Pencinta Novel

Showing posts with label #novelprolog. Show all posts
Showing posts with label #novelprolog. Show all posts

January 5, 2025

Bulan Tak Lagi Sama by Ema Deesyiaqis

 

Tajuk: Bulan Tak Lagi Sama
Penulis: Ema Deesyiaqis
Penerbit: Prolog Media
Tahun: 2024
Bil ms: 448 paperback

Sinopsis belakang buku:

KEHILANGAN Aluna secara tiba-tiba dan tanpa sebarang petunjuk membingungkan kawan-kawannya. Terdesak untuk mencari jawapan, Sean, Amrin, Burn, dan Tasnim pergi ke Kampung Damai untuk memaklumkan kepada keluarganya, berharap mereka menemukan petunjuk tentang kehilangannya.


Namun, pertemuan mereka dengan Alis—kembar Aluna—hanya menambah persoalan yang belum terjawab. Dengan penuh tekad, mereka mengikut Alis ke Pulau Dingin untuk menjejaki Aluna, tempat yang dikenali sebagai Pulau Puaka, di mana desas-desus gelap dan rahsia tersembunyi di sana. Tetapi perjalanan itu tidak seperti yang mereka jangka, dan pulau tersebut segera berubah menjadi perangkap. Mereka kini terpaksa bertempur dan bertahan dari makhluk-makhluk aneh yang menghuni pulau tersebut, setiap langkah mereka membawa lebih banyak misteri dan bahaya.

Mampukah mereka menyelamatkan Aluna dan keluar dari Pulau Puaka dengan selamat? Atau adakah mereka akan menjadi mangsa seterusnya di pulau itu, di mana sebelum ini tiada seorang pun yang pernah pulang dengan selamat? Rahsia apa yang sebenarnya tersembunyi di pulau yang penuh misteri ini?

Resensiku:

Kisah bermula dengan Aluna yang bekerja sebagai seorang pemcari rumah untuk syarikatnya. Rumah busuk untuk diberi nafas baru dan dijual semula.
Dalam perjalanan balik ke pejabat, Aluna terpandang sebuah rumah yang agak usang. Mereka cuba mencari tuan rumahnya dan didapati bahawa tuan rumah memang hendak menjual rumah tersebut dengan harga di bawah pasaran. Selepas selesai jual beli, Aluna dan pasukan pergi ke rumah tersebut untuk kerja2 pembersihan. Dia tertarik dengan sebuah lukisan dan mengambilnya, namun Sean pula merampas lukisan tersebut, maka berlakulah perebutan, akhirnya mereka bersetuju untuk menggantung sahaja lukisan di pejabat mereka.

Ketika kerja2 paperwork, Aluna mengambil kopi dan duduk memerhati lukisan tersebut, secara tiba2 dia tersedar dan berada di dalam lukisan tersebut sambil masih memegang kopinya.

Seorang lelaki melintasinya, dan sangat peliknya lelaki tersebut memakai baju fesyen orang dahulu kala....

Seterusnya, kisahnya menarik, recommended untuk bacaan misteri

Rating saya: **** (4/5)

 

November 23, 2024

La Rosa Apartment by Zura Anwar

 


Tajuk: La Rosa Apartment
Penulis: Zura Anwar
Penerbit: Prolog
Tahun Terbitan: 2024
Bil ms: 416 paperback

Sinopsis belakang buku:

“Ini bukan setakat nak mengapa-apakan saya, Kayla. Someone wants to murder me.”

Kayla, seorang gadis moden, spoiled dan baru putus cinta dengan kekasihnya, datang daripada Kuala Lumpur ke pinggir bandar di Sabah untuk membantu bapa saudaranya, Encik Saif, menguruskan kedai buku The Lost Chapter. Dia sengaja dihantar oleh bapanya, Dato Karim kerana mahu Kayla belajar berdikari. Kayla tinggal di La Rosa Apartment, sebuah apartment yang bakal mengubah hidupnya.

Satu kematian telah berlaku. Kayla pasti, ia adalah pembunuhan dan suspeknya merupakan salah seorang daripada penghuni La Rosa Apartment.

Semua yang tinggal di sana aneh!

Puan Inas, Encik Omar, Puan Laila, Hail, Lufti dan Encik Baha. Mereka semua aneh kecuali Jabir, jejaka kacak dan paling normal di antara mereka. Jabir mempunyai alibi yang kukuh lalu Kayla mengeluarkan lelaki itu daripada senarai suspek. Mereka membentuk kumpulan siasatan amatur.

Siapa yang membunuh Puan Akira? Dapatkah Kayla hidup berdikari di La Rosa Apartment?

Resensiku:

Kisah Kayla anak orang berada yang dihantar ke Beaufort, Sabah untuk berdikari oleh ayahnya. Dia tinggal di sebuah apartment La Rosa dan di situ dia berkenalan dengan jiran-jiran yang sangat misteri (misteri sebab berlaku pembunuhan di situ).

Adegan demi adegan yang sangat saspen bila Kayla mula siasat siapa yang membunuh jirannya. (padahal polis dah siasat disebabkan oleh kemalangan).

Rating saya: **** (4/5 bintang) - kisah penyiasatan yang agak kelakar tapi laju. Siap berteka teki lagi siapa yang buat.