bukan yang Pertama
Penulis: Salina Ibrahim
Cetakan pertama: 2009ISBN: 978-983-3603-63-3
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Harga: RM 34.00 (Sem. Malaysia), RM 37.00 (Sabah & Sarawak)
Bil mukasurat: 782 halaman


Sinopsis belakang buku:
Yasmin Zulaikha Basri, pulang ke kampungnya setelah gagal mendapat peluang pekerjaan di ibu kota. Dia adalah wanita muda yang menggalas tanggungjawab sebagai usahawan, anak kepada ibu yang telah uzur dan dalam masa yang sama dia perlu menjadi contoh teladan yang baik kepada dua adik angkatnya. Sudah menjadi lumrah kehidupan, antara hal peribadi dengan urusan kerjaya pasti akan ada yang bercanggah.

Kehadiran Anis, remaja perempuan yang memberontak; Jason, tetamu homestay yang tertarik untuk memeluk Islam dan kemelut cinta Ustaz Mustakim telah mencabar kewibawaan Yasmin Zulaikha dengan Umar Khalil pula disalahertikan sehingga mencetuskan fitnah. Namun, dia tetap berani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa yang sama berusaha sedaya upaya untuk terus kekal di atas landasan syarak.

Ringkasan dari saya:

Kisah Yasmin Zulaikha, seperti gambaran di kulit buku novel ini, cantik, tabah dan bijak. Graduan UIA, namun tiada rezekinya di kota metropolitan. Dia kembali ke kampung yang indah dan permai, lalu bergabung bersama aktiviti yang baru dianjurkan Datuk Kasa - mengusahakan homestay dan produk kudap-kudapan dari kampung. Kuih redan, bunga loyang, kerepek-kerepek dan pelbagai kudapan dari kampung.

Dalam pada itu juga terdapat plot menarik dalam novel ini, yang mana Ustaz Mustakim masih muda lagi, dan ada getar dalam jiwa Yasmin bila memandangnya. Rupa-rupanya Ustaz duda beranak tiga itu tidak bertepuk sebelah tangan, namun firasat orang tua melebihi segalanya. Tiada jodoh mereka berdua. Yasmin nampak tidak betah dengan anak-anak Ustaz Mustakim sungguhpun anak-anak Ustaz Mustakim menyukai Yasmin. Emak Yasmin tidak berapa berkenan jika Yasmin menjadi isteri Ustaz muda itu, hanya ibu yang mengetahui luar dalam anaknya. Dia tahu Yasmin tidak sesuai untuk duduk sahaja di rumah dan menjadi pengasuh anak-anak ustaz muda itu. Hasniah janda muda beranak tiga, yang mengerjakan jualan kudap-kudapan pula menaruh rasa pada Ustaz Mustakim. Mereka berdua lebih sesuai bersama. Episod bagai cinta tiga segi.

Begitulah keadaan tinggal di kampung, ada sahaja orang yang tidak berkenan jika ada kemajuan. Atau bila Yasmin seorang wanita muda bergiat cergas dalam projek homestaynya. Pak Isa, sungguhpun sedara mara bau-bau bacang juga dengan Yasmin, sering mencari kesilapan Yasmin. Ada sahaja yang didengkikannya. (Ini memang berlaku dalam semua kampung).

Dugaan dan ujian dilalui dengan tabah. Menangani kerenah adik nya Anis, yang hampir-hampir hanyut dengan rakan remaja yang tidak bermoral. Anis akhirnya berjaya diselamatkan, atau sempat menyelamatkan diri. Yasmin dan abangnya Yassin yang terpaksa menahan diri dari amarah. Emaknya sentiasa sahaja memenangkan Anis sungguhpun Anis hanya anak saudara atau sepupu Yasmin.

Sungguh tabah watak Yasmin Zulaikha dalam novel ini, seteguh namanya Zulaikha. Kehilangan Azlan adik saudaranya yang sangat disayangi, dan selalu menolongnya, kembali menemui tuhan. Sesungguhnya Tuhan menyanyanginya lebih dari Yasmin. Azlan yang menjadi kawan baik Jason, menyebabkan Yasmin hampir hilang punca. Jason pula saudara baru, setelah menjumpai jalan sebenar laluan hidupnya telah mengucap kalimah syahadah di kampung Yasmin, dan menawarkan diri menjadi adik pengganti Azlan yang telah tiada di dunia. Yasmin terharu. Tetapi hanya seketika, ayah Jason mengambil semula Jason dengan anggota polis, namun tiada kekerasan berlaku waktu itu.

