Pencinta Novel

April 21, 2006

Arca Kasih - Norzailina


Arca Kasih - Sedikit sedutan.

Dalam perjalanan pulang, Norashikin menghubungi MAS. Penerbangan ke Washington D.C. dijadualkan jam 8.00 pagi esok. Setelah memastikan masih ada tiket untuk ke KLIA malam ini, dia terus membuat tempahan.Tidak banyak masa yang tinggal, Norashikin mencongak dalam hati. Ketika FX-1 tiba ke pekarangan banglo, dia nampak Zahari di pintu hadapan.
"Asmawi telefon tadi," ujar Zek sebaik sahaja Norashikin menanggalkan kasutnya di muka pintu.
"Asmawi?" Dalam kemelut perasaannya yang bercmpur baur antara cemas dan terharu, Norashikin tak keruan.
"Ya... lelaki dari pelabuhan tu." Zek seakan-akan memperli adiknya, Apalah yang tidak disukainya pada Asmawi, Norashikin kurang pasti.
"Abang Zek baru balik?" Pada firasat Norashikin, tentulah abangnya belum tahu berita tergempar dari New York tadi.
"Ya, singgah di gerai tadi... kawan belanja makan!"Melihatkan Norashikin yang meluru masuk ke ruang tamu, Zek menyoal pula, "Kenapa kau ni?"Norashikin terduduk di sofa. Seketika kemudian, bangun pula.
"Abah... dan ibu... accident!"Zek tidak nampak terlalu terkejut."Siapa beritahu?"Norashikin cemus melihat gelagat abangnya yang sambil lewa itu. "Pihak kedutaan telefon! Abang tolong hantar saya ke airport!" pinta gadis itu sebelum memanjat tangga ke bilik tidurnya. Dia perlu mengemaskan apa yang patut dibawa.::Anak muda itu masih ingat akan pesanan Allahyarham Tuan Haji Baharuddin pada petang dia dan isterinya akan berangkat ke Amerika.
Dia telah berjanji akan menolong Norashikin mengendalikan perniagaan itu semasa ketiadaan orang tua itu. Setakat itulah sahaja yang mampu dilakukannya.Asmawi pun tak menyangka itulah pertemuan terakhir mereka. Dia bergitu terkilan kerana Norashikin tidak menghubunginya dari Amerika dahulu. Jika dia tahu, pastilah dia akan terbang ke sana. Atau.... mungkinkah Norashikin menelefonnya tetapi dia sedang menemani Sandra?
Bukankah Sandra sentiasa sahaja datang ke bilik sewaannya dan mereka makan bersama setiap hujung minggu? (Dan setiap malam sebelum dia pulang ke tanahair).

Komen saya:
Dah lama saya baca buku ni dan dah lama habis. Tapi baca laju, tak dapat menghayati sepenuh-penuhnya.. Sekadar ingin tahu apa adegan seterusnya dan seterusnya.
Rating saya:*** biasa biasa aje.

Sinopsis:

Norashikin, seorang wanita berjawatan tinggi, sebagai Ketua II Unit Perancangan Kota di bandar Kuantan, bersemangat kental, dan anak Tuan Haji Baharuddin, orang kaya di Kuantan. Tidak disangkanya kedatangan pegawai baru menggugat hatinya yang pernah tertutup akibat cinta luka.

Asmawi, diulit Sandra membuatkannya sukar untuk memenangi hati Norashikin..

Kau Kekasihku - Anis Ayuni -sinopsis


HARGA: RM19.90
HaLAMAN: 537
ISBN: 983-124-227-0
Sinopsis belakang novel:
Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini ku
lalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa
kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.
Pandanglah ke dalam mataku.... selamilah jauh hingga ke dasranya. Pasti yang akan kau lihat
adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?
Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa
aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku.
Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.
Sungguh kesucianku tak tercela, tapi.... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu
'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti
saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?
Ah, lelaki... apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati teru terluka?
"Dhira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very
much. Hanya kau kekasihku
"


Kau Kekasihku - Anis Ayuni (sedutan)
Sedikit sedutan:Malam itu aku keluar dengan Zairi. Kami makan malam di Restoran Seri Cendana, suasanasekeliling dan alunan lagu yang berirama perlahan mencetuskan suasana yang selesa dan santai. Aku menatap seraut wajah Zairi dengan penuh kasih. Mengulum senyuman di bibirnya. Pandangan matanya romantis dan mesra.
"Sempena hari jadi you, I nak nyanyi satu lagu."Walaupun aku tahu Zairi memang suka menyanyi, tapi sangkaku tentulah dia hanya bergurau kerana aku tidak fikir restoran ini menyediakan bilik khas untuk berkaraoke.
"You nak nyanyi lagu apa?" Soalku bergurau juga.
"Lagu yang paling popular dalam dunia. Dah sedia nak dengar?" Nada suaranya jelas menunjukkan yang dia serius. Sejenak berkerut-kerut dahiku membalas pandangan matanya. Kemudian aku tersenyum dan mengangguk lembut.
"Dengar, eh! Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Dhira, happy birthday to you..."
Beralaun perlahan lagu nyanyiannya.Perasaanku di ketika itu bagai tidak keruan. Berbaur rasa. Gembira, terharu, malu dan entah apa lagi. Kami saling bertatapan. Untuk seketika aku merasakan yang ruang ini milik kami berdua.
"I've something for you," ucap Zairi.
Sesungguhnya aku tidak menginginkan apa juga pemberian, tapi berilah aku penjelasan tentang di mana letaknya aku dalam hatinya. Jangan biarkan aku terus tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu. Tapi kalau diberinya sebentuk cincin, tentulah pemberian itu mempunyai makna. Begitu sekali aku mengharap.
posted by liya71

Kau Kekasihku - Anis Ayuni (sedutan) Sedikit sedutan:Malam itu aku keluar dengan Zairi. Kami makan malam di Restoran Seri Cendana, suasanasekeliling dan alunan lagu yang berirama perlahan mencetuskan suasana yang selesa dan santai. Aku menatap seraut wajah Zairi dengan penuh kasih. Mengulum senyuman di bibirnya. Pandangan matanya romantis dan mesra. "Sempena hari jadi you, I nak nyanyi satu lagu."Walaupun aku tahu Zairi memang suka menyanyi, tapi sangkaku tentulah dia hanya bergurau kerana aku tidak fikir restoran ini menyediakan bilik khas untuk berkaraoke. "You nak nyanyi lagu apa?" Soalku bergurau juga. "Lagu yang paling popular dalam dunia. Dah sedia nak dengar?" Nada suaranya jelas menunjukkan yang dia serius. Sejenak berkerut-kerut dahiku membalas pandangan matanya. Kemudian aku tersenyum dan mengangguk lembut. "Dengar, eh! Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Dhira, happy birthday to you..." Beralaun perlahan lagu nyanyiannya.Perasaanku di ketika itu bagai tidak keruan. Berbaur rasa. Gembira, terharu, malu dan entah apa lagi. Kami saling bertatapan. Untuk seketika aku merasakan yang ruang ini milik kami berdua. "I've something for you," ucap Zairi. Sesungguhnya aku tidak menginginkan apa juga pemberian, tapi berilah aku penjelasan tentang di mana letaknya aku dalam hatinya. Jangan biarkan aku terus tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu. Tapi kalau diberinya sebentuk cincin, tentulah pemberian itu mempunyai makna. Begitu sekali aku mengharap. posted by liya71

Komen saya:
Kisah masalah lelaki jarang-jarang sekali kita temui dalam novel cinta. Biasa nya novel cinta mesti berkisar masalah wanita yang tak tau pilihan, konflik keluarga, lelaki curang dan akhirnya heroin akan berkawin dengan hero.
Begitu juga Anis Ayuni kali ini mempersembahkan kisah menarik hero dan heroin yang akan disatukan juga akhirnya, tetapi masalah rumahtangga yang terlalu dalam kesannya terhadap isteri, apabila sang suami tidak dapat memainkan peranan sebagai 'suami'. Bukan sahaja suami tertekan, tetapi sang isteri juga. Tetapi kesabaran seorang isteri ada tahapnya.
Hingga merujuk ke mahkamah, Dhira pasrah. Walaupun begitu, dia tetapi menyanyangi Zairi, lelaki yang bergelar suami, yang ada dihati buat selama-lamanya. Menunggu jawapan dari tuntuan Dhira untuk fasakh, Zairi akhirnya memberikan masa untuk 'cool down'. Membawa diri, dengan janji untuk memfailkannya ke mahkamah.
Tiba masa pertemuan itu, Dhira pilu. Barulah dia teringat bergegar Arash pabila menuntut cerai dari suami. Arghhh, Dhira redha bersama Zairi walau dalam susah senang, walaupun Zairi bermasalah memenuhi tuntutan batinnya.. Batin bukan segala2nya pada Dhira kini.. Dia ingin kembali semula kepangkuan Zairi. Detik itu, menunggu menerima fail tuntutannya diserahkan ke tangannya, tetapi sebaliknya yang berlaku......

Rating saya:***** Seronok! walaupun ending nya mengecewakan.. tapi still happy juga!

April 19, 2006

Bisikan Rindu

Bisikan Rindu - Mimie Afinie
ISBN :983-124-148-7
Harga :RM. 16.00
Mukasurat: 436

Sinopsis:Antara Shahrul dan Ikhwan kedua-duanya sama kacak, sama baik. Tapi jika di hati tiada rasa cinta, salah seorang harus berkorban. Jika mulut berkata sayang sedangkan hati berkata tidak, untuk apa sebuah percintaan?Sekuat manapun cinta Shahrul kepada Dina, hatinya tetap milik Ikhwan. Kehadiran Ikhwan telah mengajar Dina erti sebuah rindu. Namun percintaan mereka sering diuji dengan salah faham dan kebetulan.Akhirnya, Dina mengalah. Perginya bukan kerana kalah, tetapi pergi mencari harga diri yang dicampak oleh lelaki yang amat dicintai. Kerana cinta itu Dina sanggup tinggalkan Ikhwan dan segalanya.Setelah agak lama menyepi, Dina nekad ingin kembali. Sayangnya kepulangan Dina dalam keadaan yang tidak terduga! Tiada kata maaf, tiada pelukan mesra. Yang ada hanya tangisan... Gembira atau duka?


Sedikit Sedutan: "Wan tak lupa mak. Wan tak pernah lupa. Tapi itu dulu.""Apa bezanya dulu dengan sekarang Wan?" "dulu Wan sihat mak, tapi sekarang, keadaan Wan dah lain." Kata-kata Ikhwan terhenti di situ. "Itu bukan alasan untuk Wan nak cemburu tak tentu pasal," pujuk Hajah Rokiah lagi. "Wan bukan nak cemburu tak tentu pasal ataupun sengaja nak menaruh syak wasangka. tapi Dr Johan memang ada menyimpan hati apda Dina. Wan pasti." Ikhwan menguatkan hujahnya. "Dah... jangan bersangka buruk dengan orang. Tak baik. Entah-entah Dr. Johan tu tak ada apa-apa pun. Dia tahu Dina tu tunang Wan. Mak yang beritahu dia hari tu. Dia sendiri pun mungkin dah ada girlfriend. Doktor macam dia Wan, ada rupa pulak tu. Takkan tak ada buah hati lagi..." Hajah Rokiah cuba menyedapkan hati Ikhwan. "Wan bukan menuduh mak.. tapi Wan nampak sendiri macam mana dia cuba mendekati Dina. Dia macam sengaja nak ambil kesempatan dari keadaan Wan ni...: Kata-kata emaknya langsung tidak memberi kesan kepadanya, Baginya Hajah Rokiah terlalu bersangka baik terhadap Dr Johan.

Komen Bisikan Rindu
Komen saya:Untuk novel setebal 436ms, saya terkilan, kerana banyak adegan2 biasa2 yang dicatatkan. Gambaran persekitaran nya kurang. Dalam cerita ini, banyak mengenai plot plot dari satu ke satu keadaan. Tanpa suntikan persekitaran, orang seperti saya membaca bagai tiada umph... Mungkin sesuai buat remaja yang baru berjinak2 membaca novel. Saya yang dah tua ni dah tak sesuai dah agaknya.Dalam cerita ini, saya cuma mendapat gambaran Dina bekerja di library, Ikhwan sebagai lawyer, tapi tak tau keadaan persekitaran tempat kerja seorang lawyer. Dina mungkin sebab saya selalu pergi ke library. Shahrul pula? Dan Afiq. Rumah Dina pula dapat sedikit gambaran biasa, dan rumah Ikhwan yang cantik dapat digambarkan. Dr Johan pula, sebagai seorang doktor, tapi tak berfikiran waras, sampai sanggup mencederakan Dina?.. uihhh ni dah lebih dari jankauan akal nih.Overall. biasa biasa ajer...

Rating saya:***