Pencinta Novel

September 6, 2007

Cinta Sang Ratu - Ramlee Awang Mursheed

Cinta Sang RAtu



Sinopsis dari saya:

Kisah kesinambungan dari Bagaikan Puteri. Haryani yang sedar dari koma dan masih dalam proses penyembuhan dari penyakit jiwanya masih teringatkan Laksamana Sunan dari zaman silam. Dani pula yang menyimpan perasaan terhadap Haryani pergi ke Acheh menjejak susur galur Laksamana Sunan. Akibat dari Tsunami Dani terdampar dan hilang waras.

Sementara itu di zaman silam, Laksamana Sunan diserang hendap oleh anak Maharani iaitu Ratu Sulaman, tetapi Ratu Sulaman tertewas dan Laksamana Sunan memberinya peluang untuk mendekati Islam, akhirnya Ratu Sulaman disunting Saifudin untuk menjadi surinya dan dinamakan Ratna. Maharani murka dan berdendam, dihantar gagak hitam yg jahat untuk mengintip dan dengan tipu muslihatnya, dia menculik Ratna dan menyihir menjadi Ratu Sulaman semula.

Di zaman kini, Haryani pergi menjejaki Dani ke Medan setelah diketahui isi hati Dani melalui poskad yg dihantar Dani. Menurut kedutaan MAlaysia, Dani telah hilang dalam Tsunami di Acheh, namun begitu Haryani masih yakin yang Dani masih hidup. Walaupun ditegah keluarga, Haryani tetap menyelinap lari ke Medan. Semasa dalam pencarian, Haryani telah di tipu oleh Ponah, pemandu yang sanggup membawanya ke Acheh. Dia telah diperangkap di Manggala, tempat manusia berupa serigala jadian sewaktu bulan mengambang. Semasa dalam tahanan Bahadur, (ketua manusia serigala), Haryani berjaya melarikan diri dan terjumpa Ponah yang telah mnjadi mayat hancur dibaham serigala jadian.

Senggara yang merupakan makhluk manusia bertopeng mempunyai kuasa yang kuat dan mampu menyerang tentera secara bersendirian. Senggara merupakan mahkluk dua jiwa, 1 yang jahat dan yang baik. Maharani menyihir Senggara menjadi amat jahat dan menyerang bahtera Laksamana Sunan. Walaupun kuat Senggara tertewas, rupa2nya dengan keris Nangroe Senggara ditikam dijantung lalu hilang berpusar menjadi cahaya menuju ke langit. Senggara baik adalah dari roh Dani yang tersesat ke zaman silam.

Manakala Dani telah dirawat oleh Pak Mustakim dan Saliha. Pak Mustakim risau tentang makhuk serigala jadian yang mana dia merupakan keturunan dari Manggala juga. Ada beberapa penduduk dalam khemah Tsunami yang pernah ternampak serigala jadian, bermakna Pak Mustakim dan Saliha mungkin menjadi serigala jadian sewaktu bulan mengambang. Mereka cuba berubat dengan pergi ke Manggala. Di sini lah mereka terjumpa Bahadur dan Haryani. Haryani dan Dani bertemu, tetapi Dani masih belum sedar di dunia nyata.

Setelah Saifudin menikam Senggara, Dani menggelupur bagai terkena sawan, Dani tersedar dari dunia gilanya dan mengenali Haryani.

11 comments:

kak lia said...

Sambungan..

Dalam keadaan huru hara tersebut, rupa2nya Pak Mustakim adalah serigala jadian yg terakhir. Walaubagaimanapun Pak Mustakim berjaya mengawal dirinya dengan bertawakkal pada Allah. Sementara itu, Maharani mengarahkan bala tentera melawan Laksamana Sunan. Sang Ratu yang masih dalam keadaan tersihir, menyerang suaminya, hinggalah pada saat Laksmana Sunan menghampirinya dan menghembus ayat Quran, sihir dimuka Sang Ratu terlerai dan lalu Sang Ratu tersedar dirinya. Saat itu Maharani menghunus pedangnya utk membunauh Laksamana, namun Sang Ratu cuba melindungi dengan badannya dan tertikam oleh pedang Bondanya sendiri. Saat mati Sng Ratu sempat mengucap kalimah syahadah dan tersenyum di pangkuan suaminya.

Laksamana Sunan tidak naik amarah, tetapi dengan penuh hikmah mendekati Maharani, tetapi Maharani tetap menyerang walaupun Laksamana hanya mengelak tanpa membuat serangan. Setelah berjaya meletihkan Maharani, laksamana mendekatinya dan menulis kalimah Allah didada Maharani, mertuanya. Maharani menjerit2 dan lari ke istananya. Dengan keadaan lemah, Maharani cuba menyeru Taghut syaitan namun syaitan tidak lagi mahu menolongnya setelah dada Maharani ditulis kalimah Allah.

Manakala Dani dan Haryani berjaya melarikan diri dari kawasan makhluk serigala jadian setlh siang. Manakala Jenglot yg menjadi pujaan makhluk serigala tersebut telah di curi oleh Rajikin yang tamak haloba yang awal tadi memerangkap haryani di hotel di Medan. Rajikin terperangkap ketika melalui sekatan jalanraya. Sekatan yang dibuat utk mencari Haryani.

Laksamana Sunan berjaya akhirnya tetapi dia kehilangan Ratna isterinya. Dan dari mushaf tersebut lah yang menyambungkan dunia sekarang dan dunianya.

Anonymous said...

Sebuah novel terbaik yg pernah sy baca..hgga tnpa sedar sy turut jatuh cinta dgn keperibadian Laksamana Sunan.Tak sabar menunggu smbgannya....

meyumie said...

ada sambugan lagi kah cerita sang ratu ni??
kalau betul ada...tak sabar saya tunggu..

kak lia said...

ada.. cuba cari di MPH or minerva

Otomen Tepong Gomok said...

saya juga membaca novel ini..sangat menarik...walaupun ia berunsurkan cinta tetapi ia lain dari yang lain dan bila baca novel ini baru saya sedar cinta itu amat luas skopnya...

Unknown said...

YO... syok nyer betui ke ada sambungan kisah citer sang ratu nie?... ape tajuknya? dah keluar ke... x sabau rasanya nak tunggu... cepat blh?

akimsensei said...

tajuk sambungan: hijab sang pencinta, if xsalah, kuar dlm tahun ni gak kot..

mssunan said...

Tulisan RAM sememangnya akan membuat pembaca wanita boleh jatuh cinta pada watak hero dalam setiap novelnya...contoh mcam A.D.A.M & lain2,dan terkini H.S.P baca novel beliau macam saya tengok dlm screen boleh bayangkan apa yg diceritakan...TAHNIAH.

endelwise said...

cRita ni sgt2 menarik..tdk rugi tuk m'belinya...dr novel 'bagaikan puteri' sehinggala novel 'cinta sang ratu' nie, jln pnceritaanya sgt2 menarik dan tiap helaian novel ni xtrdpt sdikit ruang pn utk dicopkan sbg yg membosankan...syabas kpd tuan RAM krn berjaya mnarik minat rmai pembaca..smbungan novel ini iaitu Hijab Sang Pencinta...terlalu menyayat hati kami sbg pembaca..andainya Laksamana Sunan tu benar2 wujud....aduhaiii...

endelwise said...

cRita ni sgt2 menarik..tdk rugi tuk m'belinya...dr novel 'bagaikan puteri' sehinggala novel 'cinta sang ratu' nie, jln pnceritaanya sgt2 menarik dan tiap helaian novel ni xtrdpt sdikit ruang pn utk dicopkan sbg yg membosankan...syabas kpd tuan RAM krn berjaya mnarik minat rmai pembaca..smbungan novel ini iaitu Hijab Sang Pencinta...terlalu menyayat hati kami sbg pembaca..andainya Laksamana Sunan tu benar2 wujud....aduhaiii...

Fia Gongju (피아 공주) said...

bagus Novel ni. 1- buat kita insaf mana yang terbuat tak betul tu boleh di per betulkan. 2- info tentang makhluk2 jahat dalam asia tenggara ni... mesti RAM buat research banyak ni. 3- dari segi cinta rasanya novel Sang ratu buat sy jatuh cinta pada watak Sang Ratu... Kita kena contohi Sang Ratu dulu baru dapat Laksmana Sunan. 4-menyedarkan kita bertapa kasar bahasa kita sekarang bertapa lembut bahasa dulu. 5-banyak yang kita boleh pelajari dari buku-buku RAM ni sebab ia mengetuk hati yang lalai... menyuruh kita mencintai rasul dan membuka jalan kita mencintai Allah... cara berdakwah yang halus dan paling meresap pada saya. menitis air mata setiap kali terkenangkan 3 buku RAM ni.. TAHNIAH