Pencinta Novel

August 25, 2024

Hero Untuk Jiyan - Yumi Hyra

 


Tajuk: Hero Untuk Jiyan
Penerbit: Manes Wordworks
Tahun Terbit: September 2022
Bil m/s: 365 paperback

Sinopsis belakang buku: 

Pertemuan kali pertama antara Jiyan dan Han tidaklah semanis mana pun. Dan... siapa sangka selepas itu, rupa-rupanya Han ialah jiran baharu sebelah rumah Jiyan.

Bagaimanapun hubungan yang tidak semanis mana itu, bertukar manis dan seindah roti Pelangi Kafe Dapur Isma apabila Han si mamat stone itu menjadi tutor matematik bidan terjun untuk Jiyan yang nakal. Han yang sentiasa ada untuk Jiyan itu membuatkan hati Jiyan selalu berbunga-bunga.

"Awak cari apa lama sangat tu?" ~Han
"Cari perhatian awak." ~Jiyan

Namun bunga yang mahu berkembang terus layu apabila rasa hati Jiyan ditolak tanpa konar-konar lagi oleh Han. Jiyan memujuk diri sendiri agar dapat melupakan Han.

Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula.

"Kenapalah awak ni muncul balik tiba-tiba dan ada aje kat mana-mana?" ~Jiyan
"Sebab, hero kan kena sentiasa ada di sisi heroin dia." ~Han

Hati Jiyan masih berdebar-debar dan suka pada Han untuk sekali lagi. Cuma antara mereka adanya Carissa. Adakah benar dan tertulis yang Han itu hero untuk Jiyan?

Resensiku:

Wahhhh..... dapat cerita yang refreshing. suka sangat dengan gaya tulisan Yumi, santai dan bersahaja, tak keterlaluan dalam pengulasan sesuatu keadaan. Nice!

Bermula dengan kisah Jiyan dan Han yang berebutkan roti pelangi!, sampai kan aku pun buat lah roti pelangi tu kat rumah, nak cuba rasa jugak, kena pakai mozarella cheese pastu warnakan dia 3 kaler, pastu kena tutup tau pan tu kalau nak dia melting. kalau tak nanti jadilah roti pelangi berketul2 ahahahaha....

Kemudian insiden2 yang tidak disangka2, rupanya Han tu jiran pulak dengan Jiyan... well... macam cerita korea pulak situ.. tapi tak pe, teruskan pembacaan, ups and downs lah jugak geram kat dalam cerita nih... 

Kemudian korang semua jangan lupa pulak, dah habiskan novel ni, follow pulak next novel tajuk Sunshine Buat Nara (ni ada mention sikit lah nama Jiyan dan Han tu), aaaaa yang ni sweet betul, orang melayu dulu2 kata apa, sweet potong kaki? nauzubillah!

Okaylah ratingku: ***** (5/5 sebab suka sangat!)

No comments: