Pencinta Novel

August 5, 2025

Bayang Sofea - Teme Abdullah

 


Penerbit: Iman Publication
Tahun: Jun 2024
Penulis: Teme Abdullah
Bil ms: 495 paperback

Sinopsis belakang buku:

“Do you really think you can run from us, Sofea?”


Sofea, seorang pekerja yang berdedikasi dan bijak, bercita-cita ingin berjaya di syarikat RICE dengan hasil usaha sendiri. Dia menyangka kehidupannya akan menjadi normal sepertimana orang lain.

Namun, pertemuan dengan Danny - seorang atlet tinju tersohor - mengingatkan Sofea kepada sesuatu yang sudah lama dilupakan. Sebuah organisasi misteri yang telah membantunya berjaya — tetapi dengan harga yang mahal.

Semenjak itu, perjalanan hidup Sofea mula teruji apabila seorang lelaki daripada organisasi misteri tersebut tiba-tiba muncul dan menuntut janji lama Sofea.

“You’ve sold your useless soul. We bought it. Now, it’s time for us to claim what’s ours.”

Sofea mula dihantui mimpi ngeri. Jika dia tidak menurut apa yang diminta, nyawa diri dan orang kesayangannya akan berada dalam bahaya.

“Tugas anda sangat mudah, Sofea. Patuh!”

Dalam keterdesakan, Sofea hanya ada dua pilihan – turuti permintaan mereka agar orang sekelilingnya selamat, atau ingkar lalu menerima padah. Mampukah dia membuat pilihan yang tepat?


Resensiku:

Fast pace, plot twist, office bully, mental health awareness.

Cukup rencah cukup rasa, ingatkan kisah ni tentang family breakdown, rupa2nya lebih dari itu.
Mengenai Sofea yang selalu rasa diri dia tak cukup pandai, tak cukup keyakinan diri, tiba2 ada suara yang menawarkan sesuatu yang dia nak, iaitu keyakinan diri dan kebijaksanaan.... 
Mula lah episod dia berjaya di univ, berjaya mendapat tempat kerja yang terbaik, tetapi tak semestinya tempat kerja yang terbaik itu baik untuk dia, sebaliknya dia dibuli oleh bossnya sendiri. Jadi suara itu menawarkan lagi pertolongan......

Teme kali ini berjaya membawa ku dalam sudut pandangannya dan ada juga sedikit episod tentang kuasa besar yang cuba mengawal manusia, fiksyen.....

Rating saya: 4****/5 bintang

No comments: