Pencinta Novel

November 4, 2008

Menanti Kasih - Norzailina Nordin


Harga: RM19.90
Mukasurat: 528
ISBN: 978-983-124-361-9
Terbitan: Alaf21 Sdn Bhd
. . . . . .
Sinopsis: PERTEMUAN kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.
...
Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu!
...
Cintanya tidak kesampaian...Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lamaran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang disayangi datang membersihkan luka di hati?
...
Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.
. . . . . . . . . . . . . . . . .
Ringkasan dari saya:
Farhana gadis manis bertudung dan ayu, punya lesung pipit, membuat hati seorang pemuda Itali bergelora dan hampir hilang arah. Pertemuan tidak sengaja di Itali, Samplon Pass menyebabkan hati Farhana tidak tentu arah. Pelik tetapi benar. Lelaki Itali yang langsung tidak terfikir olehnya boleh menambat hatinya dalam tempoh seminggu.
...
Bermula dari babak Princessa yang biadab menjatuhkan piring kek blueberry dan dengan tidak sopan meninggalkan Farhana. Princessa atau Etta gadis kecil berusia 10 tahun anak orang Eropah, memang tidak diajar dengan adab sopan asia, memang begitu keadaannya. Farhana keluar dari cafe dengan perasaan sebal dan malu dengan kejadian piring pecah tadi, tiba-tiba Etta datang dan memohon maaf, disusuli dengan Giovanni lelaki Itali yang menambat hatinya tanpa dia sedari.
...
Farhana yang 'stranded' di kota Milan keseorangan, ditemani Etta dan Giovanni menunggu Widya rakan yang berjanji untuk bertemu di Milan. Namun setelah ditunggu, tidak juga muncul-muncul, lalu Giovanni mempelawa Farhana menemaninya menghantar Etta ke rumahnya. Farhana yang mulanya ragu-ragu dengan pelawaan Giovanni akhirnya akur bilamana melihat telatah Etta yang mula menyukainya.
...
Percintaaan tiba-tiba yang tidak dilafazkan dan tidak diketahui itu, akhirnya membawa kepada musibah, di mana Giovanni sebenarnya terlibat dalam organisasi mafia Itali. Tanpa pengetahuan Farhana, Giovanni terpaksa akur dengan bossnya untuk berlumba dalam litar lumba kereta demi kepentingan rezeki pekerja dan keluarga pekerja organisasinya.
Widya akhirnya tiba ditempat yang disetujui Farhana. Widya risau tentang Farhana yang telah terpikat dengan pemuda Itali yang tidak tahu hujung pangkal agama dan budayanya. Widya, abangnya dan Remy berpakat untuk memisahkan Farhana dan Giovanni. Walaubagaimanapun Farhana berjaya menyedari pakatan tersebut dan berjaya melepaskan diri dari Widya, lalu bertemu Giovanni di litar lumba.
...
Giovanni mengaku menyintai Farhana, dan menasihatkannya untuk tidak berada dilitar lumba tersebut demi keselamatan dirinya. Farhana akur dan cuma menonton perlumbaan tersebut di tv bilik hotelnya. Dalam perlumbaan tersebut pasukan Giovanni/kereta lumba Giovanni telah terlibat dalam kemalangan dan pemandunya Giovanni telah terbakar dan terkorban. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan Farhana ketika itu. Dia lalu menempah tiket penerbangan pulang ke tanahair tanpa Widya.
...
Setelah beberapa bulan dia menyepi diri, akhirnya Kamel rakan baiknya sejak kecil mengajak Farhana untuk berumah-tangga. Tapi Farhana hanya berdiam diri. Perasaannya terhadap Giovanni masih kuat. Sementara itu Shaza pula menaruh hati pada Kamel.
...
Dalam keadaan dilemma tersebut, secara tiba-tiba dia terdengar suara seorang yang dia amat rindui, tetapi rupanya sedikit berbeza, ada jambang dan nampak berbeza. Ahmad Ridzafi.
Rupanya yang meninggal di litar lumba adalah Ferro rakan sepasukan Giovanni. Dan kini Ahmad Ridzafi ialah nama islam Giovanni. Dia telah berada di Malaysia selama 2 bulan dan telah mencari Farhana dalam tempoh itu. Cinta terjalin semula, namun masih ada musuhnya. Mafia dari Itali telah mengekori Farhana dan bermulalah episod suspens thriller.
. . . . . . . . . . .
Rating saya:
**** (cinta dalam suspens dan thriller, mafia pun ada dalam novel kali ni. Memang lain dari yang lain, seolah-olah membaca novel cinta Inggeris, tapi masih dalam adab sopan Melayu dan Muslimah).

3 comments:

norzailina said...

Salam manis,

Terima kasih atas komen 'Menanti Kasih' di sini. Saya sangat2 menghargainya. Mudah2an novel ini akan memberikan manfaat pada pembaca, selain keseronokan dapat menghayati negara Itali yg sememangnya menarik. Tahniah buat 'Novel Melayu' yg sentiasa menyokong penulis2....

kak lia said...

hi kak norza;

Memang saya peminat kak norza, termasuklah rancangan vitaoils tu. Kekadang sempat saya tengok masa sahur. Bila baca novel ni teringat rancangan masak kak norza! sbb awal-awal cerita pasal makanan dan hidangan dan juga chefnya!..
Terhibur dengan keadaan di Itali tapi sebab saya tak pernah tau dan tak discover Itali, jadi tak berapa nak dapat agak kat mana Samplon Pass, Milan, Venice dan beberapa tempat lain... rasa mcam nama tempat tapi tak dapat nak imagine salji, bunga2, sungai dan bot.

EyEdA said...

klu x silap sy, menanti kasih ini diadaptasi dr novel puan 'carissima'