Pencinta Novel

March 23, 2015

Hati Perempuan - Nur Ain Al abbas


Harga: Rm27.00





Sinopsis belakang buku:

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. 

Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.

Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran 
disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.

“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.

“This is yours?” - Yuhanis.

“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.

“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.

“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.

Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta 
hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.

“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.

“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.

Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? 


Pengkritik novel ini di sini

Resensi saya:

Si egois vs si serius. Macam nak pecah kepala nak cari titik keserasian antara si egois Yuhanis, dan si serius Tengku Zaril.

Tengku Zaril yang dibesarkan dalam keluarga bangsawan, memang serius bab kerja. Kali pertama pertemuan Yuhanis dan Tengku Zaril, penuh dengan sindir menyindir dan cabar mencabar. Hakikatnya Tengku Zaril tidak menyangka ada wanita yang tidak terpikat langsung dengan harta benda yang dipunyainya, malah langsung tidak mengenali siapa dia Tengku Zaril yang digilai ramai model terkenal.

Yuhanis pula, setelah dikecewakan lelaki kaya, dia tidak lagi mempercayai semua lelaki kaya, termasuklah Tengku Zaril. Malah Tengku Zaril dianggap sebagai boss yang sangat cerewet, sombong dan bongkak, tapi yang peliknya, ada cincin lamaran dari Tengku Zaril.

Cubaan pertama Tengku Zaril memetik bunga di taman, tidak berjaya. Dia sungguh tidak menyangka ada wanita yang menolak lamarannya. Fikirnya semua boleh dibeli dengan wang ringgit yang dia ada.

Kali kedua, bonda dan ayahnda terpaksa campur tangan, itu pun disebabkan tidak tahan dengan keseriusan anaknda nya dalam bidang kerja. Seolah-olah tiada ruang untuk keluarga.

Cincin kedua merisik, dan mak Yuhanis terima tanpa usul periksa. Ternyata mengundang amarah Yuhanis. Tetapi Yuhanis tiada pilihan, Nizam rakan sepejabatnya terlepas peluang, walaupun Yuhanis ada hati pada Nizam, tetapi dia menutup pintu hatinya pada semua lelaki. Sungguh tidak disangka mak Yuhanis menerima lamaran bagi pihaknya.

Pernikahan berlangsung dalam suasana damai, tetapi hati Yuhanis masih memberontak. Hidup berkeluarga terutama dengan Tengku Zaril, dirasakan seperti penjara. Yuhanis tidak lagi bebas bergerak, hatinya masih sama, digin sejuk dan beku terhadap Tengku Zaril. Tetapi tidak pada Tengku Zaril, walaupun di pejabat dia serius dan tegas, apabila terpandang wajah Yuhanis, dia tidak dapat menolak hatinya dari mencurahkan sayang pada Yuhanis.

Dalam pada pergolakkan rumahtangga, muncul pula Tengku Amalin, yang sudah lama menaruh perasaan pada Tengku Zaril. Barulah Yuhanis merasa tercabar. dan Daniel, bekak kekasih Yuhanis kembali menuntut cintanya.

Akhirnya, Yuhanis sedar, pengorbanan Tengku Zaril mencintainya, dan perlahan-lahan hatinya mula terbuka buat suaminya yang tercinta.

No comments: