Pencinta Novel

September 26, 2024

The Sleepwalker by Acik Lana

 


Tajuk: The Sleepwalker
Penulis: Acik Lana
Penerbit: KakiNovel
Tahun: Mei 2023
Bil ms: 622
Harga: Rm30
ISBN: 978-967-0874-83-8

Sinopsis belakang buku:
Mewarisi penyakit keturunan dari arwah bapanya, dua puluh enam tahun Sara Aina menjalani hidup yang berbeza. Dikawal ketat, disekat kebebasan, malah dia langsung tidak dibenarkan bermalam di tempat lain selain dari kediaman sendiri. Jika ingkar, kecelakaan mungkin menimpa dirinya. Malang sungguh!

Suatu hari, nasib Sara Aina berubah dengan pelawaan daripada Puan Faezah. Akhirnya dia mengorak langkah, keluar juga dari kepompong demi meneroka dunia yang lebih luas. Namun luasnya dunia ini membuatkan dia menjadi huru-hara pula. Apatah lagi bila bertemu semula dengan crush zaman remajanya yang cukup fobia kepada hantu!

“Lain kali kalau nak pergi mana-mana, call la dulu. Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke? Asyik nak kena jadi driver kau?” ~ Gibran.

Kemunculan Sara Aina membuatkan Gibran sakit mata, sakit hati dan meluat tak terkata. Apatah lagi insiden dia ‘menghalau’ hantu palsu telah meruntuhkan egonya di depan Sara Aina. Mana dia tak geram, penyakit pelik si sleepwalker itulah yang menjadi punca! Kata orang tua, jangan menyampah beria-ia.

Sampai satu masa, mungkin hati akan berbolak rasa. Lalu Gibran tertelan kata sendiri. Yang dia tidak suka itulah mula dipuja-puja jiwa. Dari ‘I don’t care’ tiba-tiba menjadi ‘I do care’. Malah tabiat Sara Aina yang kerap berjalan dalam tidur membuatkan dia gigih pula ingin menjadi ‘penjaga’.

“To be honest, aku nak hak untuk menjaga kau Sara. Aku tak nak lagi sembunyi-sembunyi buat semua tu. It was so hard for me.” ~ Gibran.

Akhirnya hati mula suka sama suka. Greenlight juga sudah dinyala dari kedua pihak keluarga. Namun satu rahsia gelap yang tersimpan lebih dua puluh dua tahun lalu begitu pantas meranapkan segalanya. Sara Aina pergi menjauh, Gibran pula terhimpit diantara tuntutan cinta dan setia. Keadaan bertambah buruk apabila Fuzan si gila bayang mula membuat onar. Jerih, gigih, penuh susah payah Gibran cuba menyelamatkan Sara Aina. Cuma sehebat mana pun dia bertungkus lumus, bergelut, mampu atau tidak dendam di jiwa Sara Aina terpadam?

Atau… hubungan mereka telah ditakdirkan bergerak hanya sekerat jalan saja?

Resensiku:

Kisah gadis yang berjalan dalam tidur, hidupnya dikampung meniaga kecil2an menghantar kuih ke kedai kopi kampung. Bermula lah kisah dia diminati seorang pemuda spoilt Fuzan yang tidak disukainya.
Sara Aina berhijrah ke Kuala Lumpur dengan bantuan rakan rapat aruah ibunya, Puan Faezah, manakala Gibran pula anak Puan Faezah yang belajar di luar negara, punyai sifat liar tetapi akhirnya berubah(sayangnya bab ini tak diceritakan dengan terperinci)

Jadi keseluruhan cerita agak simple, walaupun boleh lagi dicantikkan dengan adegan bagaimana Gibran berubah. Tiada plot twist, expect the expected. 

Akhir cerita, yang jahat dapat pembalasan, yang baik terus bahagia. Sekian.

Rating saya: *** (3/5)




September 16, 2024

Chef's Cuisine by Effa Lee

 

Penulis: Effalee

Penerbit: Maneswordworks

Muka Surat: 520

Halaman: Hitam Putih

Format: Paperback



SINOPSIS

A dream, that is too beautiful to be true.

Pertemuan yang tak diduga antara Dyra Darleen Darissa dengan musuh ketatnya sewaktu sekolah menengah menjadi satu titik baharu dalam hidupnya. Siapa jangka yang dahulunya gangster sekolah, kini berjaya membuka sebuah restoran ternama di persada dunia?

Dia, Zafrael Aisaar. Seorang yang disegani juga digeruni. Dan seorang yang sangat misteri.

"Dont fall for me. You'll get nothing but disappointment!" - Zafrael

***

Dyra hanya mengharapkan sebuah perjalanan cerita hidup yang sempurna dan bahagia. Namun realiti itu tak seindah mimpi.

"Keep on dreaming. Because you don't want to know what lies beneath the dark truth of the reality." - Zafrael

Lalu, apakah mampu seorang Dyra membongkar segala kebenaran? Dan mampukah dia mengharungi sebuah realiti yang terlalu kejam untuk dipanggil sebuah kehidupan?

A reality, that is too harsh to be true.



Resensiku:


Kisah penuh konflik dan plot twist. Dyra seorang gadis tembab sejak sekolah hingga menginjak ke usia dewasa bertemu semula dengan musuh ketatnya Zafrael. Bermula dengan episod Dyra yang dianaktirikan oleh ibunya sendiri, sentiasa dibanding2kan dengan kakaknya yang serba serbi perfect pada pandangan mata ibunya, dan dia pula serba serbi kurang pada pandangan mata ibunya. Terasa tertekan dengan keadaan, Dyra mengambil tindakan untuk menjadi waitress di restoran elit 30 tingkat milik Zafrael *yang pada mulanya dia pun tak tahu itu milik musuh ketatnya.


Bermulalah episod menarik antara Dyra dan Zafrael, yang dikenali sebagai Tuan Z, semua pekerja tidak mengetahui nama sebenar Tuan Z, dan serba serbi tugasan di pejabat dikendalikan oleh Herris, sebagai pembantu Tuan Z.


Chef's cuisine menghidangkan pelbagai rasa, sedih gembira terharu, insaf lengkap dalam satu novel. Bukan sekadar kisah biasa-biasa, tapi terlalu banyak points to ponder. Antaranya yang dapat aku petik ialah: Kita tidak dapat mengawal hati dan perasaan kita, hanya Allah swt yang berkuasa mengawalnya, hati yang keras, tidak mungkin dapat menginsafi diri dan tidak mungkin dapat mengalirkan air mata walaupun di paksa, walaupun di waktu tahajjud. Sehinggalah Allah swt membuka pintu hati itu, maka berlakulah perbuahan. Mintalah dengan Allah swt bersungguh2 sekiranya air mata tidak turun ketika ber tahajjud.


Rating saya: ***** (5/5 sebab bila baca tak boleh letak dan nak tahu juga ending dia macam mana, banyak plot twist dan banyak adegan kelakar, sedih, terharu, insaf.... syabbas pada penulis!)