Pencinta Novel

June 24, 2013

Teduhan Kasih - Marissa

Tajuk: Teduhan Kasih
ISBN: 9789670246222
Terbitan: Karya Seni/Fajar Pakeer Sdn Bhd
Harga: RM22
Bil Mukasurat:575
Berat : 400gm

Sinopsis belakang buku:

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Ringkasan cerita:

Kisah seorang wanita Iffah yang sangat tabah dalam menghadapi ujian dalam rumahtangga, saat dia mengandung, dia diceraikan tanpa sebarang alasan. Perkahwinannya dengan suaminya Ryzal musnah akibat rakan baiknya sendiri. Ayu yang dihasut oleh kakak tiri Iffah untuk menggoda Ryzal akhirnya berjaya menarik Ryzal dari Iffah. Ryzal berkahwin pada hari Iffah bertarung nyawa melahirkan zuriatnya dengan Ryzal.
Saat kesusahan, tampil seorang lelaki menyelamatkannya dan tiba-tiba tertarik hati dengan bayinya yang comel, lalu menggelarkan dirinya papa kepada bayi comel itu. Iffah terharu. Ehsan datang saat dia hampir kehilangan segala-galanya.. Sungguhpun Iffah merasakan dirinya telah terselamat, tetapi Ayu dan ibu tiri Iffah masih mencari Iffah, hasad dengki dan busuk hati menguasai segalanya. Ayu dan keluarga tiri Iffah masih berdendam, dan tidak senang selagi tidak dapat berjumpa Iffah.

No comments: