Pencinta Novel

April 12, 2011

Yang Sebenarnya - Aisya Sofea

Add to cart
Yang Sebenarnya
Aisya Sofea

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-474-6
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 6 Nov 2009

Ringkasan di belakang buku:

TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...

lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!


Ringkasan dari saya:

Tulisan Aisya Sofea kali ini tidak banyak konflik. Boleh kata banyak kali juga tertidur ketika membacanya. Antara Eddie dan Dhiya, tidak berterus-terang, banyak berselindung disebalik hubungan sebagai sepupu. Watak Eddie yang pemarah dan baran sebaik bertugas dengan syarikat sendiri, menjadikan Dhiya berkecil hati.

Sungguhpun perhubungan mereka bertahun-tahun hanya melalui YM, dan hanya untuk bertanya khabar, tetapi terselit rasa diantara mereka, yang mereka sendiri tidak menyedarinya. Eddie yang kecewa dengan kakak Dhiya, yang menolak cinta Eddie, membawa diri ke London, dan bekerja di sana. Sejak itu hubungan Eddie dan Dhiya rapat melalui YM. Sementara itu, kakak Dhiya, Kak Chik pula berkahwin pula dengan pilihannya sendiri, yang mana ditentang oleh kedua orang tua Dhiya, tetapi Kak Chik tetap berdegil dan akhirnya tersiksa bertahun-tahun didera keluarga Encik Ghaus, suaminya, sedangkan suaminya tiada di sisi untuk melindunginya.

Perhubungan Kak Chik pula diwarnai pula dengan cinta Ahmad dan keletah anak kecil Ahmad, Fauzan. Dalam buku ini, boleh dikatakan terdapat dua kisah cinta, yang mana kisah kedua tentang Kak Chik dan Ahmad tidak diceritakan secara terperinci disini.

Kemuncak cerita dipaparkan dalam dua bab terakhir, di mana Perkahwinan kak chik berlangsung, dan diganggu pula oleh Nuryn yang taksub dengan Eddie. Dalam cerita ini, tidak ditulis, apakah ending Nuryn, adakah dia kembali ke London, atau dia mendapat pengganti Eddie?.

Bukunya tebal juga, tetapi tidak puas hati membacanya sebab watak Eddie yang digambarkan panas baran terlalu banyak, sedangkan watak Eddie insaf, dan mula kembali ke jalan yang benar tidak banyak. Sementara itu, watak Nuryn juga tiada kesimpulan, mana la tau Nuryn menyesal, dan mula kembali ke jalan yang benar lalu berjumpa pula dengan bakal suami yang lebih baik dari Eddie.

Overall, tak puas hati dengan garapan kali ni.. dan ada banyak juga typing error...
Rating saya:
*** (3/5 bintang)/
Post a Comment