Kehadiran Umar Khalil mengubat duka lara Yasmin. Secara tidak sengaja Pak Isa yang sentiasa menyakiti Yasmin menabur fitnah apabila Umar Khalil terlalu rapat dengan Yasmin. Namun begitu, fitnah yang disangka buruk itu rupanya baik buat Yasmin. Umar menghantar rombongan meminang dan Yasmin dengan bulat hati menerimanya.

Rating saya:

****

Sebuah novel islami yang menarik dan bersulam dengan hadis dan terjemah ayat suci Al-Quran. Sesuai dibaca oleh semua golongan peminat novel.


January 8, 2009

Mimie Afinie - Tinggallah Pujaan



Tajuk : Tinggallah Pujaan


Penulis: Mimie Afinie


Penerbit: KarnaDya


Bil m/s: 558


ISBN: 978-983-3316-02-1



Sinopsis:
NURAIN, seorang kanak-kanak nakal, lincah dan periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung.
Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman, terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah dan saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.
Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yang tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta dan rindu. Kepada siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasa itu kalau bukan Haikal? Lelaki yang sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka dan juga duka.
Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya…
“TINGGALLAH PUJAAN”… Ungkapan yang amat memeritkan Nurain… Namun dia harus merelakan.


Ringkasan dari saya:


Permulaan bacaan memang menarik. Membaca kisah kanak-kanak kecil yang comel dan nakal berkawan dengan orang yang lebih tua darinya. Nurain memang menganggap Norman sebagai abang sejak dari kecil. Sementelah dia selalu merasa disisih dari keluarga sendiri, selalu sahaja dia pergi mengadu dengan abang Normannya. Haikal pula rakan sebaya yang sentiasa melindunginya. Dalam diam Haikal menyimpan hati pada Nurain hinggalah ke alam dewasa.


Perhubungan Norain - Norman terputus setelah Norman dan keluarga berpindah ke Selangor dari Terengganu. Sejak itu tiada lagi khabar berita dari Norman. Perhubungan terjalin semula secara tidak sengaja, bilamana Pak Su Nurain merupakan rakan baik Norman. Kebetulan sahaja mereka bercerita tentang orang yang sama, dan sengaja ditemukan dalam sesi perkenalan untuk Nurain. Setelah Pak Su nya cuba menemukan jodohnya dengan beberapa rakan Pak Su nya. Hampir semuanya ditolak dengan pelbagai alasan. Hinggalah bertemu Norman.


Cinta Norman berputik semula setelah bertahun-tahun tidak berjumpa. Rupa-rupanya surat-surat Norman telah dibakar oleh Sabrina kakak Nurain yang sangat cemburu dengan perhubungan mereka berdua. Perhubungan Sabrina dan Nurain tegang sejak suami Sabrina cuba memperkosa Nurain sewaktu dia kebetulan pulang ke kampung semasa ketiadaan uminya.


Dalam pada itu Haikal pula mencurahkan perasaan pada Nurain, dan Nurain juga membalasnya tanpa mengetahui yang Norman juga mempunyai hati pada Nurain. Hampir sahaja berlangsung pertunangan mereka berdua, tapi Haikal telah memutuskan hubungan. Pada waktu ini lah Norman telah mencurahkan perasaannya pada Nurain, dan Nurain menerimanya, lalu berkahwin dengan Norman dalam jangka waktu 3 bulan dari pertunangan mereka.


Kehadiran Melissa telah mengubah pendirian Haikal terhadap dunia dan kehidupan. Haikal telah tersasar dari kehidupan sebenar dan bagaikan lembu dicucuk hidung. Mengikut sahaja kata Melissa. Namun begitu dia berjaya diselamatkan oleh kedua orang tuanya dan berubat dengan ustaz di kampung. Setelah pulih, Haikal cuba menyambung kembali cintanya pada Nurain, namun telah terlewat, kerana Nurain telahpun berkahwin dengan Norman.


Setelah berkahwin, Nurain melahirkan anak lelaki tetapi telah diambil oleh uminya dan Nurain berasa tertekan. Sehinggalah suatu ketika Nurain memutuskan untuk memberi kata dua kepada ibunya supaya mengambil anak lelakinya atau memutuskan hubungan dengannya. Dan Nurain pasrah, ibunya memilih cucu lelakinya. Lalu Nurain kembali ke Kuala Lumpur, tetapi disambut dengan tawar oleh Norman. Sementelah kepergian Nurain, Norman telah terjumpa barang-barang dan gambar-gambar sewaktu Nurain bersama Haikal yang tersimpan di rumah Pak Su nya. Nurain kecewa dengan Norman dan membawa hati pulang semula ke kampung di Kuala Terengganu. Rupa-rupanya dia didapati mengandung lagi anak kedua. Tetapi dia harus tabah menghadapi dugaan dan ujian berumahtangga.


Norman pula akhirnya menyesal membiarkan Nurain pergi dari rumah, setelah mendapat tahu bahawa hubungan Haikal - Nurain dahulu sebenarnya tidak memberi apa-apa pengaruh pada Nurain. Haikal pula di kampung dan sedang tenat. Nurain pula teringat untuk singgah dan tidur dirumah ibu Haikal tanpa mengetahui yang Haikal tenat dirumahnya. Apabila mengetahui yang Haikal sedang tenat, Nurain berasa terharu dan cuba sedaya upaya untuk menggembirakan Haikal. Tetapi kedua ibubapa Haikal melarangnya kerana Nurain masih lagi isteri Norman. Akhirnya ibubapa Haikal menasihatkan Nurain supaya kembali kepada Norman. Tetapi Nurain mengatakan yang Norman sudah tidak pedulikannya lagi. Nurain teringatkan rumah ayahnya yang masih ada di Kuala Terengganu, dan dia mempunyai kunci pendua. Lalu dia menetap disitu, hinggalah Norman menjumpainya di sana.



Rating saya:

*** (ok-ok, sedih la ending dia)
Buku ni saya beli masa Book Fair 2008 kat PWTC, dan ada signature dari kak Mimie juga.. Thanks.. tapi nak comment, buku ni kalau cover dia ambil pemandangan kat Kuala Terengganu mungkin akan nampak lebih menarik.

Overall ok la, tapi tak berapa umph sebab ada faktor klimaks yang di tengah-tengah, dan akhirnya ada beberapa klimaks lain. Contohnya: Perkahwinan Norman - Nurain klimaks, tetapi selepas itu perebutan anak Nurain dan pergaduhan Norman-Nurain klimaks.


Kemudian tiada solution pada penyakit Haikal atas kematian nya dan juga kematian adik Nurain yang berlaku secara tiba-tiba. (tiada sebab-akibat-pengajaran). Kalau boleh dapat dicari kenapa adik Nurain meninggal, sekiranya kena buatan orang, orang yang membuatnya perlu menyesal.


Dan Haikal juga sekiranya menghidap penyakit yang tidak diketahui oleh doktor, dia perlu berubat secara batin, dan orang yang membuatnya sekiranya ada (nampak macam Melissa aje), perlu bertaubat dan menyesal. (ini sebab-akibat-pengajaran).


January 2, 2009

Chinta - NB


Add to cart
Tajuk: Chinta
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Harga RM24.90-(Semenanjung) , RM27.90-(sabah sarawak)
isbn: 978 967 5229 02 2

Sinopsis:

Zahirnya dia lelaki yang sempurna ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya apda wanita.Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkan dimiliki kasih Chinta?Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya...


Ringkasan dari saya:


Kisah wanita bekerjaya lagi dari kak Yati, tapi kali ini berbeza pula dari novel-novel yang sebelumnya kerana ia juga berkisar tentang rahsia yang terpendam dalam jiwa seorang lelaki. Raja Akid sebenarnya mempunyai trauma tanpa dia sedari, trauma terhadap wanita, setelah menyaksikan perbuatan yang tidak sepatutnya disaksikan oleh seorang budak yang masih mentah dan tidak tahu apa-apa. Dia mengalami sakit jiwa yang kronik dan tidak sanggup bercinta kerana terlalu membenci wanita terutama ibunya.


Sementara itu Chinta pula seorang yang tabah dan sabar, setelah dibesarkan oleh keluarga yang bukan keluarga kandungnya, dia diperlakukan dengan kasar oleh ayahnya sehinggalah dia berjaya menjadi seorang wanita yang berperibadi dan berbudi bahasa yang tinggi. Hingga ke akhir hayat ayahnya dia tetap memaafkan perbuatan ayahnya.


Pertembungan dua jiwa Chinta dan Raja Akid membuatkan semuanya dalam keadaan klimaks. Berjayakah Raja Akid menawan Chinta, dan bagaimana keadaan Chinta bila mengetahui yang dia sebenarnya anak angkat?.


Rating saya:

**** (4 dari 5 bintang - Habis baca dalam 5 hari) - Nice story, tapi ada sikit yang nak kena komen sebab kali ni watak Chinta dan kerjaya Chinta cuma ada sikit sahaja detailnya, bab menjadi pakar pemakanan, kalo boleh betul2 dapat situasi sebenar kilang cereal tu, contohnya mcm Nestle dan produk coco-crunch, tentu lebih menyentuh perasaan.