Pencinta Novel

November 13, 2014

Siapa Aku Disisimu - Alina Haizar

SIAPA AKU DI SISIMU
No. ISBN:- 978-967-0448-74-9
Jumlah muka surat:- 824
HARGA SEMENANJUNG: RM30
HARGA SABAH/SARAWAK: RM33

Sinopsis:-

Siti Hajar dan Izwan terpisah akibat kemalangan jalan raya. Setelah sekian lama, Izwan yang menghidap amnesia dikejutkan dengan surat permohonan cerai daripada Siti Hajar.

Bila masa dia berkahwin dengan Siti Hajar? Siapa Siti Hajar? Keadaan semakin meruncing dengan kehadiran Azrul yang ingin memiliki semula Siti Hajar.

“Aku reda dengan perpisahan ini kerana cinta tidak semestinya bersama. Biarlah kuundur diri….”

Resensi saya:

Pertamakali baca novel coretan Alina Haizar. Ternyata jalan cerita nya menarik walaupun sedikit klise dan boleh agak, tapi masih juga nak baca. Kisah cinta dua darjat antara Khairil Izwan anak pemilik hartanah di Kuala Lumpur yang terpikat dengan anak pemilik kotej Kellys Inn. Walaupun pada mulanya pertemuan antara Siti dan Izwan tidak begitu menarik, tetapi kelembutan dan budibicara Siti menambat hati lelaki Izwan.

Mereka berdua akhirnya jatuh cinta tanpa pengetahuan kedua orang tua Izwan dan melangsungkan perkahwinan di Cameron Highlands dengan hanya diraikan oleh sebelah pihak sahaja. Tiba masanya Izwan membawa suri dihatinya berjumpa kedua orang tuanya di bandar, tiba-tiba berlaku pula kemalangan dan menyebabkan Siti mengalami luka parah dan rosak bahagian belakang tubuh dan muka nya hancur sebelah. Izwan pula koma dan apabila sedar dia mengalami amnesia dan langsung tidak dapat mengingati tentang perkahwinannya.

Masa berlalu dan setelah hampir 4 tahun, Izwan terkejut apabila menerima surat tuntuan perceraian dari Siti. Dia langsung tidak mengingati mempunyai seorang isteri, malahan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dia dan Siti.

Pada mulanya, dia menafikan mempunyai keluarga, tetapi setelah ibu Izwan mengakui kesilapan dosa-dosa nya yang menghalang Siti dari berjumpa Izwan, akhirnya Izwan akur. Dato Ibrahim - bapa Izwan dan Datin ingin menyatukan mereka kembali, tetapi Izwan sukar untuk menerima, tambahan pula tanah milik bapa Siti dalam proses pembelian oleh syarikat Izwan....

Izwan yang serik dengan perhubungan dia dan Wan Anum tempohari masih belum bersedia untuk menerima sesiapa dalam hidupnya, malahan Suraya, anak kepada Dato Johari yang ingin membuat JV dengan syarikat Izwan juga belum mampu membuka pintu hati Izwan. Cuma memikirkan kepentingan syarikat dan penyatuan antara dua syarikat (milik Izwan dan Dato) maka dia bersetuju untuk berkahwin dengan Suraya. Tetapi saat dia hendak berkahwin itu lah pula muncul surat tuntutan fasakh dari Siti.

Sementara itu, Siti ditemani oleh Azrul dalam mesyuarat jual beli tanah milik Siti. Azrul pula ingin menyunting Siti, dan dengan sebab itulah Azrul mengusulkan agar Siti meminta tuntutan fasakh. Hampir saja mereka berpisah, tetapi Datin memberikan syarat agar Siti dan anaknya tinggal dirumah banglo milik mereka dalam beberapa bulan sebelum Dato dan Datin berlepas menunaikan haji. Datin merayu Izwan agar memberinya peluang mengenali Siti dan anaknya sebelum membuat keputusan bercerai.

Apakah yang berlaku ? lalalalalalalala.... kalau cerita yang klise, sudah tentu pembaca2 dapat mengagak kesudahan cerita...

824 mukasurat, agak tebal untuk cerita yang biasa-biasa dan susunan ayat yang agak menyakitkan hati saya yang membaca... uhuhuhuhu.... 'sebatang tubuh di sisi pintu?' boleh tak guna sekujur atau susuk? adohhhhhhh

** dua bintang sebab jalan cerita biasa, pastu ayat yang tak best, tapi dapat la bintang sebab jalan cerita dia banyak.

Sekian. Jangan Sentap ye.


No comments: