Pencinta Novel

May 26, 2008

Perempuan Ini Lelaki Itu - Jenna Jehan



Perempuan Ini Lelaki Itu


Pengarang: Jenna Jehan (Aina Emir)


Tebal: 373 halaman


Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd


Harga: RM17

Sinopsis belakang buku:

Sinopsis:
Cinta Samina untuk Haidar merupakan cinta pertama yang tulus ikhlas. Sebelum kehadiran lelaki yang bernama Haidar, Samina tidak pernah mengenali erti cinta.Namun, mungkin benar sebagaimana yang dikatakan kakaknya Sofia, nasib tidak mungkin menyebelahi Samina buat selama-lamanya.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang dialami gadis lurus yang baik hati ini. Pelbagai kejadian aneh yang dilaluinya hinggakan dia terpaksa cuba mengubah sikapnya agar dia tidak terus menjadi mangsa kepada sesiapa jua. Dalam begitu, mengapa payah untuk dia menepiskan perasaan yang masih terpendam di dada? Mengapa bayangan lelaki itu masih lagi menggoyahkan jiwanya? Ke mana pula harus dia tuju dan bolehkah dia mempercayai lelaki yang bernama ‘Jimmy’ itu?

Namun begitu, Samina tiada pilihan dan terpaksa sahaja bergantung kepada pegawai polis yang mengendalikan kes ‘hilang’ yang dilaporkannya. Mulai saat itulah, gadis yang digelar ‘Min’ terpaksa melalui liku-liku kehidupan sarat dengan persoalan yang berteka-teki. Malah, lebih merumitkan lagi hidupnya apabila dia terperangkap sama dalam kes jenayah yang berbelit-belit.

Mampukah Samina menguatkan semangatnya dan berjayakah dia mencari rakan-rakan yang hilang? Dapatkah perempuan itu mengatasi segala dugaan yang datang melanda dalam hidupnya?

Sebuah novel bergenre ‘misteri/siasat’ yang dipenuhi pelbagai peristiwa saspens lagi romantis dan dimantapkan dengan episod-episod humor akan membuat pembaca terus membaca novel ini dari muka surat pertama hingga akhir!

Komen saya:

Novel genre misteri atau penyiasatan dalam bentuk 'soft' bercampur dengan cinta dan kisah keluarga. Bermula dengan kisah si gadis dilamar rakan internet dan dia tertipu pada hari pertama perkahwinannya, dia telah ditinggalkan suami tercinta, hilang tanpa diketahui kemana perginya.

Samina gadis pendiam digambarkan sebagai lurus bendul, berkahwin pula dengan lelaki internet, tanpa diketahui bahawa dia terlibat dalam satu 'scam'. Banyak adegan-adegan suspens digambarkan dalam novel ini. Walaupun begitu, masih dalam keadaan santai, tidak begitu klimaks sehinggalah ke 3/4 novel.

Dalam kisah ini, bukan Samina seorang sahaja yang menjadi mangsa, tetapi ada beberapa kes yang hampir sama. Pergelutan emosi juga digambarkan antara Samina dan ASP Jimmy. Bagaimana Jimmy cuba sedaya upaya untuk tidak melibatkan emosi ketika bersama Samina bagi menjejaki suami Samina yang hilang.

Ketika pencarian itu, Samina juga diugut dan diancam bunuh oleh penculik suaminya. Samina walaupun lurus bendul namun masih bijak mengatur langkah, mengasingkan diri buat seketika, siapa sangka dalam kes penculikan suami Samina, ahli keluarga Samina juga terlibat sama, secara tidak langsung dalam pembahagian harta datuk Samina.

Ikuti kisah seterusnya, bagaimana Samina dapat menyelesaikan misteri kehilangan suaminya.

Akhirnya happy ending juga, Samina dan Jimmy, dan bekas suaminya dan misteri pembunuhan Hanim, Mastura dan lelaki bernama Raz.

Rating Saya:

*** (Ok saja boleh baca dan kalau anda baru berjinak dengan novel misteri memang sesuai dengan anda....)

May 9, 2008

aA + bB - Hlovate



Add to cart

aA + bB
Pengarang : Hlovate
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM 20.00
ISBN : 978-983-43217-9-6

Sinopsis

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar. semua orang membesar: tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun selepas itu...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera ,yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung.?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, sling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz

Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert's Serenade. Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.

Komen saya:

First half novel ni agak slow dan santai.. kisah student overseas.. Hlovate memang mahir dalam menceritakan suasana di luarnegara, dengan cuaca dan bunga-bunga tulip di Leiden, seolah2 terasa kita pun pergi sana pulak.
Bila dah nak masuk second half novel, baca tak berenti sebab nak tau kesudahannya, tapi mcm tak dapat nak feel la bila masa pulak tetiba je dia pregnant?.... cam tak klimaks...
Banyak juga adegan2 mendebarkan kalau pembaca tu remaja masih dalam belasan tahun dan baru nak belajar2 bercinta.. Ada juga terasa macam baca novel kecil MB zaman muda dulu dalam versi Melayu... tapi lebih santai dan sopan... bukan kebaratan, sesuai dengan cara hidup kita orang asia dan muslim pula tu.

Walaubagaimana pun, quite ok la for Hlovate, cubaan untuk mengolah kehidupan rumah tangga walau tak sehebat kak Norzailina, Aisya Sofea, Aina Emir sbb mereka pun dah berumah tangga.. Kira cubaan Hlovate yang perlu diteruskan lagi. errr kalo Hlovate berumahtangga mungkin olahannya akan jadi sehebat mereka di atas tu..

Rating saya:
**** (boleh wat simpan, dan kalau ada anak dah teenagers soh dia baca, ada guideline jadi muslimah yg berkeyakinan tinggi minat kedoktoran dan muslimah beriman. Kecuali kalo dah kawin tak baik buat suami cam Addin buat kat Benz!)