Pencinta Novel

June 4, 2018

Isteri Untuk Diiktiraf - Nurfaza Alisya


Tajuk: Isteri Untuk Diiktiraf
Penulis: Nurfaza Alisya
Penerbit: Fajar Pakeer
Tahun: 2015
Bil ms: 733 kertas putih yang berkualiti tinggi.

Sinopsis belakang buku:

“Awak ni dah gila ke apa? Saya pun tak inginlah nak kahwin dengan awak ni. Sudahlah perangai macam harimau, muka macam burung belatuk. Memang malang betul!” – Safiyya

“Eh, sekali aku petik jari, berduyun perempuan yang datang tahu. Tak adalah aku nak kahwin dengan perempuan macam kau ni.” - Tengku Wildan

Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.

Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati. Tetapi, bila lelaki itu meroyan tiba-tiba, dia mula pening kepala.

“Aku baru nak tag nama kau untuk share kata-kata daripada Ustaz Nazmi Abdul Karim ni. Nabi sebut dalam hadis, makruh seorang suami tidur keseorangan tanpa isterinya. Nak pahala senang aje. Peluk bini pun satu pahala. Mulai malam ni, nak tidur malam aku nak peluk kau.”

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang menguasai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.

Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?

Wanita Terakhir - Ezza Mysara



Tajuk: Wanita Terakhir
Penulis: Ezza Mysara
Penerbit: Idea Kreatif
Tahun: May 2017
Bil ms: 367 papaerback yang ringan senang nak handle

Sinopsis belakang buku:

“You rasa, marah yang selalu you bawa tu marah terkeji atau marah terpuji?” – Nuryn Nafeesa.

Yang suka marah itu ialah Fahim Aiman. Yang sangat beku itu juga Fahim Aiman. Dan yang mulut tidak ada insurans itu juga Fahim Aiman.

Nuryn yang sederhana, tapi sangat istimewa di mata semua. Cuma Fahim yang tidak pernah mahu mengakuinya. Cuma Fahim yang cuba menidakkannya.

Namun, bila tiba detik di mana dia perlukan pertolongan, Nuryn lah orangnya yang dicari dan Nuryn lah orangnya yang hulurkan tangan.

“Kita nikah. Let’s do it for Fikri.” – Nuryn

Mengahwini Nuryn demi orang lain? Kalau ditanya hati, dia tidak sanggup. Tapi demi menyambung rantaian kasih yang ibu tinggalkan, Fahim akur.

“Esok I uruskan borang. Kita nikah.” - Fahim

Tiada cinta di hati Fahim buat Nuryn tapi kenapa bila Nuryn rapat dengan Ricky, hati dia jadi cemburu? Dan siapa sebenarnya Reena di hati Fahim?

“Fahim itu bekunya seperti ais, kena caranya pasti akan mencair.” – Nuryn
Berjayakah Nuryn Nafeesa mencairkan hati beku seorang Fahim Aiman?

Resensi saya:

Kisah Fahim Aiman yang panas baran dan Nuryn Nafeesa(yang lembut tapi tegas dalam diam). Bertembung keduanya akibat tugasan. 
Selama ini Fahim anggap dia tidak punya ayah, dan tumpuan Puan Zahra, ibunya sepenuhnya hanya padanya, tapi kehadiran Fikri anak angkat Puan Zahra yang diambil menyebabkan dia merasa tersisih, Padahal budak kecil baru menginjak umur 5 tahun. Puan Zahra pula jatuh sakit, dan tiada sesiapa pula yang boleh menjaga kanak-kanak itu, sementara Fahim berulang alik ke hospital. Nuryn menjadi mangsa menolong menjagakan Fikri, maka mereka bernikah.
Rahsia terbongkar tentang identiti Fikri dan Fahim berdendam dengan ayahnya yang disangkakan tiada.

Kisah kekeluargaan yang penuh emosi dan motivasi.

****

June 3, 2018

Missing Pages - Anna Lee

Tajuk: Missing Pages
Penulis: Gabungan 6 penulis
Penerbit: Prolog
Tahun: May 2018
Bil ms: 497 paperback ringan senang nak handle.
ISBN139789671537053

Sinopsis belakang buku:

“Setiap daripada mereka... ada kisah yang perlu dilengkapkan.”

Anya Dahlia - Benjy... Di mana pun awak ketika ini, saya harap kesedihan itu tak akan wujud lagi dalam diri awak. Andai takdir menemukan kita kembali, moga saya dapat melihat sinar yang berbeza dalam mata awak. Live well, Nik Benjamin.

Surat Cinta Untuk Lela - “Lela kata dia mengembara ke masa silam. Apa yang terjadi sekarang tak sepatutnya berlaku.”

Astra - Apa yang dilihat dengan mata kasar bukanlah cerita yang sebenarnya dan keajaiban itu sentiasa ada.

Duniabaru - Setiap cerita perlu ada kesudahannya. Dan ini adalah pengakhiran Two Soul.

Nota Yang Hilang - Fear is boring. Kemunculan sehelai nota akhirnya membawa dia keluar daripada ketakutannya.

Noah (Permulaan) - Sebuah pengakhiran bermula daripada satu permulaan. Dan ini adalah permulaan seorang Noah.

Resensi saya:

Dalam sebuah novel ni ada 6 buah cerita pendek kesinambungan dari kisah dalam novel yang sebelumnya, kira mcam bonus pada novel sebelum penulis gabungan. Cuma kisah terakhir, Nota Yang Hilang sahaja yang merupakan kisah baru dari Anna Lee.

Secara keseluruhan agak menarik, cuma saya tak boleh hadam kisah 2 soul (Vesa dan Noura - kecuali nama Noura yang sedap). Sambungan dua cincin tersebut tapi saya skip baca sebab tak minat dengan genre begini.

Kisah Astra - Ayumi juga agak menarik, tentang time travelling dan agak menyeramkan bila Astra boleh berinteraksi melalui komputer dengan student yang dah tiada, akhirnya membongkar misteri pembunuhan student pelik tu, setelah 10tahun berlalu.

Kisah Noah - Permulaan juga menarik, menyentuh pula nama Puan Rohani, mengingatkan saya dengan novel sebelum ini, watak Puan Rohani yang agak tamak, dan iri hati semasa di kampung, kali ini, Puan Rohani menghidap alzhiemer dan dijaga oleh Noah(anaknya).

Kisah Anya Dahlia
Kisah Surat untuk Lela

Kisah Nota Yang hilang, kisah misteri bagaimana Bhinda mendapat buku nota yang dicicirkan oleh seorang pelanggan di atas meja di kafe tempat dia bekerja. Dari situ, dia mula membongkar satu per satu misteri tentang dirinya, dan time travelling melalui gambar pemandangan an evening in paris yang rerumputnya kelihatan seperi masih hidup, tetapi yang timetraveller nya antara Azhar dan Fendi.

Overall: 4/5 sebab ada cerita yang saya tak boleh nak hadam...

Hero Seorang Cinderella by Anjell

Tajuk: Hero Seorang Cinderella
Penulis: Anjell
Bil ms: 704
Published: Karya Seni
April 2016
ISBN139789674690076

Sinopsis belakang buku:

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?

Resensi saya:

Betul-betul sebijik macam tajuk novel. Kisah seorang gadis yang dibuli dalam keluarga sediri, oleh ibu tiri dan adik tirinya, serupa cerita cinderella tapi versi melayu moden. Tambahan pulak cerita ni di adaptasi dan dilakonkan oleh Fattah dan Fazura, mak tiri pula Zizie Ezette dan adik tiri uqasha.

Cara penyampaian agak slow menyebabkan akak baca cara skipping, tapi ada juga adegan yang terpaksa baca dua kali sebab nak pastikan yang mak tiri tu masa bila dia lumpuh., dan rancangan jahatnya.

****