Pencinta Novel

July 30, 2025

Tunggu Teduh Dulu - Faisal Tehrani



Tajuk: Tunggu Teduh Dulu by Faisal Tehrani
Penulis: Faisal Tehrani
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 978-629-95362-8-4
Bil. Muka surat: 744m/s
Format: Paperback
Harga: RM40.00
Berat: 0.5kg
Sinopsis:
 
Penerbit: Rumaa Books imprint IMAN Publication

Sinopsis belakang buku:

“Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah.” 

* 

Salsabila Fahim mahu menjadi usahawan ladang betik yang berjaya. 

Meski arena bisnes dan perladangan bukan sesuatu yang sinonim dengan wanita sepertinya, Salsabila yakin, dengan Teh Sofia — kawan baiknya di sisi, mereka pasti dapat mengharunginya. 

Namun pada saat ladangnya diserang ancaman birokrasi dan tragedi, Teh Sofia menghilang, meninggalkan dia sendiri. 

Detik itu juga, dua jejaka merangkap rakan lamanya, Kamil dan Lam mendesak Salsabila memilih; siapakah cinta hatinya. 

Ibu pula semakin tenat. Sal, tak bolehkah kau tinggalkan ladang sebentar? 

* 

Bergelut dengan urusan-urusan yang tak lekang mendesak, Salsabila terhimpit, lalu kembali kepada-Nya berkali-kali. 

Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan manusia; dan hubungan manusia dengan Penciptanya. Cinta boleh pudar, tetapi belas kasihan atas nama Allah akan berkekalan.


Resensi dariku:

Sebuah naskah Faisal Tehrani, yang mana kali pertama ku membacanya, walaupun sudah lama namanya di persada penulisan, baru nak cuba baca berkat keracunan rakan2 seperti nadee di tt, maka aku pun membuka la dengan bismillah. 750ms ketebalannya dan ternyata mempunyai pelbagai citarasa.

Genrenya bolehlah ku kategorikan sebagai 'slice of life', kecekalan dua orang wanita besi, yang sengaja menceburkan diri dalam bidang perladangan betik, dengan hanya menggunakan tanah pusaka yang arwah ayahnya tinggalkan.

Tajuk Tunggu Teduh Dulu sebenarnya adalah cetusan hati dari Salsabila Fahim watak utama dalam buku ini, terhadap dua rakankarib semasa kecilnya (Lam Ping Hai dan Kamil), maka bff Salsabila (Teh Sofia) pula dah ada hati pada Kamil, padahal Kamil memang suka sangat pada Salsabila selepas bertemu kembali dalam kerja2 perladangan (kebetulan Kamil tu pegawai FAMA).

Cerita menjadi semakin menarik dengan kisah2 ladang yang sangat saspens dan kisah cinta bersegi2 itu.

Jangan tak sangka ye, ada sedikit plot twist di situ yang sangat seronok bila kita dapat tau,

Sekian.

Rating saya: ***** 5/5 bintang!

 


No comments: