Pencinta Novel

November 29, 2011

Fauziah Ashari - Bisik-bisik Gelora

Harga:RM 25.90
ISBN: 976-967-0184-48-7
Bil m/s: 608
Penerbit: Buku Prima
Tahun 2011
Sinopsis belakang buku
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

2 comments:

el-tintabiru said...

Memang menarik. Ada kelainan terutama pada watak Jad. Walaupun di awalnya Umi seorang yang nakal tetapi tak mampu melawan kekasaran cara Jad.

el-tintabiru said...

Sangat menarik terutama pada watak Jad.