Pencinta Novel

July 11, 2005

Tak Semanis Impian - Sharifah Abu Salem



Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-112-6

Add to cart Baca Blurbs Di sini

Sinopsis : TAK SEMANIS IMPIAN
NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?
“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”

NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.
“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”

RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?
“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”

Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.
Komen Saya:

Best sequel ni, kalo dibuatnya gabungkan yg first tu dengan yg ni.. mau tebal novel ni...

Rating: **** :)

Nak lagi buku Sharifah Abu Salem!

6 comments:

zaidi said...

Syarifah Abu Salem?? Saya mula kenal beliau dan novelnya kira-kira 2 tahun lepas. Judul apa saya dah lupa dan mungkin novelnya yg pertama. Tapi yg pasti saya tak baca habis pun novel tu tetapi terus menyirap dengan rasa menyampah ataS jalan cerita serta perwatakan yg ada dalam novel tersebut. Analisa saya semasa itu pantas mengaitkan beliau dengan penulis murahan yang menjual sastera pada harga yang cukup rendah. Di benak saya lagi, saya dapat rasakan yang novel tersebut ditulis agar dapat diolah kedalam bentuk skrip kelak berdasarkan rencah komersial murahan yang cukup kuat dalam novel tersebut.

Sehinggalah detik saya menulis komen ini, ternyata sekali telahan saya cukup tepat sekali. Begitu banyak skrip drama yang ditulis oleh beliau sesudah itu telah dapat ditelah isinya. Cukup murah dalam kesusasteraan namun digasak hebat sedemikian rupa dalam apa-apa yang boleh 'dijual' dan dibeli pula oleh Rosyam Nor serta penggiat hiburan lain yang berkongsi pentas yang sama sahaja dengan beliau.

kak lia said...

En Zaidi,
Boleh saya dapatkan novel tulisan awak? supaya dapat saya baca dan
buat ulasan di sini.
Walau apa pun, terpulang pada masyarakat pembaca untuk menilai
sesebuah novel itu, bagi saya tak salah kalau dunia bacaan kita
diwarna-warni dengan pelbagai bahan bacaan.

Tak semestinya novel harus dalam bentuk dan olahan sastera
semata-mata, cuba lihat English Literature, dalam dunia English ada
pelbagai bahan bacaan. Sebenarnya minat membaca dan menimba pengalaman
itu yang penting. Supaya menjadi panduan dalam kehidupan kita
seharian, dalam dunia dan budaya kita sendiri.

atia :D said...

boleh tak buat cerita. lisa surihani jd norjinah and fasha sandha jd norseha.

Generasi Kini said...

cerita ini sangat indah da membuatkan saya tertunggu2 cerita seterusnya.. saya slalu mengikuti perkembangan karangan beliau... Tahniah akak awak amat berbakat dlm bidang penulisan...

Generasi Kini said...

cerita ini sangat indah da membuatkan saya tertunggu2 cerita seterusnya.. saya slalu mengikuti perkembangan karangan beliau... Tahniah akak awak amat berbakat dlm bidang penulisan...

MasaMasaManis said...

Before this sy dh baca novel ni.. memang best la..rs mcm watak dlm novel ni btol2 'hidup'..congratz to sharifah abu salem sebab dpt menggarap novel2 beliau dgn bgitu baik sekali..credit to her! n one more thing trilogi cinta pn best sgt..x sabar rsnya nk tngok episode last nt ^_^