Pencinta Novel

June 6, 2005

Dekat Di Hati - Eyman Haykal



Sinopsis : DEKAT DI HATI
TUJUH belas tahun yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas beristikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.

Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti. Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! Apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab.

Susah hidupnya di rantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak. Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri. Manakala Izatti pula sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah ‘mati’.

Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini kembali ke pangkuannya untuk membina semula kehidupan mereka.


Harga : RM 17.00
Halaman :424
ISBN : 983-124-194-0


Komen saya:

Jalan ceritanya santai, kisah aku (Izuddin) yang meningkat dewasa. Dia seorang yg bijak. Mulanya masing2 tidak menyukai ayah mereka. Tetapi ayahnya pandai memainkan peranan dan cuba memujuk serta menunjukkan sikap yang prihatin.

Ayah mereka telah menerangkan perkara sebenar yang berlaku menyebabkan perceraian berlaku. Kisah banyak berkisar dengan Izuddin, dia juga diuji dengan dua cinta, seolah2 cinta yg datang itu adalah kali pertama, cinta bersama budak sekolah di mersing.

Walau pun begitu, Nurul juga yg dekat di hatinya. Ending cerita suspens, dimana ketiga2 mereka (Izuddin, Nurul dan Ayu) hampir lemas di tasik.

Rating saya:
***+ boleh lah

No comments: