Pencinta Novel

August 12, 2024

Sunshine Untuk Nara - Yumi Hyra



Tajuk: Sunshine Untuk Nara
Penulis: Yumi Hyra
Penerbit: ManesWordwork
Tahun Terbitan: March 2024
Bil ms: 336 paperback
ISBN: 9786299784890

Sinopsis belakang buku:

Kata orang, jangan terlalu benci seseorang kerana takut nanti terjatuh suka. Nara bukanlah benci pada Kid tetapi lelaki berlesung pipit itu, suka sangat mengusiknya sejak kali pertama mereka bertemu di Pulau Langkawi. Nara jatuh ke dalam bendang buat pertama kali juga disebabkan Kid.

“Saya rasa awak ni memang bertuah tapi satu aje yang awak tak ada.” – Kid

“Saya tak ada apa?” – Nara

“Awak tak ada saya.” – Kid


Kata Nina; Si Bff Nara, Kid ibarat ‘sunshine’ yang menceriakan hari-hari Nara. Ada sahaja telatah Kid yang membuatkan Nara geram, tenang, terhibur dan berbunga-bunga walaupun mummy dia mula masuk campur dengan mengatur hidupnya.


“Awak ni memang suka senyum, eh?” – Nara,

“Kenapa? Kalau saya senyum; awak akan rasa berdebar-debar, ke?” – Kid


Bagi Kid pula, perkenalannya dengan Nara membuatkan dia melakukan perkara-perkara di luar kawalan sendiri termasuklah mengusik Nara.


“Love is when you sit beside someone doing nothing yet you feel perfectly happy. And to me, you are that someone.” – Kid


Apabila Nara sudah mula jatuh hati, Kid pula nampak seperti sudah berubah hati. Adakah benar yang kita mempunyai hak untuk memilih bahagia mengikut cara kita?

Resensiku:

Kisah antara seorang gadis akauntan yang bekerja di Melbourne, akhirnya kembali ke tanah air for good demi mengelakkan kahwin aturan mummynya.

Jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Pertemuan demi pertemuan tidak sengaja terjadi antara Nara dan Kid, menyebabkan Nara rasa hatinya terusik dengan Kid. Pada Kid pula, Nara sahaja yang berjaya membuat dia selesa, mengusik menyakat tanpa rasa malu segan atau awkward.

Kisah yang kelakar, membuatkan kadang2 sewaktu membacanya tersenyum sendirian dan ketawa. 

Rating saya: 4/5 bintang (recommended).


 

No comments: