Pencinta Novel

March 22, 2006

Andai Semalam Kumiliki


Memang dia pernah berjanji. Bahkan di sudut hati dia merasakan janji itu tidak akan dimungkiri. Kasih seorang Zafri terhadap Wardah yang dicintai, sentiasa abadi. Walau jauh beribu batu, namun sekali dia jatuh cinta, Cinta itu tetap bersemadi.

Tapi Zainab, wanita itu satu ketika dahulunya cukup dibenci, perlu dibantu atas dasar simpati. Perlukah diberitahu pada Wardah yang menanti?. Arggh... dia benar-benar tidak sampai hati. Di sana menunggu dan di sini menanti, jawapannya yang tidak pasti.

Apa daya dia, dia seorang lelaki yang penuh rasa simpati. Lantas janji yang dibuat dikhianati. Andai semalam boleh dimiliki ... seorang lelaki yang bernama Zafri itu pasti tidak akan melukai hati seorang kekasih yang dikasihi. Namun dia tidak berputus asa menanti. Satu masa dan satu ketika Wardah kembali....

Norhayati Berahim
NB Kara Sdn Bhd
562ms
RM21.50

Komen saya:

Pertama-tama kali, tahniah buat Norhayati Berahim, novel nya kali ini betul-betul menyentuh jiwa, pendekata buahtangan NB memang tidak mengecewakan saya. Kisah seorang wanita yang tabah, setelah dikecewakan setelah ditaburi dengan pelbagai janji Zafri.

Zafri sebenarnya terperangkap dalam dilema, diluah mati emak, dibuang mati bapak. Zainab pula sepupunya, telah berubah cara hidup setelah hanyut dibawa arus gelombang kehidupan barat. Keperitan hidup Zainab pengidap kanser pangkal rahim digarap begitu teliti, hingga menyentuh perasaan saya. Kehidupan pesakit kanser begitu tertekan dan mereka perlu sokongan moral dari keluarga terdekat.

Konflik perebutan harta juga tidak lekang dari buah tangan kali ini. Tetapi kali ini bapa pula yang tamakkan harta anak. Begitu sekali dihuraikan di sini, bagaimana seorang ayah yang bertuhankan harta akan hanyut bersama keluarga. Di sini betapa pentingnya seorang ayah menerajui sebuah keluarga.

Pendekata, saya membaca buku ini 2 kali berulang2, dan ingin membaca nya lagi, hinggakan novel lain pun belum diselak lagi.

Rating saya:
****1/2 Best!

No comments: