Pencinta Novel

May 9, 2018

Ti Amo, Sweetheart 100 Hari by Suri Ryana

Tajuk: Ti Amo, Sweetheart 100 Hari
Penulis: Suri Ryana
Penerbit: KakiNovel
Tahun Terbitan: 2017
ISBN139789670874524


Sinopsis belakang buku:
Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?

Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”


Resensi saya:

Sweet kisah Malissa menjejaki Iskandar hingga ke Venice. Dia sanggup tinggalkan pekerjaan dan redah Itali. Mujur juga dia ada housemate yang baik, sanggup menolongnya menjejaki Iskandar. 

Malissa menjadi nanny mengganti rakannya secara kebetulan, nanny kepada anaknya sendiri, yang tidak mengenalinya angkara perbuatan ibu mertuanya.

Geram dengan ibu mertua yang sanggup pisahkan kasih sayang anak dengan menantu, Iskandar pula tidak mampu menidakkan ibunya walaupun dia tahu kasih sayangnya tidak pernah hilang. Hanya dengan fitnah yang tidak diselidiki, Iskandar tegar meninggalkan Malissa.

Spoiler:
Akhirnya Iskandar sedar, dia masih memerlukan Malissa dan ibu kepada anaknya. Fitnah yang ditabur ibunya berjaya dibongkar. 

Rating saya: ****

No comments: