Tajuk: Bagasi yang Ingin Dilepaskan.
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Prolog Media
Tahun Terbitan: May 2024
Bil ms: 432 paperback.
Sinopsis belakang buku:
Orang kata ... pertemuan pertama itu kebetulan. Pertemuan kedua itu takdir.
Luna Audra tidak menyangka perjalanan tiga harinya ke Türkiye ditambah dengan tiga lagi pakej yang dia tidak pernah minta!
Misteri. Jatuh cinta. Momen yang indah.
Hati Luna luka sangat. Dia lebih selesa memencilkan diri dan menenangkan diri. Namun ketenangannya terusik tatkala sahabat baiknya Zara, membuat satu permintaan mengarut.
Permintaan daripada sahabat yang sedang duduk atas katil menunggu ajal dekat hospital ni, kau kata karut? – Zara
Dalam terpaksa, permintaan sahabat dunia akhiratnya itu cuba ditunaikan. Namun lain yang dirancang, lain pula yang terjadi saat dia tiba di Istanbul. Takdir membawa dia bertemu lelaki yang bicaranya sentiasa mendamaikan jiwa.
Melepaskan masa lalu bukanlah proses yang cepat. Ia perjalanan yang memerlukan waktu. Bersabarlah dengan diri sendiri. – Mateen
Dengan bantuan Mateen, Luna cuba menunaikan permintaan terakhir Zara. Namun tanpa sengaja, mereka terperangkap dalam satu skandal pembunuhan yang mengejutkan bumi Türkiye.
Berjayakah Luna dan Mateen keluar daripada kemelut kes pembunuhan itu? Dan ... benarkah Mateen benar-benar ikhlas membantu Luna?
Resensiku:
Kisah yang menarik, genre romcom thriller. Luna seorang gadis bekerja sebagai programmer sebuah syarikat di KL dan mempunyai sahabat baik sejak sekolah hingga universiti bernama Zara. Luna sebenarnya kecewa dengan keluarganya sendiri, apabila berlaku satu peristiwa di mana dia telah difitnah dengan sangat dahsyat. Pada waktu yang sangat tertekan itulah Zara membantunya untuk bangkit kembali, malangnya Zara mendapat penyakit kanser tahap akhir dan menjalani terapi, jadi Luna yang menjaga Zara dan permintaan Zara supaya Luna pergi ke Turkiye untuk mendapat tandatangan dari penulis favnya iaitu Ogus Dogan.
Bermulalah episod Luna ke Turkiye dan tak semena2 dia berkenalan dengan Mateen (kena baca mcm mana). Kemudian Mateen membantunya mendapatkan tandatangan Ogus Dogan, malangnya selepas beberapa jam berjumpa dengan Ogus, keesokkan nya Ogus didapati meninggal dunia di bilik hotel.
Bermulalah episod mendebarkan bagaimana Luna dan Mateen keluar dari kemelut penyiasatan polis.
Komenku:
Must read book. Sangat laju dan ada sweet2 juga akhirnya.
Rating saya: **** 4/5 bintang (1 bintang hilang sebab ada sedikit dua typo disitu)
No comments:
Post a Comment