Berikut adalah sedutan dari Bab 1:
Air mataku menitis. Aku tidak mampu untuk menjawab jerkahan emak. Yang pasti, aku tidak tahu sejauh mana kekuatan kasih sayang kami mampu membuatkan suamiku kembali semula ke pangkuan kami.
"Tak bolehlah macam ni. Kalau perempuan tu yang tergila-gilakan suami kau, kau kena buat sesuatu. Entah-entah, dia dah termasuk jerat perempuan tu," pujuj emak perlahan.
"Nak buat macam mana mak? Ika tak boleh fikir apa-apa lagi dah. abang Fikri pun macam dah tak ingat rumah tangga lagi. Perempuan tu dahlah muda... cantik pulak. Siapa-siapa pun boleh terpikat."
:
:
Yang ini dari novel Jauh, adegan semasa Fikri cuba memujuk hati Ika:
Fikri memandang sekeliling. "It used to be Hilton. Tapi sekarang, Mutiara Hotel. Abang cuma nak beritahu Ika yang kita pernah makan di sini, di tempat yang sama, walaupun bukan di meja yang sama.
Tapi tempat ni sememangnya bawa banyak kenangan untuk kita, kan?"
Aku diam. Enggan menatap wajah dihadapanku.
"Kali pertama abang ajak Ika lunch di hotel ni, abang jemput Ika dengan driver abang. Sebab abang ada mesyUarat. Kita janji akan jumpa di hotel inilah, Ika ingat lagi?" Dia tersenyum sambil merenungku.
:
:
Komen saya:
Sebuah novel kompilasi kesinambungan lima novel Aisya Sofea yang sebelum nya. Seperti biasa, gaya bahasa dan jalan cerita yang penuh dengan emosi dan keseronokkan. Tiada apa yang perlu dikomen lagi, bagi peminat Aisya Sofea, ini adalah novel nya sekali lagi. Apakah terjadi selepas happy ending bagi lima novel sebelum nya?, sudah tentu ada konflik rumahtangga dan pelbagai dugaan.
Aisya Sofea sekali lagi memaparkan kisah masyarakat, seperti novel-novel sebelumnya, saya pasti novel ini akan laris dipasaran seperti Jauh ( Fikri dan Ika), Jendela Hati (Farah dan Lukman), Kau Untukku (Fuad dan Nurul), Sehangat Asmara (Zainal dan Kay) dan Gelora Jiwa (Hanif Ashman dan Intan Azureen)......
Rating saya:
***** (almost perfect!).
2 comments:
saya baru saja baca sehangat asmara dengan gelora jiwa.. so blom buleh baca buku ni lagi la ek? nanti nak kena cari nih lagi 3 buku tu.. hehe..
thanks for the comments and review.. really appreciate it.
http://360.yahoo.com/sure_fine_whateverr
erm.. saya dah baca buku nih..
so far best cerita dia..
teringat balik semua cerita dalam buku tu.. sampaikan sometimes saya buka balik novel- novel tuh.. sebab nak tahu camne cerita asalnya.. maklumlah dah lama kan novel2 tu.. hehe.. but i really love "KAU UNTUKKU".. coz ada sentimental value!!
Post a Comment