Pencinta Novel

July 26, 2005





















Sinopsis : SAAT CINTA BERSEMI
BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?

Harga : RM 18.00
Halaman :496

Komen saya:

Damya Hanna, baru pertama kali saya membaca novel nukilannya. Secara keseluruhan persembahan bahasanya biasa sahaja, santai dan menarik. Susunan bab juga menyebabkan pembaca tertarik untuk terus membaca. Malangnya terdapat beberapa cerita yang tidak dapat hubungkait mungkin disebabkan pengalaman penulis yang masih belum luas.
Terdapat kekeliruan pada pembaca seperti saya tentang bagaimana Dhuha dibesarkan oleh abangnya, sedangkan abangnya Badrul perbezaan umur tidak diketahui dan Badrul pandai menghantar Dhuha ke sekolah hingga pandai. Adakah dibesarkan bersama2 tanpa kedua ibu bapa.

Kemudian tentang keluarga Abdul Rahman yang berpindah semata2 ingin melarikan Dhuha supaya tidak dicari oleh bapa kandungnya dan tanah tersebut terbiar, siapakan empunya rumah dan tanah tersebut. Sekiranya kematian Abdul Rahman dan isteri dalam kemalangan, tentu ada harta tersebut untuk diberi pada Badrul.

Badrul pula terjebak dalam kancah dadah dan gangster kelab malam. Dhuha juga telah dijadikan mangsa melayan kawan Badrul, tetapi tidak diberitahu adakah Dhuha melayan hingga ke bilik tidur, dan ketika itu dia masih bersekolah?.... Atau setelah menjadi pencuci bilik hotel, tetapi dia baru sahaja bekerja di situ. (dan malang sekali dia pernah dibuang sekolah - tanpa mengambil SPM setelah difitnah Syamir)...

Syamir pula seorang lelaki ego, yang pernah belajar ke luarnegara, dan dalam tempoh itu, apakah Dhuha telah buat? bekerja atau belajar atau duduk dirumah.. menjadi mangsa kawan Badrul?..

Kebetulan yang keterlaluan dalam jangka masa yang singkat, menyebabkan pembaca seperti saya terasa 'frust'.....

Rating saya:
**+ frust nya....


Liya membaca dengan penuh minat, bab pertama hingga 12 memang tak boleh letak.. tambah2 pula baca masa kat wad. Tapi bila ending anti-klimaks menyebabkan liya tak de mood nak baca novel yg lain.... dah hampir seminggu tak sentuh novel baru.

4 comments:

kak lia said...

ok, nanti nak cari lah SEPI TANPA CINTA, takut tak best aje...

Hana said...

hi liya

Hana said...

saya cadangkan liya beli novel pertama damya hanna. tajuknya : Bicara Hati. Novel ini bagi saya memang menarik. Malangnya, ia seakan-akan diulang kembali dalam novel kedua Damya Hanna SEPI TANPA CINTA. Cubalah

hadasafia said...
This comment has been removed by the author.