Pencinta Novel

October 1, 2025

Ivy by akyelrahim

 


Penerbit: Naratifland
Tahun: April 2025
Bil ms: 493 paperback

Sinopsis belakang buku:


Insan yang sama, berikan Ivy dua pengalaman berbeza.

Dengan Adha, Ivy pernah mengecap bahagia. Dengan Adha juga, Ivy pernah jatuh ke jurang derita. Apabila cinta tak lagi sama, dan yang tinggal hanyalah luka yang tak terubat.

"Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku!" - Adha.

Empat tahun berlalu, kebencian menjadi tembok yang memisahkan mereka. Tiada pilihan selain melukai, meski hati sendiri hancur berkali-kali. Namun, saat takdir mempertemukan semula dan rahsia demi rahsia mula terbongkar.

"Ivy, I minta maaf." - Adha.
"Mati hidup semula pun, I takkan buatlah!" - Ivy.

Mungkin Adha lupa... Sekali Ivy benci, selamanya dia benci. Tapi benarkah hati Ivy sekeras itu?

Ikuti kisah suka duka mereka dalam, Ivy.

"Perfect view, with a perfect person, will make a perfect moment."

Resensi saya:

Ya, novel ni sangat menarik, dia macam rollercoaster, sekejap tenang, sekejap saspen kemudian dia klimaks dan dum jatuh ke bawah.
Sweet romance tapi ada pengajaran di akhir cerita.

Rating saya: 5/5 bintang!!!


Heliophile by Akyelrahim

 


Penerbit: Naratif Land
Tahun terbitan: 2022
Bil ms: 365 paperback

Sinopsis belakang buku:

BEKU, ITU SIFATNYA.

Nama dia Aarif Ahsan, tapi mereka panggil dia Sun, matahari.

Dan satu-satunya yang boleh berada di sisinya adalah cahaya yang menjadi haba mencairkan hati sedingin ais.

THE SUNSHINE.

She is the one, the Sun's Sunshine.

"I HATE DARKNESS"
"Then, let me be your light"

Resensi saya:

Kisah dari zaman persekolahan kisah seorang junior yang flop bab math dan sentiasa meniru kawannya, akhirnya dia terpaksa belajar math dengan senior 2 tahun, yang beku tapi kacak. 
Aarif Ahsan seorang pemenang dalam game catur, nerd dan sentiasa mendapat piala untuk pelbagai acara tahunan sukan atau pun akademik, manakala Nur pula hanya akademik sahaja dia power, tapi bab math hancuss... makanya cikgu mengambil inisatif untuk meletakkan Nur di bilik guru, lalu Sun datang untuk mengajarnya one to one math.
Maka bermula lah episod suka sama suka, tapi akhirnya terpisah jauh demi mengejar cita2, Nur tercampak ke Kanada, manakala Sun teruskan menjadi pensyarah setelah tamat UM. 
Akhirnya mereka bertemu semula.. dan...

Rating saya: **** (4/5)

Terusir by Hamka

 


Penulis: HAMKA
Penerbit: JT publishing (novel asal dari indonesia 
-diterbitkan semula oleh JT)
Tahun: 2025
Bil ms: 120 paperback

Sinopsis belakang buku:

“TERUSIR”

“Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis.” (Hamka)

Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumahtangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya Sofyan yang masih kecil. Langit tidak selalu cerah. Mariah dianiayai oleh suami keduanya dan akhirnya hidup melarat sehingga terpaksa menjadi pelacur.

Membaca Terusir membuatkan kita merasai, tidak perlu menjadi perempuan untuk memahami jiwa dan kesulitan penghidupan perempuan yang hidupnya sendiri. Jadi saja manusia yang punya rasa kemanusiaan.

Ini bukan kisah antilelaki, ini sebuah cerita yang akan buat anda lebih menghargai semua wanita dalam hidup anda. Seperti ibu, isteri dan saudara.

Ini novel air mata oleh HAMKA.


Resensi saya:

Kisah seorang wanita yang melalui liku2 kehidupan yang sangat memeritkan.
Bermula kisahnya yang difitnah dan diceraikan suami, diusir keluar dari rumah sehelai sepinggang, sekali lagi bila menumpang dirumah bapa saudaranya, dia difitnah pula oleh makciknya, demi meneruskan kelansungan hidup tanpa pegangan agama yang kukuh dia terhumban ke dasar pelacuran.

Zaman berlalu dan dimenua di dalam jurang yang kotor, akhirnya ingin bertaubat dan keluar dari situ dengan nama samaran yang dipakai dia menjejaki anaknya yang berjaya menjadi seorang peguam.

Kebetulan semasa dia mengintip anaknya, dia bertemu pula musuh anaknya, dia membunuh musuh itu dan menyerahkan dirinya pada pihak berkuasa, lalu dia dibela atas dasar kasihan, oleh anaknya sendiri, tanpa anaknya mengetahui identiti ibunya tersebut..... akhirnya .... kesemuanya mati...kecuali anaknya