Pencinta Novel

December 24, 2013

Lara di jiwa Ajym - Ramlah Rashid

Tajuk: Lara Di Jiwa Ajym
Penulis: Ramlah Rashid
Harga: RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-95-2
Bil m/s: 570 hlm
Terbitan : Buku Prima 2010


Sinopsis
Ajym adalah Najymi atau Atan, anak Sumaiyah, gadis yang direnggut maruahnya oleh Tuan Arif? n pemilik Tegap Holding. Meskipun tidak menerima kehadiran Tuan Arif? n selaku bapa namun kerana amanah dan amanat, Najymi bersetuju menjaga Tegap Holding sebaik Tuan Arif? n meninggal dunia. Pulangnya Laramaisa Hani anak tunggal Tuan Arif? n yang belajar dari luar negara, dia enggan melepas Najymi meninggalkan Tegap Holding. Hubungan yang membibitkan rasa cinta yang mendalam di hati Lara dan Ajym tetapi terpaksa mengambil keputusan berpisah sebaik mengetahui perhubungan Najymi dan orang tua Lara. Nenek angkat Najymi sedar kesakitan perasaan cucunya tetapi dia berpegang kuat pada amanat allahyarham suaminya yang tidak membenarkan Najymi bersatu dengan Lara.

Ringkasan Dari saya:
Konflik kisah antara dua keluarga dan dua darjat. Dendam antara pak long Sudin dan Tuan Arif akibat ditipu dan tergadainya tanah milik mereka. Pak long mengatur strategi dari luar negara, dia yang terlepas dari hospital jiwa di UK, kembali ke tanah air dan mengahwini anak Tuan Arif - Lara. Ketika itu Lara yang terumbang ambing akibat kehilangan kedua ibu bapa, dan terpinggir akibat kesibukkan Najymi, berserah pada pak long yang berpura-pura mengambil berat pada Lara.

Rupa-rupanya Pak Long menjadikan Lara hamba seks, dan dadah. Lara hampir hilang tetapi berjaya diselamatkan. Pak Long ditangkap dan disumbatkan semula ke hospital. 

Setelah 4 tahun berlalu, pak long kembali ke tanahnya... tetapi dia cuba melupakan segala-galanya.. Sementara Ajym pula belajar meluahkan perasaan pada Lara....


Bukan Kerana Aku Tak Cinta - Eman sufi



Tajuk: BUKAN KERANA AKU TAK CINTA
Penulis: E-Man Sufi
Cetakan Pertama: April 2013
Jumlah Muka surat: Tiada Maklumat
ISBN: 978-967-0246-45-1

Harga:
Sem. Malaysia: RM 24.00  


Beli online klik Add to Cart

Tonton online



Sinopsis belakang buku:

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! 
Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari 
jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya
 untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik 
perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh 
gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau
 berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah 
menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, 
seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian 
matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… 
Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja 
yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? 
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! 
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

December 5, 2013

Playboy itu Suami Aku


RM24
Kakinovel

Sinopsis:-

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blahmacam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenaliplayboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorangplayboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”