Pencinta Novel

May 23, 2018

Luq- Dilla Ahmad


Tajuk : Luq
Penulis: Dilla Ahmad
Penerbit: Anasaa
Tahun : 2017
SBN139789670870489
Bil ms: 449 paperback

Sinopsis belakang buku:

Gadis bisu? Gila! Dia tak pernah menerima gadis bisu untuk berkhidmat di kelabnya. Tapi kerana sekeping surat, dia pula yang terpaksa menerima gadis yang tak diundang ini.

Luqman Hakim. Dia sakit kepala memikirkan apa nak dibuat dengan beban yang baru dia terima ini. Apatah lagi gadis itu hanya tahu pandang dia sahaja.

“Kau ingat aku faham dengan bahasa tangan kau tu? Bahasa tubuh kau tu aku fahamlah!” – Luqman

Irdina. Walau tak punya suara, tapi dia bukan gadis biasa. Pantang tubuhnya dicuit. Kerana satu niat, dia berani untuk berhadapan dengan Luqman Hakim. Namun, dia silap percaturan. Luqman Hakim bukan mudah seperti yang dia fikirkan.

“Kalau kau jadi mistress aku, kau kena layan aku tiap-tiap malam sampai aku bosan dengan kau” -Luqman

Tidak! Untuk hambakan diri itu bukan dia. Biarpun terpaksa hilang nyawa, maruah diri akan tetap dia jaga. Jadi, dia pula yang akan lamar Luqman untuk jadi suami dia.
Luqman garu kepala. Kahwin dengan gadis bisu? Gelap dunia dia!

“Kau ingat, aku nak sangat ke kahwin dengan kau yang bisu ni?”-Luqman

Itu kata Luqman Hakim.

Tapi siapa tahu kerana gerak-geri Irdina, Luqman mula rasa lain macam. Kerana tak faham apa yang gadis itu katakan, Luqman masih setia ingin mendengar. Dan kerana sikap Irdina yang bukan seperti gadis sempurna yang lain, hati Luqman bagai ditumbuhi bunga segar. Luqman jatuh cinta!

Irdina pula, untuk jatuh cinta pada orang kanan Tengku Badri yang panas baran dan hati kering ini adalah di luar kemahuannya. Dia tidak menjangkakan yang Luqman sangat serius untuk berkahwin dengannya. Dia sedar dia serba kekurangan. Malah dia akan buatkan Luqman menyesal kerana memilih dia.

Bila kenyataan yang mengambil alih angan-angan, Luqman parah! Hatinya luka! Kerana seorang Irdina…

Dia bukan lelaki yang sempurna dan tak akan menjadi lelaki yang sempurna pada pandangan orang lain. Tetapi lelaki jahat itulah yang asyik bermain di fikiran dan matanya. Luq! Walaupun cinta itu bukan milik kita, namun percayalah, aku cinta kamu! 

Review dan spoiler:

Kisah seorang gadis bisu yang bernama Irdina yang terperangkap dalam usaha membalas dendam terhadap bunuh-perkosa ibunya. Dia yang menyaksikan kejadian tragis terhadap keluarganya menjadi trauma sehingga mencederakan kotak suaranya dan membuatkan dia menjadi gadis bisu seumur hidup.

Boleh dikatakan dia sengaja menyerah diri pada Luqman yang menagih hutang dari Deris, bapa saudara Irdina yang memeliharanya. Luqman pula seorang bad boy yang sudah jauh tersasar dari landasan agama, arak, judi dan perempuan menjadi mainan harian, sehinggalah dia bertemu Irdina, yang mana dia sendiri tidak merosakkan Irdina walaupun tinggal satu rumah,

Irdina dijadikan isteri, walau dalam kebisuan, tapi Luqman tetap tidak boleh melepaskannya. Irdina mula berkenalan dengan keluarga angkat Luqman dan cuba membalas dendam terhadap Tengku Badri yang disangkan pembunuh keluarganya. Tengku Badri rupa2nya mempunyai kembar yang seiras, tanpa diketahui Irdina. 

Walau bagaimanapun, Tengku Badri terbunuh dalam kemalangan, setelah brek keretanya didapati dipotong. (akibat skip skip baca laju, tak tahu siapa yang potong).

Mulanya, berlaku perselisihan faham antara Irdina dan Luq, bila mak angkat Luq menuduh Irdina punca kematian suaminya. Konfrontasi bermula antara mereka berdua. Berlaku pula pergaduhan antara anak Tengku Badri yang mahu menerajui syarikat milik ayahnya, ini kerana Tengku Badri sebelum ini menaruh kepercayaan penuh pada Luq, bukan anaknya sendiri.

Sementara itu, Keisha kekasih teman tapi mesra Luq, datang dan menggoda Luq, Irdina merajuk dan melarikan diri... Luq merasa kehilangan, dari situ dia berubah....

*** jalan penceritaan separuh buku agak slow, dah separuh buku baru la diorang kahwin, dan baru lah berlaku pergolakan yang agak laju.



No comments: