Pencinta Novel

June 8, 2015

ARISSA DANIEL PART TWO



ISBN: 978-967-12400-6-9
HARGA: RM34 
Terbitan: Ilham Pena Publishing

Sinopsis:

BAB 1
MAJLIS pernikahan Daniel dan Arissa terpaksa dibatalkan. Kemunculan seorang perempuan yang secara tiba-tiba di rumah Arissa itulah yang menjadi punca majlis akad nikah itu terhenti. Keadaan kecoh seketika dan setelah menghambur kata-kata kesat dan amaran pada pengantin baru, perempuan itu terus saja beredar dari rumah itu.
Para tetamu yang sudah memenuhi ruang tamu juga turut terdiam dengan tingkah perempuan itu. Mereka mula beransur pulang setelah Fatimah memberitahu keadaan yang tidak mengizinkan. Ustaz Hakimi dan Ustazah Waddah juga turut bingung dengan kejadian yang tak semena-mena tadi. Mereka turut minta diri untuk pulang kerana tidak mahu mengusutkan keadaan. Biarlah Arissa sekeluarga menyelesaikan hal itu dengan baik.
Daniel yang segak dengan baju Melayu dan bersamping dengan warna sedondon dengan baju pengantin Arissa pula sudah terduduk di sofa.
“Err...macam mana majlis ni?” Tanya Imam Ismail yang turut tercengang dengan kehadiran perempuan itu di tengah-tengah majlis tadi.
“Ustaz..kami terpaksa batalkan majlis ni. Kami akan panggil ustaz semula bila keadaan telah reda.” Zaki pandang Imam Ismail yang masih terpinga-pinga.
“Baiklah...kalau macam tu, saya balik dulu.” Imam Ismail mula minta diri ditemani Zaki yang menghantarnya sehingga ke pintu lif.
“Ustaz..saya minta maaf atas apa yang telah berlaku.” Banyak kali Zaki meminta maaf pada Imam Ismail, tok kadi yang sepatutnya menjadi jurunikah pada hari itu.
“Tak apa..bila dah reda nanti, saya akan datang lagi kalau majlis ni diteruskan..” Imam Ismail tepuk bahu Zaki sambil tersenyum.
Zaki menapak semula ke dalam rumah. Dia menghampiri Daniel yang masih duduk di sofa sambil menundukkan wajahnya. Matanya beralih pada makcik Fatimah yang sudah mula bergenang air mata. Arissa di sebelah makcik Fatimah pula tidak ada riak apa-apa. Zaki mula menghampiri makcik Fatimah.
“Omma...sudahlah. Kita tak tahu lagi apa muslihat perempuan tu.” Pujuk Zaki.
Makcik Fatimah yang sudah sebak hanya menundukkan wajah.
Fatimah hanya mengangguk. Dia juga bingung dengan apa yang berlaku.
Zaki bangun dan mendekati Daniel semula yang masih berada di sofa.
“Bos..apa sebenarnya yang berlaku?” Zaki pegang bahu Daniel yang masih tunduk.
Daniel mendongak. Zaki dipandang seketika dan kemudian beralih pada Arissa yang sudah sugul. Jelas ada riak kecewa di wajah gadis itu. Masih terngiang lagi kata-kata perempuan yang menerjah tadi.
“Zaki...saya pun tak tahu pasal tu. Apa yang dikatakan oleh perempuan tu langsung tak masuk akal.” Daniel tunduk semula.
“Macam nilah...kita balik dulu. Kita bincang macam mana nak selesaikan perkara ni. Saya yakin benda ni tak akan berpanjangan. Mesti ada jalan penyelesaiannya.” Zaki memujuk Daniel.
“Makcik...boleh saya cakap dengan Arissa sekejap?” Daniel menoleh ke arah makcik Fatimah. Matanya beralih pula pada Arissa yang masih tunduk
.
Fatimah mengangguk lemah.
Fatimah dan Zaki beri peluang kepada Arissa dan Daniel berdua di situ. Mereka memerhati dari muka pintu rumah.
Daniel masih memandang Arissa yang nyata dari tadi tidak sedikitpun memandang ke arahnya.
“Arissa...apa yang berlaku tadi, saya sendiri tidak tahu..” Daniel mulakan bicara.
Arissa masih diam.
“Saya..saya..” Daniel sudah kehilangan kata-kata. Apa yang diucap oleh perempuan tadi memang tidak pernah diketahuinya. Memang dia kenal perempuan itu. Perempuan itu salah seorang teman wanitanya dulu yang juga anak kenalan mendiang ibunya yang rapat dengan ayah perempuan itu.
“Nama dia Elizabeth kan?” Akhirnya Arissa bersuara.
Daniel terdiam. “Macam mana awak tahu?”
“Itu tak perlu kau tahu. Apa yang perlu kau tahu sekarang ini, kau kena bernikah dengan dia. Aku tak nak disebabkan pernikahan ni, kau hilang semua harta dan kau juga kena bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi.” Arissa memandang tajam ke arah Daniel yang sudah tercengang mendengar kata-katanya tadi.
“Arissa..I love you..please...I want to marry you..” Daniel seakan merayu.
“Simpan saja rasa cinta kau tu pada perempuan tu. Dia lebih berhak. Aku tak nak kau jadi papa kedana nanti. Tolonglah faham Daniel..” Arissa menundukkan wajah. Pertemuannya dengan perempuan itu di kedai bunga dulu rupanya bukan hanya setakat itu. Perempuan itu datang lagi menganggunya dengan sebuah tuntutan! Perempuan itu menuntut haknya!
“Please Arissa..saya tak perlukan harta semua tu. Cukuplah saya ada awak di sisi saya, sebagai isteri saya..” Daniel masih mengharapkan pengertian Arissa.
“No!”
“Arissa..I’m muslim now, you know that! How come I’m gonna marry her? She’s not even muslim!” Daniel sudah mula patah semangat. Ternyata Arissa begitu tegas.
“That’s not my problem.” Arissa berkata dengan nada agak keras. Sebenarnya dia sendiri keliru dengan perasaannya ketika ini. Dulu, pernah dia berfikir dan mengharapkan sesuatu seperti ini berlaku di hari pernikahannya supaya dia ada alasan untuk menolak niat Daniel. Itu semua kerana ada rasa bencinya pada Daniel yang masih melekat kuat di dalam hati dan sekarang, ternyata apa yang diharapkan itu benar-benar berlaku. Sepatutnya dia merasa gembira kerana itu yang diharapkan selama ini tapi...
“Please Arissa....” Daniel merayu lagi.
“Ini baru satu rahsia yang terbongkar, entah-entah ada beribu lagi rahsia yang kau sorokkan dari aku.” Arissa mengetap bibir.
“Arissa...please..” Daniel tunduk. Dia meraup muka.
Arissa bingkas bangun. Dia meluru ke dalam bilik dengan linangan air mata.
Zaki menapak ke arah Daniel yang sudah meraup muka dari tadi. Fatimah pula melangkah masuk ke bilik Arissa.
“Bos....sudahlah tu. Kita balik dulu. Biar Arissa tenang dulu.” Zaki pujuk Daniel yang terpaksa mengalah.
“Omma! Kami balik dulu!” Laung Zaki dari ruang tamu sebelum melangkah keluar.
FATIMAH mendekati anak gadisnya yang sudah menyembam muka ke bantal. Belakang Arissa diusap lembut.
“Arissa...sudahlah. Kita berdoalah semua ini tak benar.”
“Omma..”Arissa peluk ibunya dengan erat. Tangisannya semakin kuat.
“Arissa..semua ni terjadi ada hikmahnya sayang. Kita perlu bersabar. Arissa jangan putus asa ya nak?” Fatimah angkat muka Arissa sehingga terdongak wajah mulus itu di depannya.
“Omma, Arissa dapat rasa yang perempuan itu mungkin berkata benar. Kalau tak, takkan Daniel tidak membantah kata-kata perempuan itu tadi. Selalunya Daniel tidak akan mudah mengalah.” Arissa masih memandang ibunya yang turut sugul.
“Kita belum tahu lagi siapa yang benar dan siapa yang salah. Omma yakin, Daniel akan cari jalan penyelesaiannya nanti. Mana mungkin dia berkahwin dengan perempuan itu sedangkan mereka berbeza agama. Arissa kena faham tu..” Fatimah menatap wajah sayu Arissa. Air mata masih mengalir di pipi gebu anak gadisnya itu. Terus disapu lembut.
“Omma, Arissa tak kecewa omma. Dari dulu Arissa benci dia. Omma tahukan apa yang telah terjadi pada Arissa? Jadi, mungkin Allah nak tunjuk pada Arissa, yang selama ini Daniel hanya berlakon baik saja depan kita tetapi sebenarnya dia..” Arissa tak sanggup meneruskan kata-katanya lagi.
“Arissa..omma tak percaya semua tu. Daniel ikhlas memeluk agama Islam. Tegakah Arissa melihat Daniel hanyut semula ke dunia lamanya kerana dia perlu mengikut kehendak perempuan tu?” Sekali lagi wajah Arissa didongakkan.
“Entahlah..kalau Daniel tu benar-benar ikhlas memeluk Islam kerana Allah, dia tak seharusnya mengalah dengan perempuan tu. Dia kena tegas dengan akidah baharunya tu. Arissa percaya tanpa Arissa pun, dia akan tabah dan kekal dalam Islam. Abang Zaki kan ada?” Arissa masih tidak mahu memihak pada ibunya.
“Arissa kena ingat, Arissa masih tunang Daniel. Arissa kena beri sokongan pada dia. Omma bimbang, Daniel akan mudah terpesong nanti. Arissa bantulah dia..” Rayu Fatimah.
Arissa tunduk. Perasaannya mula serba tak kena. Apakah dia perlu terima Daniel tanpa hiraukan perempuan itu atau tinggalkan Daniel dan bawa diri jauh dari Malaysia?
“Omma..Arissa dah diterima masuk ke univerisiti di UK. Jadi, Arissa ingat, Arissa akan terima tawaran tu. Arissa akan sambung belajar di peringkat Phd. Arissa ingin lupakan semua ni.” Arissa mula berterus terang.
“Apa? Jadi Arissa nak lepaskan Daniel macam tu je?” Fatimah terkejut.
“Untuk apa Arissa tunggu dia, dia ada ramai pengganti Arissa yang lebih baik dan lebih cantik. Mungkin jodoh Arissa dengan dia hanya setakat tunang.” Arissa mengesat air mata. Perasaan cinta pada lelaki itu yang mula tumbuh di dalam hati terpaksa diketepikan kerana banyak sebab.
Fatimah terdiam. Tiada apa lagi yang boleh memujuk hati Arissa ketika ini. Arissa telah banyak kali terluka. Pertama kali dulu ketika dia tinggalkan Arissa di Malaysia, kali kedua ketika Arissa jadi mangsa dendam Daniel dan kali ini, Arissa ditipu dalam majlis nikahnya sendiri.
Arissa minta diri untuk bersendiri. Fatimah menapak keluar dari bilik Arissa.
DANIEL bersandar lemah di sofa di ruang tamu rumahnya. Matanya menala ke siling. Masih tidak percaya apa yang telah berlaku sebentar tadi.
“Bos...sabarlah. Saya yakin ini semua ada hikmahnya. Apa yang perlu kita buat sekarang ni, kita siasat kebenaran kata-kata permpuan tadi.” Zaki sentuh bahu Daniel yang nyata sudah kecewa.
“Terlalu banyak dugaan yang saya hadapi..dulu, saya kehilangan ayah yang saya sangat sayang, saya hilang wang pelaburan dalam JN Biotech dan sekarang..saya tak sanggup lagi kehilangan Arissa..tidak Zaki..” Daniel menekup muka. Ada titis jernih mengalir di pipi.
“Bos..berdoalah kepada Allah supaya Allah tunjukkan kebenaran kepada kita. Maaf..kalau saya tanya sikit. Siapa perempuan tu sebenarnya?” Zaki juga turut bingung dengan kejadian tadi. Memang dia tahu Daniel mempunyai ramai teman wanita sebelum ini dan mungkin perempuan tadi salah seorang dari mereka itu. Mungkin perempuan itu serius menjalinkan hubungan dengan Daniel sehingga sanggup menghancurkan majlis pernikahan Daniel dan Arissa tadi.
“She’s one of my girlfriends and she’s also my late mum’s choice..” Daniel meraup muka.
“Maksud bos?” Zaki menelan liur.
“Dia adalah pilihan mak saya dan itu bukan hanya di mulut tapi sudah ada dalam perjanjian bertulis...” Daniel teringat mendiang ibunya dulu pernah memberitahunya tentang jodoh yang diatur itu tetapi dia hanya menganggap itu sebagai janji kosong. Jodoh yang hanya tertulis di atas sekeping kertas yang tak bermakna apa-apa. Ternyata anggapannya meleset sama sekali. Elizabeth datang menuntut semua itu.
“Oh...” Zaki turut mengeluh.
“I need some rest...” Daniel bingkas bangun dan melangkah lemah ke biliknya.
Segalanya sudah dirasakan berakhir.
ZAKI hanya memerhati bos mudanya yang ternyata sudah begitu kecewa. Arissa pula berdegil tidak mahu meneruskan pernikahan itu walau Daniel merayu sekalipun.

No comments: