Pencinta Novel

August 19, 2005

Emilya Zulaikha - Ariff Affandy



Sinopsis : EMILYA ZULAIKHA
EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma.

Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...

Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu juga tiada lagi. Janji setia dan impian mereka seabad lalu kerana desakan perasaan remaja. Begitulah pujukan Emilya untuk melunakkan perasaannya yang kecewa.

Tetapi ada sesuatu yang menjadi milik Asrul dan Farida yang harus diambil semula. Sama ada mereka rela atau dipaksa, Emilya nekad! Ika harus dirampas dan dibawa pergi. Asrul bagaikan hilang kata-kata. Farida pula benar-benar diduga. Tegakah Emilya merampas kebahagiaan mereka, sedangkan kesilapan lalu tidak harus berulang lagi.

Namun, pilihan ada di tangan Emilya atau Asrul mahupun Farida.Realitinya, bukan kalah atau menang, tetapi mereka harus bersatu!

Harga : RM 17.00
Halaman :448
ISBN : 983-124-195-9

Komen saya:

Membaca dalam keadaan santai, tidak tergesa-gesa nak menghabiskan cerita, jalan cerita mudah. Mulanya dengan flash back kisah silam cinta dua insan yg berlainan bangsa dan agama, terhalang oleh kedua ibu bapa.
Emilya sebagai anak yg patuh kepada kedua orang tuanya, dibawa lari dari kemelut cinta yg dibina sehingga Asrul bagaikan manusia tanpa arah, mencari cinta, akhirnya berkahwin juga dengan adik angkat nya sendiri tanpa cinta, tetapi sayang sebagai adik. Walaubagaimana pun kisah bagaimana perkahwinan berlaku tidak diulas disini, jika diulas sudah tentu tebal ceritanya, tetapi apasalahnya kalau ia boleh menyebabkan plot menjadi lebih kuat.
Plot suspens juga diselitkan disini, di mana Farida tidak mahu melalukan pembedahan menukar buah pinggangnya yang rosak. Akhirnya bersetuju juga..

Sedih sungguh, di akhir cerita yg sungguh tak disangka-sangka. Penulis berjaya membuat saya mengalirkan airmata. Pun juga novel ini boleh dibuat sequel sebab masih belum sampai akhir ceritanya cinta Asrul....

Rating saya:
***** Best!

2 comments:

Bibilui said...

novel-novel tu akak beli ker ... semua mahal-mahal .. anyways macam best yer cerita ni .. i pun nak cari cari gak ...

kak lia said...

bibi;

beli, nak pinjam tak sedap lak, sebab kekadang luper sapa punya, peh tu kalo novel tak best nanti perap lama sangat segan lak...