Pencinta Novel

May 14, 2018

Maia - Pasha


Tajuk: Maia
Penulis: Pasha
Penerbit: Prolog
Tahun: 2018
Bil Mukasurat: 291
ISBN139789671537046

Sinopsis belakang buku:

Apa yang akan kau lakukan kalau kau tahu orang di sekeliling kau penuh dengan kepura-puraan?

Bagi Maia, dia memilih untuk mengasingkan diri. Biarlah dia hidup sepi tanpa sesiapa asalkan hatinya aman dan tidak terluka. 

Namun perkenalannya dengan Azad mengubah semuanya. Kesepiannya mula terisi dan Maia mula terasa benar-benar 'hidup' untuk pertama kalinya.

Sayangnya, ada harga yang perlu dibayar untuk dia mengecapi semua itu. 

Sanggupkah Maia membayar harga yang tinggi demi mendapatkan sesuatu yang normal? Atau dia rela selamanya hidup dalam kesepian?

Review saya:

Kudos to writer Pasha, berjaya membawa aku ke sisi lain seorang yang boleh dikatakan mind reader, tapi dia cuma boleh baca tulisan di atas kulit seseorang yang mengutuknya dengan kata-kata negatif.
reng
Maia mendapat anugerah boleh membaca fikiran negatif seseorang selepas mengalami kemalangan yang telah mengorbankan ibunya sementara dia pula mengalami kecederaan parah di mata. Sejak pembedahan kornea, dia dapat melihat semula dengan jelas, bersama tulisan negatif di hati orang lain di sekelilingnya.

Pertemuan pertama apabila bertembung dan tertumpahkan air kopi di atas kasut pemuda bernama Azad telah mengubah hidupnya. Dia tidak dapat membaca tulisan di atas kulit Azad. Maia selesa dengan Azad kerana tidak perlu membaca apa yang disebalik hati Azad.

Hubugan kekeluargaan Maia dengan ibu tiri, adik tiri dan papanya menjadi renggang bila dia dapat membaca isi hati mereka. Penuh dengan hipokrasi dan ini menyebabkan dia semakin rapat dengan Azad.

Kejadian kematian beberapa ekor kucing jalanan di hadapan kedai Pet Me (kedai yang Maia bekerja) telah menjadi suatu misteri. Rentetan peristiwa itu, Madam Julia, pemilik Pet Me pula dijumpai mati di dalam kedai, Maia semakin keliru. Azad pula cuba membantu. Azriq, anak saudara Madam Julia pula melarikan diri. Tidak lama kemudian, Azriq pula dijumpai mati di tempat yang sama. 

Misteri mula terbongkar..

Rating saya: *****

No comments: