Pencinta Novel

September 24, 2014

Dialah Cinta Hatiku - Aisya Sofea

Dialah Cinta Hatiku
Aisya Sofea


Add to cart

Harga: RM 27.00
ISBN: 978-983-124-979-6
Halaman: ~688
Berat: 650 gram
Tarikh Terbit: 25 Ogos 2014

Sinopsis belakang buku:


Bagi Julianna Isabelle, cinta hanya sekali. Sudah enam tahun dia bersama Rizan. Namun apa yang dirasa; Rizan bukan lelaki yang mengganggu mimpinya. Rizan juga bukan lelaki yang dia rindui. Nanar gelisahnya juga bukan kerana lelaki itu. Tapi siapa? Ada satu nama yang terukir di sudut hatinya. Megat Iskandar Zulkarnain! Akhirnya lelaki itu pulang membuka hijab cinta Julianna. Lebih tulus, lebih suci dan sangat bermakna buat mereka. 

Sayangnya, Megat adalah abang Rizan dan Julianna pula bakal ditunangkan dengan Rizan. Mana mungkin seorang abang sanggup merampas bakal adik iparnya sendiri? Megat nekad. Enam tahun yang dipersiakan harus ditebus semula. Julianna juga tekad. Dia redha menerima lafaz ijab kabul Megat biarpun ada hati yang terluka. Namun, perkahwinan yang baru berusia seminggu dihempas badai. Megat ada perempuan lain! Hanya air mata yang menceritakan seksa dan derita yang memamah sekujur tubuhnya.

Resensiku:

Garapan Aisya Sofea kali ini tidak menghampakan. Kisah konflik Juliana Isabelle dalam menentukan siapa cinta hati miliknya. Si abang atau si adik... Rasa sayang antara seorang kawan ternyata lain rasanya apabila didatangi Megat... Ju semakin keliru dengan perasaannya.. Tetapi rasa kuat yang mengikat hatinya pada si abang..

Si abang pula punyai konflik dalaman.. Di dera emosi sejak kecil, si abang membesar tanpa kasih sayang ibu dan ayah. Walaupun dibesarkan dalam banglo indah milik bapanya, tetapi ibu tiri terlalu memilih kasih himgga si abang terpaksa memendam perasaan dendam hingga membawa diri ke Paris. Di situ dia bertemu dan berkahwin dengan perempuan Indonesia dan mendapat seorang anak perempuan yang diberi nama Nadia Isabella.... 

Isabelle-Isabella, adakah ianya satu kebetulan?... Ternyata selepas 6 tahun, Juliana masih lagi di hati si abang....

Terbaik Aisya Sofea, membawa saya hingga kepuncak konflik rumahtangga dan diakhiri dengan adegan yang sangat ndah....

Post a Comment