Pencinta Novel

April 24, 2016

Suami Tanpa Cinta - Syamnuriezmil


Harga:rm30
ISBN: 9789670707105


Sinopsis belakang buku:


Suami Tanpa Cinta

 3.79  ·   Rating Details  ·  170 Ratings  ·  28 Reviews
“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.”
Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan.
Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!”
Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.”
Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.”
Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.”
Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.”
Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...
“Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”




Sedikit preview:
“IBU, mama... Aid dengan Ain nak minta maaf banyak-banyak, sebab dah tipu ibu dan mama.”

Imani dan Airin memandang sesama sendiri. Zaidan menyuruh Airin dan Imani duduk. Takut nanti, jatuh pengsan pula ibu dan mama mertuanya. Sudahlah mereka berdua tu, ada sakit jantung dan darah tinggi.

“Jangan cakap merepek boleh tak Aid, Ain macam mana? Dok dalam bilik rawatan lagi ke? Kita tak boleh tengok dia lagi ke? Hang jangan nak raplah jinggapulak, bagi ibu cuak saja ni,” Imani mengusap dadanya. Mana tak terkejut, tatkala nampak muka si anak, si Zaidan beria-ia meminta maaf.

“Entah kamu ni Aid, mama pun dah libang-libu ni. Doktor kata apa?”

“Aid bukan apa, Aid rasa serba-salah pula. Aid tak nak, apa-apa jadi dekat Ain, jadi Aid nak minta maaf bagi pihak Ain, dengan Aid sekali.” Zaidan takut. Ain masih belum sedarkan diri.

“Apanya? Maaf apanya?” Imani mengerut dahi.

“Sebenarnya, Aid dengan Ain tak bercinta. Kita orangdecide nak kahwin sebab nak gabungkan syarikat kita yang hampir muflis. Aid minta maaf, sebab menipu ibu dan mama. Tapi, jangan risau, jangan takut, jangan cuak, Aid dengan Ain sedang belajar cinta dan mencintai antara satu sama lain. Syarikat kita pun dah okey. Semuanya as planned...”


Airin dan Imani... tergamam!

No comments: