Pencinta Novel

December 16, 2006

Duri - Fauziah Ashari



Add to cart
Pengarang : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens Media
Harga : RM21.50
ISBN : 983-4316-20-8

Sinopsis :

Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan.

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.

Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.

Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?

Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.

5 comments:

kak lia said...

Komen saya:

Kisah kehidupan seorang wanita Sufi yang terpaksa memendam rasa, menyerahkan segalanya dan dalam diam cuba membalas dendam terhadap perbuatan ibu mertuanya. Kisah silam dalam keluarga menyebabkan hidup Sufi bagai tertekan dengan umpat keji jiran-jiran dan taulan. Sufi dibesarkan oleh neneknya manakala adiknya dibesarkan oleh ayah bersama ibu tiri. Muzaffar(Zhaf) yang pada mulanya tunangan adik Sufi (Nuri) telah dikahwinkan dengan Sufi atas dasar menutup malu keluarga Sufi.

Nuri melarikan diri di saat-saat akhir persediaan perkahwinan meninggalkan Muzaffar. Sufi dengan rela menyerahkan dirinya sebagai pengganti. Sebenar-benarnya Sufi punyai agenda lain disebalik perkahwinan dengan Muzaffar. Adik Muzaffar (Hazim) pula sebenarnya adalah bekas kekasih Sufi dan mereka yang sepatutnya berkahwin tetapi dihalang oleh ibu Muzaffar.

Hati dan jiwa Muzaffar sebenarnya masih lagi milik Nuri, walaupun mereka sudah sah bergelar suami-isteri, namun tanggungjawab dalam perkahwinan tidak dilaksanakan. Akhirnya Muzaffar berjaya mendapatkan alamat Nuri dan menjejaknya di Amerika Syarikat, walaupun dia tahu perkawinan tak mungkin terjadi selagi dia tidak melepaskan Sufi.

Masalah keluarga mula melanda keluarga Muzaffar(mereka merupakan keluarga kaya bidang perniagaan). Ayah Muzaffar meninggalkan keluarga, dan berkahwin lain, Sufi dihina dikatakan sebagai anak seorang pelacur. Walaupun begitu, ayah mertua Sufi (Hasif) begitu mengambil berat diri Sufi dan menjadikan menantunya seorang pemegang saham terbesar syarikat nya.

Sufi menerajui syarikat dengan cemerlang walaupun Muzaffar tiada di sisi. (selama 3 thn)
Sementara itu Hazim pula yang lari ke luar negara mengambil pHD setelah kecewa dgn tindakan Sufi, kembali dan Hasif meminta anaknya membantu Sufi di syarikatnya. Hazim cuba menggoda Sufi, namun Sufi masih waras dan menjaga maruah dirinya walaupun seringkali dihina dan dituduh anak pelacur oleh ibu mertuanya (Durrah).

.... Baca lah sampai habis, tak thrill la kalo asyik cerita kat sini aje...

Kisah demi kisah dipaparkan dalam novel ini. Walau bagaimanapun kesilapan ejaan pada beberapa perenggan menyebabkan pembaca seperti saya hilang mood. Seperti di ms 160, Muzaffar menselok poket seluar....

Secara keseluruhan ceritanya bagus dan menarik. Banyak adegan. Kategori boleh beli untuk koleksi.
Rating saya: **** (4 bintang dari 5, sebab 1 bintang tu lagi disebabkan oleh font dan ejaan).

Anonymous said...

Benar, muka taip yang digunakan adalah besar dan siap dibold lagi, rasa macam rugi pula duit beli novel tu. Baca pun malas...

cahaya_nur said...

ada lagi kenovel ni sy nk beli

Unknown said...

ade lgi kr novel ini? saya pun nak beli

eydah razak said...

novel ni ad tak kat popular ??