Pencinta Novel

August 25, 2025

Matahari Pun Terluka - Ainul Farihah


Tajuk: Matahari pun terluka
Penulis: Ainu Farihah
Penerbit: Jiwa
Tahun Terbitan: May 2025
Bil ms: 

Sinopsis belakang buku:

"Kalau sedih kena buat apa, Kirana?"

"Menangis."

"Kalau sedih, kalau marah, jangan buat apa?"

"Jangan sakiti diri sendiri."

"Dah, menangis. Lepaskan rasa sakit dekat dalam dada tu, itu gunanya Tuhan cipta air mata. Air mata jadi wakil pada perasaan, baik waktu kita gembira atau waktu kita sedih. Kita sahaja tahu apa-apa yang kita rasa."

Lantas air mata terasa tidak adil. Kenapa manusia ini tidak menggunakannya sebagaimana tujuannya diciptakan?

Kirana terus menangis teresak-esak hingga terasa lega.

Resensiku:
smooth je jalan cerita dia, tetapi ending dia, why?????

Kisah pergelutan emosi seorang pejuang MDD- Kirana, tiba2 dia dituduh pula mencederakan seorang lelaki tua jirannya yang semua jiran2 tak suka sebab lelaki tua Pak osman ni ada anger issues.
turun naik mahkamah dengan ofismate nya Adam Erfan dan Kak Sara.

Banyak kemelut yang dipaparkan dalam novel ni, kisah kekeluargaan, dendam dan keganasan rumah tangga

Ratingku beri: 5/5***** (sebab jalan cerita menarik, mengupas isu mental health, cuma kesudahannya? - mcm nak ada siri ke dua je?)



 

May Terpasung di lorong waktu - Rozanna

 

Tajuk: May
Penulis: Rozanna
Penerbit: Jiwa
Tahun terbitan: Januari 2023
Bil ms: 383ms paperback

Sinopsis belakang buku:

ika kita boleh kembali ke masa lalu, mengubah hal-hal dahulu, membaiki kesilapan yang telah berlaku, lantas untuk apa kita risau akan masa hadapan?

Bujang - berjuang untuk memiliki cinta hati tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekeliling, namun tewas mengatasi perasaan dilemanya dan menjadikan dia seorang pengecut.

Adli - begitulah hal-hal yang selalu mengganggu dirinya – menjadikan dia seorang perindu akan masa lalu dan dibelenggu seribu penyesalan.

Namun, kehadiran “jam” yang misteri telah mengubah segala-galanya.



May - Terpasung di Lorong Waktu merupakan sebuah novel time travel – melompat dari tahun 2019 ke tahun penuh tragedi, 1969. Novel sulung penulis ini dikarang beliau pada tahun 2006 ketika berusia 15 tahun.

Resensiku:

Wow.... serasa membaca twilight zone, kudos to rozanna!. Saya puas baca buku ni, menyeronokkan membawa saya kembali ke zaman 60an dan kembali semula ke zaman 2019. 

Kisah Bujang semasa muda yang mula berkenalan dengan May (anak cina baba dari Melaka), kemudian Bujang yang di zaman 2019 mendapat jam dari Robert, di mana jam itu lah yang membawa kembali ke zaman 60an tersebut, tapi ada 5 peluang sahaja.

Pelbagai peristiwa berlaku dan sangat saspen, bila mana May hampir 2 kali terkorban. Fuhhh....

Rating saya: 5/5 bintang! bahasa puitis, tersusun, plot twist, suspens dan dapat menyelami suku2 negeri sembilan (ada ilmu disitu)


August 11, 2025

Hiraeth - Rozanna

 


Penulis: Rozanna
Penerbit: Jiwa
Tahun Terbitan: Jan 2024
Bil ms: 379 paperback

Sinopsis belakang buku:

Yang membataskan langkahmu hanyalah ketakutan seorang dewasa!

Zahra — terpaksa menangguhkan semester PhD-nya dengan sejuta cerita terpendam. Dia memilih alam muzik tanpa mendedahkan punca sebenar: kanser glioblastoma, rahsia tersembunyi di sebalik senyuman pahit yang tergarit.

Fared, pelarian Syria, membawa luka-luka yang merintis kisah kehilangan keluarga. Tragis, sarat dengan duka yang tidak pernah berkesudahan.

Pertemuan mereka di Jerman bukan sekadar kebetulan, tetapi membawa harapan baru yang mengubah rentetan hidup mereka.

Ini bukan kisah semata-mata tentang mengejar impian. Namun kisah perjuangan menakluk impian dalam sisa-sisa waktu yang tertinggal.

Persoalannya, adakah akan kesampaian?

Resensiku:

Gaya penulisan yang teliti dan kisah yang menyayat hati. Itu aje nak disimpulkan.. Sebenarnya jalan ceritanya sangat menarik, kisah Zahra yang berjuang dengan penyakitnya dan bertembung pula dengan Fared yang mempunyai kisah duka yang tidak terperi sakitnya.

Rating saya: 4/5 bintang sebab saya agak terganggu dengan bahasa asing....

Kerana Dendam - D. Dahlia

 


Penulis: D.Dahlia
Penerbit: Prolog
Tahun Terbitan: May 2025
Bil ms: 941ms paperback (cetakan 1)

Sinopsis belakang buku;
“So, get ready to live in ruins once I get back.” – Adam Hirdy.

Kerana marah dan dendam, Adam meninggalkan Azalea seusai akad nikah mereka.

Tiga tahun dia menghilangkan diri tanpa khabar berita.

“Belum sempat awak hancurkan saya, saya dah pun hancur, Adam. Saat awak pergi tinggalkan saya masa hari pertama saya jadi isteri awak, saat itu juga hidup saya terus hitam ... sehitamnya. Saya dah tak nampak lagi ada warna putih dalam hidup saya.” – Azalea.

Selama tiga tahun itu jugalah Azalea menunggu kepulangan Adam. Bukan untuk kembali ke pangkuannya, tetapi inginkan kebebasan selepas Adam menghancurkan hidupnya sepertimana yang diucapkan.

Dan … Adam kembali semula selepas tiga tahun bersama rancangannya untuk membalas dendam terhadap Azalea. Tetapi belum sempat rancangan dilaksanakan, petunjuk demi petunjuk datang kepadanya dan membawa dia kepada satu per satu rahsia yang secara tidak langsung melibatkan Azalea.

Apakah rahsia tersebut?

Apakah kaitannya dengan Azalea?

Serta, adakah Adam meneruskan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Azalea atau dendam itu terkubur begitu sahaja?

Resensiku:

Novel paling tebal untuk tahun ini, 941ms. Tapi ku membacanya tanpa skip2 kerana terlalu detail dan ingin mengetahui kenapa, apa dan siapa. Penulis berjaya membawaku ke dalam penceritaaannya, permulaan cerita yang membuatkan kita tertanya2, sampai ke separuh baru sedikit2 mula terjawab, dan akhirnya berjaya mencapai ke mukasurat terakhir.

Perasaanku sangat geram ya dengan watak utama cerita ini iaitu Azalea, dia sangat2 degil, sangat2 tidak faham atau tidak pedulikan orang lain, dia hanya mementingkan diri sendiri dan membahayakan semua orang disekitarnya, ini semua disebabkan oleh PTSD dan anxiety setelah dia melalui episod paling mengerikan dalam hidupnya, belum cukup dia dibesarkan dalam penderaan dan penganiayaan bapa dan bapa tirinya, hingga membawa ke perkahwinan dengan Adam. (bermulalah episod sebenar kisah novel ini).

Rating saya: ***** 5/5 bintang (recommended dan pls be aware dengan PTSD syndrome)
\



August 10, 2025

Mayat Pintal -Khairul Nizam Khairani

 


Penulis: Khairul Nizam Khairani
Penerbit: penerbitx
Tahun Terbit: Sept 2024
Bil ms: 144 paperback

Sinosis belakang buku:
“Aku kena halau raja syaitan tu dari terus mendampingi adik kau. Aku tak mahu kandungan kau atau kau sendiri hilang nyawa disebabkan raja syaitan tu!” tegas Mak Kaletum.

* * * * *

Penemuan mayat yang pelik, yang berada dalam keadaan berpintal, menggemparkan kawasan perumahan mewah Seri Tanjung Garden. Alara, pegawai polis muda yang baru dilantik sebagai detektif diberi tugasan menyiasat kes aneh itu. Namun, dia terpaksa bekerjasama dengan Emmad, seorang pakar runding jenayah. Walaupun kurang senang dengan perangai Emmad yang gharib, namun Alara melaksanakan juga tugasnya. Siasatan mereka membawa kepada Amira, anak Datuk Umar, salah seorang penduduk di kawasan perumahan mewah itu.

Amira punya cerita tersendiri. Setelah tiga tahun dalam keadaan koma, ahli keluarga Amira terpaksa mematikan mesin sokongan hayatnya setelah otaknya disahkan telah mati. Namun tidak lama selepas doktor mengesahkan kematiannya, Amira didapati hidup kembali. Perkara itu disambut gembira oleh ayah dan ibunya namun dicurigai kakaknya, Aliza.

Kecurigaan Aliza semakin menebal apabila dia mula diganggu makhluk menakutkan sejak ‘kepulangan’ adiknya. Malah, keadaan semakin meruncing bagi Aliza apabila makhluk itu mahu mencuri kandungannya. Aliza yakin Amira ada kaitan dengan makhluk itu.

Adakah Alara dan Emmad berjaya menyelesaikan kes mayat berpintal itu dan dapatkah Aliza menyelamatkan kandungannya? Benarkah yang berada dalam jasad Amira adalah Raja Syaitan?

Resensiku:

Kisah Emmad detektif yang bersama dengan Alara merungkai misteri mayat yang dijumpai dipintal seperti diperah bagai kain basah selepas basuhan. Pelbagai perkara berlaku diluar dugaaan mereka dan banyak plot twist yang menyebabkan kita enjoy baca.

Rating saya: 4/5**** bintang 



Pokok Hajat - Khairul Nizam Khairani

 

Penulis: Khairul Nizam Khairani
Tahun Terbit: Sept 2024
Penerbit: PenerbitX
Bil ms: 144 paperback

Sinopsis belakang buku:

“Ia seperti mengupah seorang pembunuh upahan. Walaupun pengupahnya telah mati, pembunuh upahan tetap menjalankan tugasnya kerana dia sudah menerima wang upahnya,” ujar Norman.

Alara menerima tugasan menyiasat beberapa kes kematian yang pelik. Mangsa-mangsanya mati disebabkan anak pokok tumbuh dari dalam tubuh mereka. Di setiap lokasi kejadian ditemui sebiji buah seperti buah sukun dengan lekukan-lekukan aneh pada permukaan buah tersebut. Situasi bertambah genting apabila kematian yang sama berulang pada ahli keluarga mangsa yang sama.


Dalam pada itu Emmad membantu Sarjan Albin mengesan kehilangan sepuluh orang anak yatim. Emmad merasakan kehilangan kumpulan anak yatim itu ada kaitan dengan kejadian keracunan sianida ke atas sepuluh orang anak yatim dalam satu majlis keraian anjuran Datuk Umar beberapa bulan yang lalu.


Kedua-dua kes mula terkait apabila Alara mendapati beberapa orang ahli keluarga mangsa kes pembunuhan pokok ajaib mempunyai urusan perniagaan dengan Norman, menantu kepada Datuk Umar dan urusan perniagaan itu tidak berakhir dengan baik. Emmad yakin kematian demi kematian yang berlaku adalah pembunuhan yang disasarkan pada mangsa-mangsa tertentu dan berlandaskan dendam.

Kini Alara, Emmad dan Sarjan Albin harus mencari jalan bagaimana untuk menghalang kematian-kematian kes pokok ajaib daripada terus berlaku.

Resensiku:

Mixed kisah misteri, penyiasatan dan mistik. Sangat detail dan mengerikan. Kisah bagaimana satu pokok misteri di sebuah bangunan, dan bagaimana misteri mayat2 termasuk kanak2 bila di autopsi, maka yang dijumpai adalah satu tumbuh2an menjalar dari perut mangsa2.

Dimensi paranormal, adalah siri detektif dan autopsi dan ada 7 buah buku masing2 mengenai bagaima Emmad dan Alara mencari bukti untuk penyiasatan.

August 9, 2025

Bunian Jangan Berani Tegur - Zaifu Zaman Ahmad, Saidee Noor Azam, Azmeer Shah

 

Penerbit: Novel Romanz
Tahun Terbitan: May 2025
Bil ms: 511 paperback

Sinopsis belakang buku:

SAKSI - ZAIFU ZAMAN

Darlina dan teman-temannya yang menyewa sebuah rumah kampung kerap memgalami kejadian pelik dan menakutkan. Usaha untuk berpindah juga menemui jalan buntu kerana tiada rumah kosong lain. Suri yang dikenali oleh Darlina mula mengatakan yang semua kejadian itu ada kaitannya dengan Bakar dan kehilangan Delima.

Mampukah Darlina membongkar cerita yang sebenarnya? Bagaimana pula Suri tahu akan kehilangan Delima dan niat buruk Bakar?

“Kenapa dengan Pak Bakar?” - DARLINA

“Dia tak macam apa yang akak sangkakan.” – SURI



CINTA SANG PUTERI - SAIDEE N AZAM

“Bunian ada yang tidak beragama, ada yang memeluk agama Islam. Ada bunian jin ada bunian dari keturunan anak Nabi Adam seperti kita juga. Waktu alam bunian berbeza. Ada kaum itu alamnya bergerak perlahan, amat perlahan. Di dunia nyata sudah sebulan berlalu, tetapi di alamnya baru tiga hari.”



KELIBAT- AZMEER SHAH

Penemuan mayat di Gunung Jerai mengheret Detektif Khairrudin menyelami kes kehilangan mangsa yang telah hilang 5 tahun lepas ketika mendaki gunung itu. Hasil siasatannya membawa dia bertemu Aziz, anggota polis yang bertanggungjawab mengendalikan kes kehilangan Iskandar dahulu sebelum kes itu ditutup. Dari situ, Aziz menceritakan semuanya. Apa yang berlaku pada Iskandar? Bagaimana mangsa boleh hilang dan ditemui semula selepas 5 tahun? Adakah Iskandar secara tidak sengaja termasuk ke dalam bunian?


Resensiku:

Ada 3 kisah yang berbeza, tidak bersambung, tetapi mengenai isu yang sama, iaitu bunian.
Plot twist yang saspens, berdasarkan kisah benar hasil penceritaan dan pengalaman orang yang pernah mengalaminya.

Rating saya: 5/5***** bintang sebab dapat rasa plot twist dan membaca pengalaman orang.

Bidan Siam - Noorfadzillah

 

Penerbit: Karangkraf Buku Prima
Tahun Terbit: Cetakan ke 3 2025
Bil ms: 496ms paperback
Penulis: Noorfadzillah

Sinopsis belakang buku:

Nai Uteh atau Nek Uteh telah menerima tawaran ilmu perbidanan daripada Tok Phrak Nyai ekoran kemelut rumah tangganya. Seisi keluarga cukup tahu perbidanan yang dijalankannya berlandaskan amalan syaitan. Setelah usianya kian menginjak, Nek Uteh terdesak mencari pewaris ilmu perbidanan dan anak belaannya. Dia cuba bermacam cara memujuk menantu dan cucu perempuannya, namun tidak berhasil.

Nuwairah, jururawat hospital swasta mengalami gangguan sejak pertunangannya dengan Haziq. Rupa-rupanya Haziq adalah cucu kepada Nek Uteh. Tiada siapa yang tahu muslihat jahat Nek Uteh ke atas Nuwairah. Di sebalik kejahatan itu, ada mata ghaib lain pula sedang menghuru-harakan kehidupan Nek Uteh dan keturunannya. Di antara Nuwairah dan Haziq, muncul Yusuf Imran mengubati sakit misteri itu. Disebabkan pertemuan semua insan ini, rupa-rupanya ada rahsia tersembunyi dan kejutan yang tidak disangka. Siapa sebenarnya Nek Uteh? Dan siapa di sebalik mata ghaib yang cuba menghuru-harakan Nek Uteh dan keluarganya?

“Tidak! Aku tak mungkin terima ilmu syaitanmu.” - Nuwairah

“Pertemuan kalian dengan Wairah dan keluarga ini, ada kisah silam yang memburu satu sama lainkan? Semuanya bermula dari kampung yang Wairah kunjungi tu.” -Ustaz Khir.

Resensiku:

Kisah yang panjang bermula dari tahun 30an zaman Jepun, hingga ke zaman sekarang. Bermula dengan Nyai Uteh semasa baru2 berkahwin dia sering didera oleh suaminya, sehingga ada sesorang menolongnya dengan sebab ingin dia mengambil-tugas bidan. mulai itu dia mula membela sesuatu menyebabkan suaminya tunduk padanya, dan pada tahun 80an dia pula mula mencari2 siapa yang akan diperturunkan membela.

Kesimpulan banyak kita boleh perolehi dari novel ini, tentang khurafat adalah suatu dosa yang paling besar, mensyirikkan Allah swt. Perlu di ingat, makhluk tak ada kuasa, Allah swt Yang Maha Berkuasa.

Rating saya: ***** 5/5 bintang. buat masa ni buku2 seram karangraf esp bukuprima dan projek seram kebanyakkan 5 bintang, sebab mempunyai banyak pengajaran, tauhid dan supaya kita jangan buat macam apa yang orang2 jahil buat. Kalau kita rasa kita jahil, sila lah belajar dan jangan biarkan diri dalam kejahilan-nasihat untuk diri sendiri.

Jampi - Murni Aqila


Penerbit: Karangkraf Buku Prima
Tahun terbit: Cetakan ke 3 2025
Penulis: Murni Aqila
Bil ms: 374 paperback

Sinopsis belakang buku:

Sejak tinggal di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, hidup Dahlia jadi huru-hara. Dia sering diganggu ‘sesuatu’. Apabila Dahlia mengadu pada Zairi, suaminya itu langsung tak percaya. Yang menghairankan, hanya Dahlia diganggu di rumah itu. Perangai Zairi turut berubah. Setiap hari Zairi balik lewat malam. Hubungan mereka tak lagi mesra. Dahlia kecewa apabila dapat tahu Zairi kembali bercinta dengan Reeha, bekas kekasihnya.

Lebih mengghairankan, Dahlia terdengar bunyi pelik dari rumah jirannya, Ana. Wanita yang tinggal sendirian itu berwajah hodoh dan berperangai pelik lagi misteri. Dahlia keliru. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Rumah itukah yang berhantu... atau ada ‘cerita’ lain tentang Zairi, Reeha dan Ana?

“Dalam rumah ni, macam-macam bunyi saya dengar. Semua yang pelik-pelik saya dengar setiap malam. Sampai saya tak boleh nak tidur. Saya jadi takut, jadi tak tentu arah kat rumah ni.” – DAHLIA

“Kalau bukan suami kau, maknanya bekas kekasih suami kau tu sebenarnya yang buat kau. Dia yang sihirkan kau!” – ANA

“Jiran baru kenal sehari dua dah percaya bulat-bulat. Kenapa senang-senang percaya dengan orang yang baru kenal?” – ZAIRI

“Aku cuma nak ambil balik hak aku, Dahlia.” - REEHA 

Resensiku:

Mulanya kisah tentang Dahlia, dan rumahtangganya bersama Zairi. Kerana nafsu dan fikiran yang singkat, Dahlia terpengaruh dengan hasutan, ingin memilikki Zairi. Akhirnya Zairi jatuh ke tangan Dahlia tetapi ada yang perlu dikorbankan. (Dahlia perlu menjamu peliharaannya dengan 'sesuatu', mengerikan dan akhirnya menyebabkan Dahlia sendiri terpaksa menanggung akibat buruk.

Plot twist banyak dalam cerita ni, best dan berjaya membawa saya sebagai pembaca novel2 cinta ni menukar pandangan terhadap genre baru ini-pada saya.

Rating saya: ***** 5/5 bintang - no wonder la dah 3rd printing.
 

August 8, 2025

Seikhlas Kasih Ahmad Nanas - Izzraff

 


Penerbit: Aha
Penulis: Izzraff
Tahun Terbitan: July 2025
Bil ms: 275 paperback

Sinopsis belakang buku:

Aku sangka, cukup dengan cinta aku akan bahagia. Aku sangka, anak-anak yang aku kandungkan selama 9 bulan 10 hari akan cukup untuk mengikat kembali kasih sayang kami yang kian pudar.

Bukan sekadar peluang pertama, sejuta peluang sekalipun aku akan beri kepadanya supaya anak-anak aku tidak kehilangan kasih sayang seorang ayah.

Namun, dia sudah melampau.

Aku nekad untuk keluar daripada perkahwinan ini. Kerana anak aku bertahan, sekarang kerana anak juga aku akan lepaskan.

“Perempuan kotor macam kau ni, tak payah tunggu hukuman akhirat. Aku boleh wakilkan Tuhan untuk hukum kau.” - IKRAM

Aku tak mahu lagi buka hati ini untuk sesiapa, cukuplah aku bersama dengan anak-anak aku sahaja.

Sehinggalah muncul dia…

“Ya Allah, Puan Sara rupanya. Puan panggil saya Ahmad aje. Dekat sini orang tak kenal Ahmad Fahim. Orang kenal Ahmad Nanas. Tapi mana puan tahu nama saya ya?” - AHMAD FAHIM

Wahai sekeping hati, perlukah aku luahkan rasa ini?

Resensiku:

Cukup rencah cukup rasa, saya kategorikan ia sebagai 'slice of life' dan keganasan rumahtangga.
Kisah yang dipaparkan ini amat meruntun hati namun ada ciri2 islamik yang sangat menyentuh perasaan, kisah bagaimana perlunya seorang isteri keluar dari keganasan rumahtangga dan menyelamatkan diri serta anak2nya dari terus menjadi mangsa.

Selepas hujan sudah tentu akan muncul matahari menerangi kegelapan, begitu juga selepas gelapnya malam sudah tentu akan munculnya matahari menerangi bumi. Begitu juga dengan hidup kita yang penuh dengan ujian dan duka, tidak selama nya kita sentiasa dirundung duka, akan ada ceria yang mendatang asalkan kita terus berusaha mencarinya...

Rating saya: *****5/5 bintang.

August 7, 2025

Tuanku Hana - Leena Syiha



 

Penerbit: Aha

Tahun Terbitan: Nov 2023

Bil ms: 640 paperback


Sinopsis belakang buku:Semuanya bermula apabila Ameer menyiasat sebuah syarikat terkemuka bernama MIMA pada awal tahun 2011, sehingga akhirnya dia terlibat dalam misi menyelamatkan seseorang dari sindiket haram bernama KING’S. Misi itu mempertemukan dia dengan Hana, gadis 18 tahun yang baru gagal SPM. Gadis yang memanggilnya tuanku tanpa sengaja.


“Lain kali jangan sesuka hati ambil barang orang.” – Ameer Uthman

“Ya, tuanku.” – Hana Solehah

Tujuh tahun berlalu. 2018. Bumi Madinah menjadi saksi pertemuan mereka buat kali kedua. Pertemuan yang membuahkan luka demi luka. Pertemuan yang meranapkan harapan seorang Hana.

“Aku cuma minta kau berlagak lupakan sahaja. Bukan betul-betul lupakan.” – Ameer Uthman

“Dan itu tak mudah!” – Hana Solehah

“Abang saya takkan pandang perempuan... Macam awak.” – Saadah

2019. Segalanya bermula. Perkara yang ditakutkan Ameer berlaku.
Kemunculan Hariz menjadi permulaan rentetan peristiwa menakutkan yang berlaku.

Rentetan kehancuran seorang Ameer Uthman.

“Ameer, kita ada Allah. Segala perkara yang berlaku semua disusun oleh-Nya.” – Luqman Annasaie

“Kau punca semua ini, Ameer.” – Hariz

“Sudah berapa lama kamu tidak mendalami jiwa kamu sendiri, Uthman?” – Maulana Ishaq


Resensiku:

Tajukknya sahaja Tuanku Hana, tetapi bukan seorang, bahkan dua orang, Tuanku itu ML dan Hana itu FL.

Pertemuan tidak sengaja semasa Hana marah dengan jirannya yang bising, (mana tak marah, hari dia SPM math lah dia terlambat, sehingga dia terpaksa gagal kerana tidak hadir). Tuanku itu di panggil gelaran kepada Ameer akibat dia marah2 pada Ameer yang disangka jirannya, padahal Ameer mengunjungi sahabat/pekerja upahannya penyewa sebenar. Lepas kena marah2, Ameer pulak tawarkan HAna menjadi setiausahanya untuk membantu dia mencari seseorang dalam syarikat MIMA. Tanpa mengetahui nama sebenar Ameer, Hana hanya memanggilnya Tuanku. 

Dalam usia 18 tahun itu Hana crush pada Ameer, sebab first time la boss bagi hp kat dia suruh call kalau ada maklumat. Rupa2nya, sisatan tersebut tidak berhasil sehingga beberapa tahun dan Ameer dah balik Arab Saudi. Hana pun dipaksa keluarganya untuk ikut bisnes keluarga, catering di Mekah.

Mereka terpisah bertahun2, dan Hana berjaya graduate univ tapi tak dapat lupakan la Ameer tu, hinggalah berlaku sesuatuuuuu.....

Rating saya: 5/5 bintang (saya tengah cari Tuanku Hana 2 - dah sold out tak reprint balik buat masa ni)


 

 

August 6, 2025

Serunai Maut - Leena Syiha

 


Penerbit: Mangosteen
Tahun Terbit: May 2025
Bil ms: 444 paperback

Sinopsis belakang buku:

Misteri Pulau Jengka telah mengheret Iman Falah, Henry Mikail dan Iman Nadrah menembusi hutan untuk memburu "wanita di timur".

Di sebalik tekad mereka memadam khurafat yang menyesatkan, tersingkap satu demi satu rahsia lama.

Pertemuan dengan seorang gadis hutan membawa mereka lebih dekat dengan kebenaran dan bahaya.

Akhirnya ... peperangan tercetus.

Antara kepercayaan yang dibina atas ketakutan, dan keberanian yang lahir daripada iman.

Ini bukan kisah ringkas yang akan ditamatkan dengan mudah.

Ini ialah sebuah kisah perjuangan yang sangat besar untuk dihikayatkan.

Untuk mengakhiri semuanya, mereka harus memusnahkan satu simbol terakhir kejahatan.

Serunai Maut.

Resensiku:

Sambungan atau spin off dari Serunai Maut 2, kisah bagaimana Inspektor Falah bertarung dengan khurafat dan di plot twistkan dengan sangat sempurna, sampai kita pembaca ni macam cakap dalam hati, what???? 

Conclusionnya: saya suka style leena syiha sampai saya cari semua novel2 dia. Inspektor Falah yang dibina sangat kukuh karakternya, dan membuatkan penanda aras lelaki qawwam menjadi sangat tinggi ye...

Banyak points2 yang sangat membina dan nasihat2, cth: Falah mencuci hidungnya semasa wuduk, dia sentiasa mementingkan solat berjemaah, sentiasa tidak tinggal tahajjud... dan banyak lagi.

Saya bagi 5/5 bintang!

Serunai Maut 1 - Leena Syiha

 


Penerbit: Mangosteen
Tahun Terbit: May 2025
Bil ms: 450 paperback

Sinopsis belakang buku:

Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka.

Tiada siapa tahu sebabnya.

Henry Mikail dan Iman Nadrah segera menyiasat kes itu.

Sehinggalah penyiasatan membawa kepada mitos yang tidak mampu dipercayai sesiapa.

Serunai Maut.

Kata penduduk pulau; jangan hidupkan lampu. Kata mereka; pulau ini ada 'penjaga'.

Pegangan mereka khurafat. Akidah mereka rosak.

Henry tiada pilihan.

Iman Falah diperlukan untuk membantunya.

Resensiku:

Wow!. Bila dah habis buku ni, perlu teruskan ke Serunai Maut 2, kerana Inspektor Iman Falah belum beraksi sepenuhnya. 

Kisah tentang sebuah pulau yang keseluruhan penduduknya mengamalkan khurafat dan telah sesat akibat takut dengan Serunai Maut. Bermula terbomgkar apabila sebuah kapal perairan pelancongan berlabuh disitu dan telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh penduduk pulau tersebut. Berlaku kematian misteri seluruh pelancong dalam kapal kecuali seorang yang hilang, tidak diketahui di mana kerana tiada kesan mayat dsbg.

Apabila Kapten Henry buntu, dia mula mencari sahabat baiknya atau mengikut kata hatinya. Iman Falah.

Rating ku : 5*****/5 bintang for the green flag Falah. (lepas baca maka masing2 ter Falah2)

Bara Sang Pengarang - Osman Deen


Penerbit : K-lit Karangkraf
Tahun Terbitan: April 2025
Bil ms: 340 paperback

Sinopsis belakang buku:

Apabila terlalu cuak, marah atau dikuasai emosi kuat, Bayu Biruni akan terbakar. Disebabkan itu, dia mengasingkan diri daripada masyarakat dan memilih menjadi novelis yang suam-suam kuku.

Namun, segalanya berubah apabila penulis legenda, S. Rajawali, meninggalkan wasiat yang menggegarkan industri penerbitan. Bayu diamanahkan untuk menyambung siri ceritanya.

Dalam wasiat itu juga dinyatakan, mana-mana penerbit yang berjaya menandatangani kontrak bersama Bayu, akan mendapat semua hak cipta karya Rajawali, khazanah penerbitan yang sentiasa menjadi rebutan.

Lalu Bayu diburu oleh sekalian penerbit di Malaysia. Waja, anak Rajawali sendiri tidak berpuas hati. Kewujudan sekumpulan insan misteri pula menimbulkan tanda tanya.

Hidup Bayu yang dulu tenang, kini haru-biru.

Perlukah bara legasi ini dinyalakan?

Resensiku:

Bayu Biruni, nama diberi, seorang penulis introvert yang tidak mahu populariti, hidupnya tenang2 sahaja hinggalah seorang penulis tersohor S. Rajawali meninggalkan wasiat untuk dia menyambung siri novel hasil tangan S. Rajawali. (sudahlah Bayu Biruni ini mempunyai kelebihan yang tidak semua orang tahu - kebolehan yang merbahaya - menghasilkan api dari jari jemarinya)

Lalu kisah silam nya mula tersingkap apabila si Waja membuat onar dengan sengaja mengejar Bayu demi kepuasan hati sendiri. 

Kisah ini kisah cereka tentang kemelut penulisan dan dibelakangnya.

Rating saya: 4****/5 bintang (mencari novel2 lain hasil osman deen)

 

August 5, 2025

Rahsia Danny - Teme Abdullah


Penerbit: Iman Publication
Tahun: May 2025
Penulis: Teme Abdullah
Bil ms: 538 paperback

Sinopsis belakang buku:

"Sofea, ingat tak dulu saya pernah cakap, kalau ada peluru menuju ke arah awak, I'll make myself as your shield?"

"Tapi awak ingat tak apa yang saya cakap lepas tu? Saya pun sanggup buat benda yang sama."


**
Danish Coelho Ilyas memiliki segalanya. Atlet tinju tersohor, kaya, popular. Tapi untuk mencapai setiap kejayaannya tidak mudah.

Dalam diam, dia terlibat dengan organisasi misteri yang menuntut kesetiaannya. Kerana merekalah, nama Danny terkenal ke persada dunia. Walau berisiko, Danny tidak gentar, bahkan langkahnya semakin yakin. Kesetiaan Danny tidak pernah dipersoal.

Namun apabila Danny bertemu semula Sofea, cinta lamanya, dia dituntut untuk melakukan pengorbanan yang dahsyat, demi kejayaan yang lebih besar. Jika dia perlu mempertaruhkan segalanya, jalan manakah yang akan dipilih?

Barangkali semuanya telah dirancang sejak awal. Dan yang akan menang ialah yang paling hebat merancang.

Resensiku:
plot twist in a plot twist jalan cerita dia kali ini, Buku ni adalah spin off dari Bayangan Sofea, so siapa2 yang belum baca Bayangan Sofea, dianjurkan utk hadamkan dulu novel tu baru start yang ini, sebab yang ini lebih complicated, lebih twist dan lebih mendebarkan. Cuma perenggan demi perenggan tu saya cuma ada gangguan bacaan sikit lah. (cita rasa saya berbeza).

Rating saya: 4****/5 bintang