Pencinta Novel

Showing posts with label #barasangpengarang. Show all posts
Showing posts with label #barasangpengarang. Show all posts

August 6, 2025

Bara Sang Pengarang - Osman Deen


Penerbit : K-lit Karangkraf
Tahun Terbitan: April 2025
Bil ms: 340 paperback

Sinopsis belakang buku:

Apabila terlalu cuak, marah atau dikuasai emosi kuat, Bayu Biruni akan terbakar. Disebabkan itu, dia mengasingkan diri daripada masyarakat dan memilih menjadi novelis yang suam-suam kuku.

Namun, segalanya berubah apabila penulis legenda, S. Rajawali, meninggalkan wasiat yang menggegarkan industri penerbitan. Bayu diamanahkan untuk menyambung siri ceritanya.

Dalam wasiat itu juga dinyatakan, mana-mana penerbit yang berjaya menandatangani kontrak bersama Bayu, akan mendapat semua hak cipta karya Rajawali, khazanah penerbitan yang sentiasa menjadi rebutan.

Lalu Bayu diburu oleh sekalian penerbit di Malaysia. Waja, anak Rajawali sendiri tidak berpuas hati. Kewujudan sekumpulan insan misteri pula menimbulkan tanda tanya.

Hidup Bayu yang dulu tenang, kini haru-biru.

Perlukah bara legasi ini dinyalakan?

Resensiku:

Bayu Biruni, nama diberi, seorang penulis introvert yang tidak mahu populariti, hidupnya tenang2 sahaja hinggalah seorang penulis tersohor S. Rajawali meninggalkan wasiat untuk dia menyambung siri novel hasil tangan S. Rajawali. (sudahlah Bayu Biruni ini mempunyai kelebihan yang tidak semua orang tahu - kebolehan yang merbahaya - menghasilkan api dari jari jemarinya)

Lalu kisah silam nya mula tersingkap apabila si Waja membuat onar dengan sengaja mengejar Bayu demi kepuasan hati sendiri. 

Kisah ini kisah cereka tentang kemelut penulisan dan dibelakangnya.

Rating saya: 4****/5 bintang (mencari novel2 lain hasil osman deen)