Pencinta Novel

July 21, 2005































Sinopsis : SAYANG TAK TERUCAP
TAKDIR menemukan semula Delilah dan Aminudin setelah sekian lama terpisah. Dengan rasa sedih, kecewa dan rajuk berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris, lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu, nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya mana pun lelaki itu, masih tidak membuka pintu hatinya. Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya. Datuknya yang buta, tapi tidak buta hatinya. Datuknya yang buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya.

Pun begitu, mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak digunakan sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Malah, jauh di sudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya.

Ayah... andai kemaafan ini kuberi, namun dapatkah kuberikan setulus kasihku padamu? Ya ALLAH... perkenankanlah doa hamba-MU ini agar kebuntuan dan kekeliruan ini dapat dileraikan.


Harga : RM 19.90
Halaman :528
ISBN : 00

Komen saya:
Dr Delilah, wanita cekal yang dibesarkan oleh ibu tunggal. Penuh dugaan dan cabaran. Walaupun begitu dia juga terperangkap dalam kemelut cinta. Mujur tidak bercinta dengan adik beradik sendiri. Aminuddin ayahnya seorang Datuk yang berjaya dalam perniagaan. Mempunyai syarikat besar dan keluarga lain. Ayah yang bagaikan terlupa kisah silam yang mempunyai isteri semasa dalam kesusahan.

Rating saya:
**** (best, saya suka baca... boleh buat koleksi dan motivasi buat pelajar yang mengambil jurusan perubatan pergigian).

No comments: