“Saya sebenarnya nak offer awak untuk bekerja di Laman Cinta.” – Haris
“Ini bukan work scam, kan?” – Bunga
Laman Cinta, sebuah rumah orang-orang tua elit telah mempertemukan Bunga Elisa, yang meletakkan jiwanya dalam masakan, dengan Haris Hayyan, arkitek yang telah membina dan mengasaskan Laman Cinta.
“Saya cari orang yang boleh memasak dengan ikhlas daripada hati.
Seseorang yang seperti awak, Bunga.” – Haris
Bunga bukan hanya pengurus di Laman Cinta, tetapi dia dapat menelusuri cerita para penghuni di situ menerusi rasa. Dalam dapur yang tenang itu, setiap hidangan yang disediakan membuka pintu kepada cerita lalu yang tersimpan kemas. Ruang yang sarat dengan memori itu telah membawa Bunga menyelami kisah cinta, kehilangan dan harapan yang tidak pernah mati.
Kadang-kadang, cerita kita tidak disampaikan dengan kata-kata. Ia dirasai… dan dirasai semula, melalui sesuatu yang lebih halus.
Kerana setiap kita punya cerita kita yang tersendiri.
Resensiku:
Lain dari yang lain. Dalam satu novel ada beberapa kisah silam dan menyentuh hati dipaparkan di setiap bab. Bermula dengan Bunga yang tegas dengan pendiriannya, meletak jawatan sebagai chef di restoran terkenal, kebetulan pula Haris sedang mencari chef untuk mengganti chef di Rumah orang2 tua yang dikendalikannya, dia terus melamar Bunga untuk menjadi chef, jadi Bunga tak sempat mengganggur.
Setiap bab mempunyai resepi tersendiri khas untuk penghuni2 rumah jagaan itu, dan kebanyakkannya akan membawa kita kembali ke zaman silam apabila resepi yang dimasak oleh Bunga diceritakan dengan jelas. (Kalau tengah lapar baca makin lapar la jawabnya).
Sweetnya perjalanan kisah mereka dalam novel ini, dan menghasilkan kelainan yang tersendiri.
Ku berikan 4 bintang sebab enjoyable (****4/5)
No comments:
Post a Comment