Pencinta Novel

Showing posts with label #aciklana. Show all posts
Showing posts with label #aciklana. Show all posts

August 5, 2025

Rahsia Danny - Teme Abdullah


Penerbit: Iman Publication
Tahun: May 2025
Penulis: Teme Abdullah
Bil ms: 538 paperback

Sinopsis belakang buku:

"Sofea, ingat tak dulu saya pernah cakap, kalau ada peluru menuju ke arah awak, I'll make myself as your shield?"

"Tapi awak ingat tak apa yang saya cakap lepas tu? Saya pun sanggup buat benda yang sama."


**
Danish Coelho Ilyas memiliki segalanya. Atlet tinju tersohor, kaya, popular. Tapi untuk mencapai setiap kejayaannya tidak mudah.

Dalam diam, dia terlibat dengan organisasi misteri yang menuntut kesetiaannya. Kerana merekalah, nama Danny terkenal ke persada dunia. Walau berisiko, Danny tidak gentar, bahkan langkahnya semakin yakin. Kesetiaan Danny tidak pernah dipersoal.

Namun apabila Danny bertemu semula Sofea, cinta lamanya, dia dituntut untuk melakukan pengorbanan yang dahsyat, demi kejayaan yang lebih besar. Jika dia perlu mempertaruhkan segalanya, jalan manakah yang akan dipilih?

Barangkali semuanya telah dirancang sejak awal. Dan yang akan menang ialah yang paling hebat merancang.

Resensiku:
plot twist in a plot twist jalan cerita dia kali ini, Buku ni adalah spin off dari Bayangan Sofea, so siapa2 yang belum baca Bayangan Sofea, dianjurkan utk hadamkan dulu novel tu baru start yang ini, sebab yang ini lebih complicated, lebih twist dan lebih mendebarkan. Cuma perenggan demi perenggan tu saya cuma ada gangguan bacaan sikit lah. (cita rasa saya berbeza).

Rating saya: 4****/5 bintang



 

September 26, 2024

The Sleepwalker by Acik Lana

 


Tajuk: The Sleepwalker
Penulis: Acik Lana
Penerbit: KakiNovel
Tahun: Mei 2023
Bil ms: 622
Harga: Rm30
ISBN: 978-967-0874-83-8

Sinopsis belakang buku:
Mewarisi penyakit keturunan dari arwah bapanya, dua puluh enam tahun Sara Aina menjalani hidup yang berbeza. Dikawal ketat, disekat kebebasan, malah dia langsung tidak dibenarkan bermalam di tempat lain selain dari kediaman sendiri. Jika ingkar, kecelakaan mungkin menimpa dirinya. Malang sungguh!

Suatu hari, nasib Sara Aina berubah dengan pelawaan daripada Puan Faezah. Akhirnya dia mengorak langkah, keluar juga dari kepompong demi meneroka dunia yang lebih luas. Namun luasnya dunia ini membuatkan dia menjadi huru-hara pula. Apatah lagi bila bertemu semula dengan crush zaman remajanya yang cukup fobia kepada hantu!

“Lain kali kalau nak pergi mana-mana, call la dulu. Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke? Asyik nak kena jadi driver kau?” ~ Gibran.

Kemunculan Sara Aina membuatkan Gibran sakit mata, sakit hati dan meluat tak terkata. Apatah lagi insiden dia ‘menghalau’ hantu palsu telah meruntuhkan egonya di depan Sara Aina. Mana dia tak geram, penyakit pelik si sleepwalker itulah yang menjadi punca! Kata orang tua, jangan menyampah beria-ia.

Sampai satu masa, mungkin hati akan berbolak rasa. Lalu Gibran tertelan kata sendiri. Yang dia tidak suka itulah mula dipuja-puja jiwa. Dari ‘I don’t care’ tiba-tiba menjadi ‘I do care’. Malah tabiat Sara Aina yang kerap berjalan dalam tidur membuatkan dia gigih pula ingin menjadi ‘penjaga’.

“To be honest, aku nak hak untuk menjaga kau Sara. Aku tak nak lagi sembunyi-sembunyi buat semua tu. It was so hard for me.” ~ Gibran.

Akhirnya hati mula suka sama suka. Greenlight juga sudah dinyala dari kedua pihak keluarga. Namun satu rahsia gelap yang tersimpan lebih dua puluh dua tahun lalu begitu pantas meranapkan segalanya. Sara Aina pergi menjauh, Gibran pula terhimpit diantara tuntutan cinta dan setia. Keadaan bertambah buruk apabila Fuzan si gila bayang mula membuat onar. Jerih, gigih, penuh susah payah Gibran cuba menyelamatkan Sara Aina. Cuma sehebat mana pun dia bertungkus lumus, bergelut, mampu atau tidak dendam di jiwa Sara Aina terpadam?

Atau… hubungan mereka telah ditakdirkan bergerak hanya sekerat jalan saja?

Resensiku:

Kisah gadis yang berjalan dalam tidur, hidupnya dikampung meniaga kecil2an menghantar kuih ke kedai kopi kampung. Bermula lah kisah dia diminati seorang pemuda spoilt Fuzan yang tidak disukainya.
Sara Aina berhijrah ke Kuala Lumpur dengan bantuan rakan rapat aruah ibunya, Puan Faezah, manakala Gibran pula anak Puan Faezah yang belajar di luar negara, punyai sifat liar tetapi akhirnya berubah(sayangnya bab ini tak diceritakan dengan terperinci)

Jadi keseluruhan cerita agak simple, walaupun boleh lagi dicantikkan dengan adegan bagaimana Gibran berubah. Tiada plot twist, expect the expected. 

Akhir cerita, yang jahat dapat pembalasan, yang baik terus bahagia. Sekian.

Rating saya: *** (3/5)