Pencinta Novel

October 1, 2025

Ivy by akyelrahim

 


Penerbit: Naratifland
Tahun: April 2025
Bil ms: 493 paperback

Sinopsis belakang buku:


Insan yang sama, berikan Ivy dua pengalaman berbeza.

Dengan Adha, Ivy pernah mengecap bahagia. Dengan Adha juga, Ivy pernah jatuh ke jurang derita. Apabila cinta tak lagi sama, dan yang tinggal hanyalah luka yang tak terubat.

"Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku!" - Adha.

Empat tahun berlalu, kebencian menjadi tembok yang memisahkan mereka. Tiada pilihan selain melukai, meski hati sendiri hancur berkali-kali. Namun, saat takdir mempertemukan semula dan rahsia demi rahsia mula terbongkar.

"Ivy, I minta maaf." - Adha.
"Mati hidup semula pun, I takkan buatlah!" - Ivy.

Mungkin Adha lupa... Sekali Ivy benci, selamanya dia benci. Tapi benarkah hati Ivy sekeras itu?

Ikuti kisah suka duka mereka dalam, Ivy.

"Perfect view, with a perfect person, will make a perfect moment."

Resensi saya:

Ya, novel ni sangat menarik, dia macam rollercoaster, sekejap tenang, sekejap saspen kemudian dia klimaks dan dum jatuh ke bawah.
Sweet romance tapi ada pengajaran di akhir cerita.

Rating saya: 5/5 bintang!!!


Heliophile by Akyelrahim

 


Penerbit: Naratif Land
Tahun terbitan: 2022
Bil ms: 365 paperback

Sinopsis belakang buku:

BEKU, ITU SIFATNYA.

Nama dia Aarif Ahsan, tapi mereka panggil dia Sun, matahari.

Dan satu-satunya yang boleh berada di sisinya adalah cahaya yang menjadi haba mencairkan hati sedingin ais.

THE SUNSHINE.

She is the one, the Sun's Sunshine.

"I HATE DARKNESS"
"Then, let me be your light"

Resensi saya:

Kisah dari zaman persekolahan kisah seorang junior yang flop bab math dan sentiasa meniru kawannya, akhirnya dia terpaksa belajar math dengan senior 2 tahun, yang beku tapi kacak. 
Aarif Ahsan seorang pemenang dalam game catur, nerd dan sentiasa mendapat piala untuk pelbagai acara tahunan sukan atau pun akademik, manakala Nur pula hanya akademik sahaja dia power, tapi bab math hancuss... makanya cikgu mengambil inisatif untuk meletakkan Nur di bilik guru, lalu Sun datang untuk mengajarnya one to one math.
Maka bermula lah episod suka sama suka, tapi akhirnya terpisah jauh demi mengejar cita2, Nur tercampak ke Kanada, manakala Sun teruskan menjadi pensyarah setelah tamat UM. 
Akhirnya mereka bertemu semula.. dan...

Rating saya: **** (4/5)

Terusir by Hamka

 


Penulis: HAMKA
Penerbit: JT publishing (novel asal dari indonesia 
-diterbitkan semula oleh JT)
Tahun: 2025
Bil ms: 120 paperback

Sinopsis belakang buku:

“TERUSIR”

“Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis.” (Hamka)

Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumahtangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya Sofyan yang masih kecil. Langit tidak selalu cerah. Mariah dianiayai oleh suami keduanya dan akhirnya hidup melarat sehingga terpaksa menjadi pelacur.

Membaca Terusir membuatkan kita merasai, tidak perlu menjadi perempuan untuk memahami jiwa dan kesulitan penghidupan perempuan yang hidupnya sendiri. Jadi saja manusia yang punya rasa kemanusiaan.

Ini bukan kisah antilelaki, ini sebuah cerita yang akan buat anda lebih menghargai semua wanita dalam hidup anda. Seperti ibu, isteri dan saudara.

Ini novel air mata oleh HAMKA.


Resensi saya:

Kisah seorang wanita yang melalui liku2 kehidupan yang sangat memeritkan.
Bermula kisahnya yang difitnah dan diceraikan suami, diusir keluar dari rumah sehelai sepinggang, sekali lagi bila menumpang dirumah bapa saudaranya, dia difitnah pula oleh makciknya, demi meneruskan kelansungan hidup tanpa pegangan agama yang kukuh dia terhumban ke dasar pelacuran.

Zaman berlalu dan dimenua di dalam jurang yang kotor, akhirnya ingin bertaubat dan keluar dari situ dengan nama samaran yang dipakai dia menjejaki anaknya yang berjaya menjadi seorang peguam.

Kebetulan semasa dia mengintip anaknya, dia bertemu pula musuh anaknya, dia membunuh musuh itu dan menyerahkan dirinya pada pihak berkuasa, lalu dia dibela atas dasar kasihan, oleh anaknya sendiri, tanpa anaknya mengetahui identiti ibunya tersebut..... akhirnya .... kesemuanya mati...kecuali anaknya


September 13, 2025

Memori Adelia - Awa Lailani

 


Penerbit: Manewordwork
Tahun Terbit: May 2025
Bil ms: 397 paperback

Sinopsis belakang buku:

Dalam diam, masa lalu kembali menuntut... dan darah sekali lagi menjadi saksi.

Diana Adelia hidup seperti watak misteri dalam sebuah novel. Kisahnya penuh rahsia dan untuk memahami siapa dirinya, dia harus menyingkap helaian-helaian sejarah silam yang suram. Namun, sebagai seorang pegawai polis, dia memilih untuk menutup luka lama.

Sehinggalah satu kes pembunuhan bersiri mula membongkar semula trauma yang disangka telah terkubur. Setiap mangsa ada kesan kelaran di leher. Setiap petunjuk yang ditemui mengheret Diana lebih jauh daripada ketenangan.

Rakan sekerjanya, Na’il berusaha melindunginya. Ryan, si wartawan pula datang menagih perhatiannya ketika dia terperangkap dalam kekeliruan.

“Jangan ambil kesempatan untuk keluar rumah tanpa berteman lagi-lagi dengan Ryan!” – Na’il

“Kenapa tak boleh?” – Diana

“Sebab tak bolehlah!” – Na’il

“Tapi kenapa?” – Diana

“Sebab kau penting bagi aku....” – Na’il

Siapakah pembunuh sebenar yang digelar The Crucifixion Killer itu?

Apa kaitan setiap kes pembunuhan dengan Diana?

Mampukah Diana bertahan apabila segala rahsia mula terbongkar?


***

Penulis berjaya menyatukan kisah jenayah, misteri dan cinta dalam sebuah naskhah yang mendebarkan. Penuh teka-teki dan rahsia yang tak dijangka. – Kamalia Ramlan, Editor

Resensi saya:

Sekali dah start baca, memang tak boleh letak dah sehingga ke garisan penamat. Kisah rollercoaster, macam detektif conan pun ada mcm csi pun ada, gabung dengan sikit romance (little) and a psycho killer.
Tak de apa nak review sebab nanti jadi spoiler pulak, sebab cerita nya best, tak rugi baca.

September 5, 2025

My King - Anna Lee

 

Penulis: Anna Lee
Penerbit: Prolog
Tahun Terbit: May 2025
Bil ms: 503

Sinopsis belakang buku:
Putera Mahkota Naqeem — dingin, misteri, dan terikat janji perkahwinan demi negara.

Liora — gadis biasa, yang tidak menyangka satu renungan mampu mengubah seluruh hidupnya.

Saat pemberontakan lama bangkit, takhta mula goyah, dan rahsia berdarah terbongkar, mereka berdua terperangkap dalam dunia di mana cinta bukan jawapan … kebenaran boleh membawa maut.

Antara cinta yang tidak sepatutnya tumbuh, dan takdir yang mustahil dielak ….

Siapa yang akan dipilih?

Hati … atau negara?

Resensiku:
Novel ni part 1 ye, belum habis huhhuhu....
dengan tension peaking, tuptup bersambung!
Walaupun bersambung, i enjoyed reading sebab dia mcm vibe2 cinderella dan prince charming, and the prince is so green ye! love it,

Mimpi dan Bintang - Nur Haura

 


Penulis: Nur Haura
Penerbit: Inkloaf Publication
Tahun Terbitan: May 2025
Bil ms: 329 paperback

Sinopsis belakang buku:
Bagaimana jika watak yang dicipta jatuh hati kepadamu? Bagaimana jika dia tidak tahu siapa dirinya? Dan bagaimana jika kebenaran menghancurkan segala-galanya?

Ivan Achilles, antagonis dalam Candra dan Kasih, merentas ke dunia realiti dan hatinya terikat dengan Asteria—tanpa mengetahui dia hanyalah seorang watak dalam novel. Apa yang akan terjadi apabila dia mengetahui kebenaran?

Kecewa, Ivan menghilang, meninggalkan Asteria dengan luka yang tidak terubat. Lima tahun berlalu, mereka bertemu semula—tetapi adakah ini satu keajaiban atau satu kesilapan? Mengapa hidup Ivan seolah-olah dikawal oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat?

Dapatkah mereka menulis semula takdir, atau perasaan mereka hanya permainan pena yang akhirnya akan terpadam-lupus?

Resensiku:

Buku ni awal2 dah pov1 dan pov1 sangat susah ye... susah utk kami baca dan menyelami dan susah juga untuk writer menulis(maybe).

Novel ni boleh kita bahagi pada 5 bahagian, 1 prolog, 3 cerita, 1 epilog.

3 cerita tu semua pov1 tu kisah asteria penulis yg bercinta dengan watak antagonis yg handsome tu(ivan archillis) - handsome, kaya, dan punyai segalanya kecuali rasa cinta je dia tak de. so dalam kisah novel yang asteria tulis tu dia buat la ivan ni penagih cinta pada si juwita, tapi kisah juwita dan qash dalam ni sikit je lah sebab ni kan kisah asteria.

rasa pusing2 lepas masuk ke cerita ke 2, sebab pov1 tadi bertukar ke ivan pulak,
kemudian cerita ke 3, kisah mereka berdua dalam timeline yang sama.

epilog akhirnya baru lah faham keseluruhan cerita. agak mencabar ya otak nak link kan semua2.

overall cerita ni boleh kata agak berat untuk saya.

Rating saya: 3***/5 bintang

August 25, 2025

Matahari Pun Terluka - Ainul Farihah


Tajuk: Matahari pun terluka
Penulis: Ainu Farihah
Penerbit: Jiwa
Tahun Terbitan: May 2025
Bil ms: 

Sinopsis belakang buku:

"Kalau sedih kena buat apa, Kirana?"

"Menangis."

"Kalau sedih, kalau marah, jangan buat apa?"

"Jangan sakiti diri sendiri."

"Dah, menangis. Lepaskan rasa sakit dekat dalam dada tu, itu gunanya Tuhan cipta air mata. Air mata jadi wakil pada perasaan, baik waktu kita gembira atau waktu kita sedih. Kita sahaja tahu apa-apa yang kita rasa."

Lantas air mata terasa tidak adil. Kenapa manusia ini tidak menggunakannya sebagaimana tujuannya diciptakan?

Kirana terus menangis teresak-esak hingga terasa lega.

Resensiku:
smooth je jalan cerita dia, tetapi ending dia, why?????

Kisah pergelutan emosi seorang pejuang MDD- Kirana, tiba2 dia dituduh pula mencederakan seorang lelaki tua jirannya yang semua jiran2 tak suka sebab lelaki tua Pak osman ni ada anger issues.
turun naik mahkamah dengan ofismate nya Adam Erfan dan Kak Sara.

Banyak kemelut yang dipaparkan dalam novel ni, kisah kekeluargaan, dendam dan keganasan rumah tangga

Ratingku beri: 5/5***** (sebab jalan cerita menarik, mengupas isu mental health, cuma kesudahannya? - mcm nak ada siri ke dua je?)



 

May Terpasung di lorong waktu - Rozanna

 

Tajuk: May
Penulis: Rozanna
Penerbit: Jiwa
Tahun terbitan: Januari 2023
Bil ms: 383ms paperback

Sinopsis belakang buku:

ika kita boleh kembali ke masa lalu, mengubah hal-hal dahulu, membaiki kesilapan yang telah berlaku, lantas untuk apa kita risau akan masa hadapan?

Bujang - berjuang untuk memiliki cinta hati tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekeliling, namun tewas mengatasi perasaan dilemanya dan menjadikan dia seorang pengecut.

Adli - begitulah hal-hal yang selalu mengganggu dirinya – menjadikan dia seorang perindu akan masa lalu dan dibelenggu seribu penyesalan.

Namun, kehadiran “jam” yang misteri telah mengubah segala-galanya.



May - Terpasung di Lorong Waktu merupakan sebuah novel time travel – melompat dari tahun 2019 ke tahun penuh tragedi, 1969. Novel sulung penulis ini dikarang beliau pada tahun 2006 ketika berusia 15 tahun.

Resensiku:

Wow.... serasa membaca twilight zone, kudos to rozanna!. Saya puas baca buku ni, menyeronokkan membawa saya kembali ke zaman 60an dan kembali semula ke zaman 2019. 

Kisah Bujang semasa muda yang mula berkenalan dengan May (anak cina baba dari Melaka), kemudian Bujang yang di zaman 2019 mendapat jam dari Robert, di mana jam itu lah yang membawa kembali ke zaman 60an tersebut, tapi ada 5 peluang sahaja.

Pelbagai peristiwa berlaku dan sangat saspen, bila mana May hampir 2 kali terkorban. Fuhhh....

Rating saya: 5/5 bintang! bahasa puitis, tersusun, plot twist, suspens dan dapat menyelami suku2 negeri sembilan (ada ilmu disitu)


August 11, 2025

Hiraeth - Rozanna

 


Penulis: Rozanna
Penerbit: Jiwa
Tahun Terbitan: Jan 2024
Bil ms: 379 paperback

Sinopsis belakang buku:

Yang membataskan langkahmu hanyalah ketakutan seorang dewasa!

Zahra — terpaksa menangguhkan semester PhD-nya dengan sejuta cerita terpendam. Dia memilih alam muzik tanpa mendedahkan punca sebenar: kanser glioblastoma, rahsia tersembunyi di sebalik senyuman pahit yang tergarit.

Fared, pelarian Syria, membawa luka-luka yang merintis kisah kehilangan keluarga. Tragis, sarat dengan duka yang tidak pernah berkesudahan.

Pertemuan mereka di Jerman bukan sekadar kebetulan, tetapi membawa harapan baru yang mengubah rentetan hidup mereka.

Ini bukan kisah semata-mata tentang mengejar impian. Namun kisah perjuangan menakluk impian dalam sisa-sisa waktu yang tertinggal.

Persoalannya, adakah akan kesampaian?

Resensiku:

Gaya penulisan yang teliti dan kisah yang menyayat hati. Itu aje nak disimpulkan.. Sebenarnya jalan ceritanya sangat menarik, kisah Zahra yang berjuang dengan penyakitnya dan bertembung pula dengan Fared yang mempunyai kisah duka yang tidak terperi sakitnya.

Rating saya: 4/5 bintang sebab saya agak terganggu dengan bahasa asing....

Kerana Dendam - D. Dahlia

 


Penulis: D.Dahlia
Penerbit: Prolog
Tahun Terbitan: May 2025
Bil ms: 941ms paperback (cetakan 1)

Sinopsis belakang buku;
“So, get ready to live in ruins once I get back.” – Adam Hirdy.

Kerana marah dan dendam, Adam meninggalkan Azalea seusai akad nikah mereka.

Tiga tahun dia menghilangkan diri tanpa khabar berita.

“Belum sempat awak hancurkan saya, saya dah pun hancur, Adam. Saat awak pergi tinggalkan saya masa hari pertama saya jadi isteri awak, saat itu juga hidup saya terus hitam ... sehitamnya. Saya dah tak nampak lagi ada warna putih dalam hidup saya.” – Azalea.

Selama tiga tahun itu jugalah Azalea menunggu kepulangan Adam. Bukan untuk kembali ke pangkuannya, tetapi inginkan kebebasan selepas Adam menghancurkan hidupnya sepertimana yang diucapkan.

Dan … Adam kembali semula selepas tiga tahun bersama rancangannya untuk membalas dendam terhadap Azalea. Tetapi belum sempat rancangan dilaksanakan, petunjuk demi petunjuk datang kepadanya dan membawa dia kepada satu per satu rahsia yang secara tidak langsung melibatkan Azalea.

Apakah rahsia tersebut?

Apakah kaitannya dengan Azalea?

Serta, adakah Adam meneruskan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Azalea atau dendam itu terkubur begitu sahaja?

Resensiku:

Novel paling tebal untuk tahun ini, 941ms. Tapi ku membacanya tanpa skip2 kerana terlalu detail dan ingin mengetahui kenapa, apa dan siapa. Penulis berjaya membawaku ke dalam penceritaaannya, permulaan cerita yang membuatkan kita tertanya2, sampai ke separuh baru sedikit2 mula terjawab, dan akhirnya berjaya mencapai ke mukasurat terakhir.

Perasaanku sangat geram ya dengan watak utama cerita ini iaitu Azalea, dia sangat2 degil, sangat2 tidak faham atau tidak pedulikan orang lain, dia hanya mementingkan diri sendiri dan membahayakan semua orang disekitarnya, ini semua disebabkan oleh PTSD dan anxiety setelah dia melalui episod paling mengerikan dalam hidupnya, belum cukup dia dibesarkan dalam penderaan dan penganiayaan bapa dan bapa tirinya, hingga membawa ke perkahwinan dengan Adam. (bermulalah episod sebenar kisah novel ini).

Rating saya: ***** 5/5 bintang (recommended dan pls be aware dengan PTSD syndrome)
\



August 10, 2025

Mayat Pintal -Khairul Nizam Khairani

 


Penulis: Khairul Nizam Khairani
Penerbit: penerbitx
Tahun Terbit: Sept 2024
Bil ms: 144 paperback

Sinosis belakang buku:
“Aku kena halau raja syaitan tu dari terus mendampingi adik kau. Aku tak mahu kandungan kau atau kau sendiri hilang nyawa disebabkan raja syaitan tu!” tegas Mak Kaletum.

* * * * *

Penemuan mayat yang pelik, yang berada dalam keadaan berpintal, menggemparkan kawasan perumahan mewah Seri Tanjung Garden. Alara, pegawai polis muda yang baru dilantik sebagai detektif diberi tugasan menyiasat kes aneh itu. Namun, dia terpaksa bekerjasama dengan Emmad, seorang pakar runding jenayah. Walaupun kurang senang dengan perangai Emmad yang gharib, namun Alara melaksanakan juga tugasnya. Siasatan mereka membawa kepada Amira, anak Datuk Umar, salah seorang penduduk di kawasan perumahan mewah itu.

Amira punya cerita tersendiri. Setelah tiga tahun dalam keadaan koma, ahli keluarga Amira terpaksa mematikan mesin sokongan hayatnya setelah otaknya disahkan telah mati. Namun tidak lama selepas doktor mengesahkan kematiannya, Amira didapati hidup kembali. Perkara itu disambut gembira oleh ayah dan ibunya namun dicurigai kakaknya, Aliza.

Kecurigaan Aliza semakin menebal apabila dia mula diganggu makhluk menakutkan sejak ‘kepulangan’ adiknya. Malah, keadaan semakin meruncing bagi Aliza apabila makhluk itu mahu mencuri kandungannya. Aliza yakin Amira ada kaitan dengan makhluk itu.

Adakah Alara dan Emmad berjaya menyelesaikan kes mayat berpintal itu dan dapatkah Aliza menyelamatkan kandungannya? Benarkah yang berada dalam jasad Amira adalah Raja Syaitan?

Resensiku:

Kisah Emmad detektif yang bersama dengan Alara merungkai misteri mayat yang dijumpai dipintal seperti diperah bagai kain basah selepas basuhan. Pelbagai perkara berlaku diluar dugaaan mereka dan banyak plot twist yang menyebabkan kita enjoy baca.

Rating saya: 4/5**** bintang 



Pokok Hajat - Khairul Nizam Khairani

 

Penulis: Khairul Nizam Khairani
Tahun Terbit: Sept 2024
Penerbit: PenerbitX
Bil ms: 144 paperback

Sinopsis belakang buku:

“Ia seperti mengupah seorang pembunuh upahan. Walaupun pengupahnya telah mati, pembunuh upahan tetap menjalankan tugasnya kerana dia sudah menerima wang upahnya,” ujar Norman.

Alara menerima tugasan menyiasat beberapa kes kematian yang pelik. Mangsa-mangsanya mati disebabkan anak pokok tumbuh dari dalam tubuh mereka. Di setiap lokasi kejadian ditemui sebiji buah seperti buah sukun dengan lekukan-lekukan aneh pada permukaan buah tersebut. Situasi bertambah genting apabila kematian yang sama berulang pada ahli keluarga mangsa yang sama.


Dalam pada itu Emmad membantu Sarjan Albin mengesan kehilangan sepuluh orang anak yatim. Emmad merasakan kehilangan kumpulan anak yatim itu ada kaitan dengan kejadian keracunan sianida ke atas sepuluh orang anak yatim dalam satu majlis keraian anjuran Datuk Umar beberapa bulan yang lalu.


Kedua-dua kes mula terkait apabila Alara mendapati beberapa orang ahli keluarga mangsa kes pembunuhan pokok ajaib mempunyai urusan perniagaan dengan Norman, menantu kepada Datuk Umar dan urusan perniagaan itu tidak berakhir dengan baik. Emmad yakin kematian demi kematian yang berlaku adalah pembunuhan yang disasarkan pada mangsa-mangsa tertentu dan berlandaskan dendam.

Kini Alara, Emmad dan Sarjan Albin harus mencari jalan bagaimana untuk menghalang kematian-kematian kes pokok ajaib daripada terus berlaku.

Resensiku:

Mixed kisah misteri, penyiasatan dan mistik. Sangat detail dan mengerikan. Kisah bagaimana satu pokok misteri di sebuah bangunan, dan bagaimana misteri mayat2 termasuk kanak2 bila di autopsi, maka yang dijumpai adalah satu tumbuh2an menjalar dari perut mangsa2.

Dimensi paranormal, adalah siri detektif dan autopsi dan ada 7 buah buku masing2 mengenai bagaima Emmad dan Alara mencari bukti untuk penyiasatan.

August 9, 2025

Bunian Jangan Berani Tegur - Zaifu Zaman Ahmad, Saidee Noor Azam, Azmeer Shah

 

Penerbit: Novel Romanz
Tahun Terbitan: May 2025
Bil ms: 511 paperback

Sinopsis belakang buku:

SAKSI - ZAIFU ZAMAN

Darlina dan teman-temannya yang menyewa sebuah rumah kampung kerap memgalami kejadian pelik dan menakutkan. Usaha untuk berpindah juga menemui jalan buntu kerana tiada rumah kosong lain. Suri yang dikenali oleh Darlina mula mengatakan yang semua kejadian itu ada kaitannya dengan Bakar dan kehilangan Delima.

Mampukah Darlina membongkar cerita yang sebenarnya? Bagaimana pula Suri tahu akan kehilangan Delima dan niat buruk Bakar?

“Kenapa dengan Pak Bakar?” - DARLINA

“Dia tak macam apa yang akak sangkakan.” – SURI



CINTA SANG PUTERI - SAIDEE N AZAM

“Bunian ada yang tidak beragama, ada yang memeluk agama Islam. Ada bunian jin ada bunian dari keturunan anak Nabi Adam seperti kita juga. Waktu alam bunian berbeza. Ada kaum itu alamnya bergerak perlahan, amat perlahan. Di dunia nyata sudah sebulan berlalu, tetapi di alamnya baru tiga hari.”



KELIBAT- AZMEER SHAH

Penemuan mayat di Gunung Jerai mengheret Detektif Khairrudin menyelami kes kehilangan mangsa yang telah hilang 5 tahun lepas ketika mendaki gunung itu. Hasil siasatannya membawa dia bertemu Aziz, anggota polis yang bertanggungjawab mengendalikan kes kehilangan Iskandar dahulu sebelum kes itu ditutup. Dari situ, Aziz menceritakan semuanya. Apa yang berlaku pada Iskandar? Bagaimana mangsa boleh hilang dan ditemui semula selepas 5 tahun? Adakah Iskandar secara tidak sengaja termasuk ke dalam bunian?


Resensiku:

Ada 3 kisah yang berbeza, tidak bersambung, tetapi mengenai isu yang sama, iaitu bunian.
Plot twist yang saspens, berdasarkan kisah benar hasil penceritaan dan pengalaman orang yang pernah mengalaminya.

Rating saya: 5/5***** bintang sebab dapat rasa plot twist dan membaca pengalaman orang.

Bidan Siam - Noorfadzillah

 

Penerbit: Karangkraf Buku Prima
Tahun Terbit: Cetakan ke 3 2025
Bil ms: 496ms paperback
Penulis: Noorfadzillah

Sinopsis belakang buku:

Nai Uteh atau Nek Uteh telah menerima tawaran ilmu perbidanan daripada Tok Phrak Nyai ekoran kemelut rumah tangganya. Seisi keluarga cukup tahu perbidanan yang dijalankannya berlandaskan amalan syaitan. Setelah usianya kian menginjak, Nek Uteh terdesak mencari pewaris ilmu perbidanan dan anak belaannya. Dia cuba bermacam cara memujuk menantu dan cucu perempuannya, namun tidak berhasil.

Nuwairah, jururawat hospital swasta mengalami gangguan sejak pertunangannya dengan Haziq. Rupa-rupanya Haziq adalah cucu kepada Nek Uteh. Tiada siapa yang tahu muslihat jahat Nek Uteh ke atas Nuwairah. Di sebalik kejahatan itu, ada mata ghaib lain pula sedang menghuru-harakan kehidupan Nek Uteh dan keturunannya. Di antara Nuwairah dan Haziq, muncul Yusuf Imran mengubati sakit misteri itu. Disebabkan pertemuan semua insan ini, rupa-rupanya ada rahsia tersembunyi dan kejutan yang tidak disangka. Siapa sebenarnya Nek Uteh? Dan siapa di sebalik mata ghaib yang cuba menghuru-harakan Nek Uteh dan keluarganya?

“Tidak! Aku tak mungkin terima ilmu syaitanmu.” - Nuwairah

“Pertemuan kalian dengan Wairah dan keluarga ini, ada kisah silam yang memburu satu sama lainkan? Semuanya bermula dari kampung yang Wairah kunjungi tu.” -Ustaz Khir.

Resensiku:

Kisah yang panjang bermula dari tahun 30an zaman Jepun, hingga ke zaman sekarang. Bermula dengan Nyai Uteh semasa baru2 berkahwin dia sering didera oleh suaminya, sehingga ada sesorang menolongnya dengan sebab ingin dia mengambil-tugas bidan. mulai itu dia mula membela sesuatu menyebabkan suaminya tunduk padanya, dan pada tahun 80an dia pula mula mencari2 siapa yang akan diperturunkan membela.

Kesimpulan banyak kita boleh perolehi dari novel ini, tentang khurafat adalah suatu dosa yang paling besar, mensyirikkan Allah swt. Perlu di ingat, makhluk tak ada kuasa, Allah swt Yang Maha Berkuasa.

Rating saya: ***** 5/5 bintang. buat masa ni buku2 seram karangraf esp bukuprima dan projek seram kebanyakkan 5 bintang, sebab mempunyai banyak pengajaran, tauhid dan supaya kita jangan buat macam apa yang orang2 jahil buat. Kalau kita rasa kita jahil, sila lah belajar dan jangan biarkan diri dalam kejahilan-nasihat untuk diri sendiri.

Jampi - Murni Aqila


Penerbit: Karangkraf Buku Prima
Tahun terbit: Cetakan ke 3 2025
Penulis: Murni Aqila
Bil ms: 374 paperback

Sinopsis belakang buku:

Sejak tinggal di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, hidup Dahlia jadi huru-hara. Dia sering diganggu ‘sesuatu’. Apabila Dahlia mengadu pada Zairi, suaminya itu langsung tak percaya. Yang menghairankan, hanya Dahlia diganggu di rumah itu. Perangai Zairi turut berubah. Setiap hari Zairi balik lewat malam. Hubungan mereka tak lagi mesra. Dahlia kecewa apabila dapat tahu Zairi kembali bercinta dengan Reeha, bekas kekasihnya.

Lebih mengghairankan, Dahlia terdengar bunyi pelik dari rumah jirannya, Ana. Wanita yang tinggal sendirian itu berwajah hodoh dan berperangai pelik lagi misteri. Dahlia keliru. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Rumah itukah yang berhantu... atau ada ‘cerita’ lain tentang Zairi, Reeha dan Ana?

“Dalam rumah ni, macam-macam bunyi saya dengar. Semua yang pelik-pelik saya dengar setiap malam. Sampai saya tak boleh nak tidur. Saya jadi takut, jadi tak tentu arah kat rumah ni.” – DAHLIA

“Kalau bukan suami kau, maknanya bekas kekasih suami kau tu sebenarnya yang buat kau. Dia yang sihirkan kau!” – ANA

“Jiran baru kenal sehari dua dah percaya bulat-bulat. Kenapa senang-senang percaya dengan orang yang baru kenal?” – ZAIRI

“Aku cuma nak ambil balik hak aku, Dahlia.” - REEHA 

Resensiku:

Mulanya kisah tentang Dahlia, dan rumahtangganya bersama Zairi. Kerana nafsu dan fikiran yang singkat, Dahlia terpengaruh dengan hasutan, ingin memilikki Zairi. Akhirnya Zairi jatuh ke tangan Dahlia tetapi ada yang perlu dikorbankan. (Dahlia perlu menjamu peliharaannya dengan 'sesuatu', mengerikan dan akhirnya menyebabkan Dahlia sendiri terpaksa menanggung akibat buruk.

Plot twist banyak dalam cerita ni, best dan berjaya membawa saya sebagai pembaca novel2 cinta ni menukar pandangan terhadap genre baru ini-pada saya.

Rating saya: ***** 5/5 bintang - no wonder la dah 3rd printing.