Pencinta Novel

May 6, 2018

#Ghost - Zura Rahman



Tajuk: #Ghost
Penulis: Zura Rahman
Penerbit: Karnadya
Tahun: 2017
ISBN: 9789674062606


Sinopsis belakang buku:


Dia bagaikan halimunan. Kewujudannya diakui,tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya; dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama -GHOST


Apabila geng gagak hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat.
Budi yang ditabur, telah mengheret Dr. Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang digelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu? 

Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr Daryn Areena tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dan tidak, dia keliru.
If there is no one else that you can trust, trust yourself. But, if you can't even trust yourself,you have to trust me - GHOST

Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu?

Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu.....penuh kedukaan. Dia.....diselubungi tanda tanya. Misteri tentangnya tiada bernoktah. - Dr Daryn Areen

Siapa dia sebenarnya?


My Review:


Kudos to author!

Twist yang sangat menjadi mulanya dengan tajuk dan cover novel yang nampak macam thriller seram.

Spoiler:

Kisah seorang undercover dalam special force Alpha team. Penceritaannya begitu saspen sampai tak dapat letak, nak teruskan pembacaan tanpa henti hingga jumpa perkataan TAMAT.

Seorang Doktor muda bernama Daryn Arena terperangkap secara tidak sengaja dalam misi penghapusan jenayah senjata api. Kisah love-hate yang sangat mendebarkan disajikan dengan bahasa yang mudah, kemudian dengan aksi-aksi ganas pergelutan antara Ghost dan konco-konco kumpulan Geng Gagak Hitam. Membacanya seolah-olah menyaksikan filem olahan Dato Yusof Haslam dalam KL Gangster. 

Seorang pemuda tinggi dan pendiam, tiba-tiba muncul dalam hidup Doktor Daryn. Dia terpaksa menyelamatkan Kimi Rafael dari kecederaan ditembak semasa pergelutan apabila Geng Gagak Hitam mendapat tahu dia lah Ghost.

Hidup Daryn bagai dihujung tanduk dan terpaksa berlakon sebagai suami isteri apabila dia menjadi pelarian bersama Kimi di Selatan Thailand. Ghost, suatu nama yang terkenal dalam arena penyeludupan senjata api, nama yang digeruni oleh semua Geng Gagak Hitam kerana kepantasannya menghilangkan diri tanpa jejak. Disebalik nama itu, ada kisah yang gelap yang tragis dan tak dapat dilupakan Kimi.

**** Recommended pada yang minat genre thriller suspens. 


No comments: