Pencinta Novel

January 1, 2014

Projek Memikat Suami

Tajuk: Projek Memikat Suami
Penerbit: Karyaseni
Bil m/s: 526


Sinopsis belakang buku:

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Review dari saya:

Kisah si Nawwal Husna yang akur dengan perjodohan yang diatur oleh keluarga, Nawwal Husna si kaki berjalan terpaksa melupakan hasratnya menjelajah Scandinavia. Dia pulang lebih awal demi pernikahannya dengan mamat iceberg yang dia langsung tak kenal. CEO baru syarikat Alimin terpaksa akur dengan perintah Tan Sri, jika tidak, habislah jawatan CEO yang disandangnya ditarik balik.

Zahrain berazam akan meninggalkan Nawwal saat bernikah dengannya, tapi takdir mengatasi segala-galanya. Nawwal yang punyai kakak-kakak yang sangat 'supportive' memberikannya tips-tips memikat suami yang menyebabkan Zahrain cair... yang dulunya iceberg akhirnya cair juga....

Tapi langit tak selalu cerah, kehadiran sigedik Adira sejak awal, model yang langsing lagi cantik hampir menggugat kesabaran Nawwal, tapi sabar dan redha menjadi kekuatannya. Sementara itu, Zahrain juga diuji dengan kehadiran Atai dan abang Ajaq (walaupun Atai cuma kawan sekolej dan salah seorang 4 rakan karib Nawwal (Pet, Atai, dan Em, tapi Zahrain tetap cemburu).

Nawwal membawa diri ke Yogja, (hampir tidak ditemui oleh Zahrain kalau tak disebabkan oleh mulut tempayan si Pet)....

Tonton Online Astro Ria Isnin 9-10mlm 13 episod









No comments: