Pencinta Novel

October 10, 2024

Twin's Territory by Effalee


Tajuk Twins Territory
Penulis: Effalee
Penerbit: Maneswordworks
Tahun Terbitan: Mac 2023
Bil ms: 478 paperback

Sinopsis belakang buku:

Sejak pertemuan dengan si kembar tak seiras – Haneef dan Hadeef – hidup Alara Irdina tunggang terbalik dalam sekelip mata. Satu demi satu kejadian mencemaskan silih berganti dan mengganggu hidupnya. Entah bagaimana pula, dia tiba-tiba dikaitkan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Shadow’.

Tapi... kenapa, dia? Apa kaitan dia dengan Shadow sehingga dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh lelaki misteri itu?

“The moment you know the truth, that’ll be the end of your life.” – Shadow

Lara terpaksa mengorbankan masa depan demi keselamatan dirinya sendiri. Dia harus masuk ke lembah kehancuran demi melindungi orang yang disayanginya.

“Lara, sekali awak masuk kawasan ni, awak tak boleh keluar.” – Hadeef Ezri

Dan demi sebuah kebenaran, ada bayaran yang harus dilunaskan. Dia akan
terperangkap dalam dunia itu selama-lamanya. Sanggupkah dia?

“When I told you there’s no escape after entering our world, there is really no way out.” – Haneef Ezra.

Tapi, mengetahui kebenaran itu lebih baik daripada hidup dalam sangkaan yang
berpaksikan penipuan, bukan?

Namun, bagaimana pula jika kebenaran itu terlalu... menyakitkan?


Resensiku:

Kisah mengenai Alara yang mulanya bekerja sebagai supervisor dan akhirnya dia terbabit dalam misi rahsia kerajaan,
Kisahnya penuh dengan plot twist, adegan aksi lawan2 serta tembak2, seperti melihat tayangan polis evo di pawagam, silat ada, muatai ada, taekwando ada dan si lembut pun ada.
Dalam keadaan aksi ganas itu pula ada komedi di sana sini terutama sekali bila mengetahui nama2 samaran orang2 Shadow, seperti Hello Kitty, Bumble Bee dan beberapa karaktor kartun yang tak masuk akal dengan aksi ganas mereka.

Rating saya: (5/5 pada saya ia perfect, penuh rencah, romantik, komedi, ganas, dark dan misteri)

 

Kelab Duka Lara by Kamalia

 


Tajuk : Kelab Duka Lara
Penulis: Kamalia
Penerbit: PrologMedia
Tahun Terbitan: 1 Nov 2022
Bil ms: 363



Sinopsis belakang buku:

Bagi Dian, ketika ini hanya Roni saja yang mampu memberi terang dalam hidupnya. Tapi sayang seribu kali sayang, Ella, si sahabat baik pula yang bertunang dengan Roni.

Kemunculan tiba-tiba lelaki misteri bernama Zain itu tidak pernah dijemput. Dian cuba menjauhkan diri, tapi anehnya, dia sendiri yang kembali datang kepada Zain. Tujuannya hanya satu; demi untuk mendapatkan Roni semula.

“Saya boleh tolong selesaikan masalah awak. Saya boleh tolong awak dapatkan orang itu semula.” – ZAIN.

Bermula sebagai orang asing, hubungan mereka semakin lama semakin erat sehingga menguak rahsia antara satu sama lain.

Apabila logik akal dan mitos saling bersatu. Dongeng dan realiti mula bertaut.

Tanpa sedar dua hati semakin berbunga.

Namun, untuk jatuh cinta adalah mustahil. Garis masa kehidupan mereka berbeza, tujuan mereka pula tidak sehala.

Pada Roni tergantungnya impian, pada Zain tersandarnya harapan.

Siapakah yang bakal bertakhta dalam hati Dian?

Dan yang paling utama ...

Siapakah Zain yang sebenarnya?

Resensiku:

Kisah seorang gadis bernama Dian yang terlalu merendah diri dan tiada keyakinan diri, selalu menyalahkan diri sendiri dan tidak berani. Manakala Roni pula anak lelaki rakan ayah si Dian, sebelum ayah si Dian meninggal dunia, sempat ayahnya berpesan kepada ayah Roni untuk menjaga atau melihat2 anaknya si Dian ni. Jadi, apabila kedua2 ibubapa Dian meninggal dalam kemalangan, Dian dijaga oleh maksunya yang masih bujang, dan apabila di sekolah, Roni kerapkali datang menemani Dian. 

Zain pula sebenarnya tertarik dengan aura yang dimilikki Dian, setelah Roni memberikan satu kalung yang dibeli dari kedai terpakai. Roni sebenarnya hendak move on, sebab Roni menyimpan perasaaan pada Dian, tetapi ditolak mentah2 oleh Dian kerana keadaan kekurangan yakin dirinya.

Bermulalah episod2 menarik antara Zain dan Dian.

Kisah ini mengenai kisah timetravel dan meninggalkan si pembaca dengan tanda tanya, adakah ia tidak mustahil?

Rating saya: **** (4/5 bintang)