Pencinta Novel

August 10, 2025

Pokok Hajat - Khairul Nizam Khairani

 

Penulis: Khairul Nizam Khairani
Tahun Terbit: Sept 2024
Penerbit: PenerbitX
Bil ms: 144 paperback

Sinopsis belakang buku:

“Ia seperti mengupah seorang pembunuh upahan. Walaupun pengupahnya telah mati, pembunuh upahan tetap menjalankan tugasnya kerana dia sudah menerima wang upahnya,” ujar Norman.

Alara menerima tugasan menyiasat beberapa kes kematian yang pelik. Mangsa-mangsanya mati disebabkan anak pokok tumbuh dari dalam tubuh mereka. Di setiap lokasi kejadian ditemui sebiji buah seperti buah sukun dengan lekukan-lekukan aneh pada permukaan buah tersebut. Situasi bertambah genting apabila kematian yang sama berulang pada ahli keluarga mangsa yang sama.


Dalam pada itu Emmad membantu Sarjan Albin mengesan kehilangan sepuluh orang anak yatim. Emmad merasakan kehilangan kumpulan anak yatim itu ada kaitan dengan kejadian keracunan sianida ke atas sepuluh orang anak yatim dalam satu majlis keraian anjuran Datuk Umar beberapa bulan yang lalu.


Kedua-dua kes mula terkait apabila Alara mendapati beberapa orang ahli keluarga mangsa kes pembunuhan pokok ajaib mempunyai urusan perniagaan dengan Norman, menantu kepada Datuk Umar dan urusan perniagaan itu tidak berakhir dengan baik. Emmad yakin kematian demi kematian yang berlaku adalah pembunuhan yang disasarkan pada mangsa-mangsa tertentu dan berlandaskan dendam.

Kini Alara, Emmad dan Sarjan Albin harus mencari jalan bagaimana untuk menghalang kematian-kematian kes pokok ajaib daripada terus berlaku.

Resensiku:

Mixed kisah misteri, penyiasatan dan mistik. Sangat detail dan mengerikan. Kisah bagaimana satu pokok misteri di sebuah bangunan, dan bagaimana misteri mayat2 termasuk kanak2 bila di autopsi, maka yang dijumpai adalah satu tumbuh2an menjalar dari perut mangsa2.

Dimensi paranormal, adalah siri detektif dan autopsi dan ada 7 buah buku masing2 mengenai bagaima Emmad dan Alara mencari bukti untuk penyiasatan.

No comments: