Pencinta Novel

August 9, 2025

Jampi - Murni Aqila


Penerbit: Karangkraf Buku Prima
Tahun terbit: Cetakan ke 3 2025
Penulis: Murni Aqila
Bil ms: 374 paperback

Sinopsis belakang buku:

Sejak tinggal di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, hidup Dahlia jadi huru-hara. Dia sering diganggu ‘sesuatu’. Apabila Dahlia mengadu pada Zairi, suaminya itu langsung tak percaya. Yang menghairankan, hanya Dahlia diganggu di rumah itu. Perangai Zairi turut berubah. Setiap hari Zairi balik lewat malam. Hubungan mereka tak lagi mesra. Dahlia kecewa apabila dapat tahu Zairi kembali bercinta dengan Reeha, bekas kekasihnya.

Lebih mengghairankan, Dahlia terdengar bunyi pelik dari rumah jirannya, Ana. Wanita yang tinggal sendirian itu berwajah hodoh dan berperangai pelik lagi misteri. Dahlia keliru. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Rumah itukah yang berhantu... atau ada ‘cerita’ lain tentang Zairi, Reeha dan Ana?

“Dalam rumah ni, macam-macam bunyi saya dengar. Semua yang pelik-pelik saya dengar setiap malam. Sampai saya tak boleh nak tidur. Saya jadi takut, jadi tak tentu arah kat rumah ni.” – DAHLIA

“Kalau bukan suami kau, maknanya bekas kekasih suami kau tu sebenarnya yang buat kau. Dia yang sihirkan kau!” – ANA

“Jiran baru kenal sehari dua dah percaya bulat-bulat. Kenapa senang-senang percaya dengan orang yang baru kenal?” – ZAIRI

“Aku cuma nak ambil balik hak aku, Dahlia.” - REEHA 

Resensiku:

Mulanya kisah tentang Dahlia, dan rumahtangganya bersama Zairi. Kerana nafsu dan fikiran yang singkat, Dahlia terpengaruh dengan hasutan, ingin memilikki Zairi. Akhirnya Zairi jatuh ke tangan Dahlia tetapi ada yang perlu dikorbankan. (Dahlia perlu menjamu peliharaannya dengan 'sesuatu', mengerikan dan akhirnya menyebabkan Dahlia sendiri terpaksa menanggung akibat buruk.

Plot twist banyak dalam cerita ni, best dan berjaya membawa saya sebagai pembaca novel2 cinta ni menukar pandangan terhadap genre baru ini-pada saya.

Rating saya: ***** 5/5 bintang - no wonder la dah 3rd printing.
 

No comments: