Pencinta Novel

February 20, 2011

Masih setia - aisya sofea


Add to cart

Harga: RM 19.90/22.90
ISBN-: 978-983-124-610-8
Tarikh Terbit: 2011
Jumlah Muka Surat : 535

Sinopsis belakang buku:
MIERA – Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi – Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?

Ringkasan Dariku:

Sekitar tentang Miera, yang mencari-cari cinta, dan menemuinya disebalik kepedihan dan kesusahan akibat malapetaka gempa bumi. Dr. Malik, sudah pula sudah bertunang, tetapi hati Miera masih tetap tertawan, dan juga rupa-rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dalam pada itu pula, tujuan sebenar dia berada di lokasi yang sama, adalah bagi memenuhi tuntutan susur galur Minangnya, untuk bertemu bakal suaminya. Dari susur galur yang sama.

Pergolakan jiwa satu demi satu menimpa Miera, orang yang dicintai milik orang lain, dan dia pula cuba ditemukan dengan Rudi, demi susur galur keturunannya. Rudi, jejaka tampan kacukan Belanda, tidak dapat mencetuskan rasa dalam jiwa Miera. Dia tidak dapat menerima Rudi, walaupun Rudi bersungguh untuk memilikkinya. Rudi mempunya pakej lengkap, tetapi hati Miera tetap terpaut pada pesona Dr. Malik.

Novel ini sungguh mengujakan bila tiba di pertengahan buku. Tak dapat nak letak, nak tahu juga kesudahan jalan ceritanya. Syabas Aisya Sofea!...

Rating saya:
****1/2 bintang... novel yang wajar dimilikki..
Post a Comment